Suasana di meja makan sepi tanpa sebarang suara.Cuma kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan.Masing-masing menekur memandang makanan.Tiada seorang pun yang bersuara ketika itu.Tidak seperti hari-hari biasa,pasti meja makan itu riuh dengan suara Hoseok menyakat Jihyun.
"Omma,Hoseok ada sesuatu nak bagitahu semua." Suara Hoseok memecahkan kesunyian di ruang makan itu.Melihat anggukan dari Puan Jung,pinggannya dibawa ke sinki.Lalu dia berlalu ke ruang tamu.Telefonnya dibelek sementara menunggu mereka selesai makan.
Usai makan,mereka berkumpul di ruang tamu.Jihyun yang baru sahaja mahu naik ke bilik turut dipanggil sama.Dengan muka cemberut,dia berpatah balik ke ruang tamu.Sofa kosong di sebelah Hani dia duduk.Patung RJ miliknya dipeluk.Entah apa yang penting sangat sampai Jihyun yang 'tak faham apa-apa' turut dipanggil sekali.
"Hoseok setuju." Hoseok bersuara setelah berdiam diri buat beberapa ketika.
"Setuju apa?" tanya Puan Jung bingung.Tiba-tiba kata setuju.
"Hujung bulan ni,Hoseok kahwin dengan Ryujin.Omma tolong uruskan semuanya,Hoseok sibuk dekat studio,takut tak sempat nak uruskan." sebutnya satu persatu.Matanya dipejam sesaat.Seinci pun dia tidak memandang ke arah Jihyun.
"Baguslah,gembira omma dengar.Kamu serius kan?" tanya Puan Jung sekadar memastikan.Anggukan dari Hoseok melegakannya.
"Aunty,Hyun mengantuk." Getaran suara dikawal.Tanpa menunggu balasan,Jihyun melangkah naik ke bilik.Sempat dia mengerling ke arah Hoseok namun lelaki itu langsung tidak memandangnya.
Hani memeratikan gerak-geri abangnya.Setelah kelibat Jihyun hilang,barulah Hoseok berpaling ke arah tangga.
"Hoseok,kalau kamu tak nak,omma tak paksa."
"Tak omma.Hoseok baru sedar yang sebenarnya Hoseok...Cintakan Ryujin." ucapnya dengan nada paling perlahan.Puan Jung tersenyum gembira.Lega dia mendengar pengakuan Hoseok.
Tetapi tidak bagi Hani.Dia tahu abangnya sembunyikan sesuatu.Cinta Hoseok hanya untuk Jihyun.Tak mungkin Hoseok mencintai Ryujin.Dia pasti tentang perkara itu.
Manakala di biliknya,Jihyun tersandar lemah selepas mengunci pintu.Badannya melorot jatuh.Muka disembamkan ke lutut.Tanpa dipinta air matanya gugur.
Kenyataan yang perit untuk diterima.Selama ini dia mencintai Hoseok tetapi rupa-rupanya Hoseok punya pilihannya sendiri.Jadi apa makna kata-kata manis yang Hoseok ucapkan selama ini?Adakah semuanya palsu?
"Taehyung...Tolong aku..." Cuma mereka tempatnya mengadu sekarang.
'Hey kau kenapa?!Kau dekat mana sekarang?' Cemas Taehyung bertanya.Bunyi suara Jihyun yang bergetar jelas menunjukkan dia sedang menangis.
'Jihyun kenapa ni?!' Daniel turut bertanya sekali.Kebetulan dia bermain video game dengan Taehyung.Nasib baik Daehwi ada di bilik.Kalau tidak,pasti dia juga turut sama risau.
"Hiks...Aku...Sakit...Dia...Kenapa?" Jihyun tak dapat menyusun ayatnya dengan betul.Entah mereka faham atau tidak apa yang Jihyun katakan.
'Jihyun bertenang,cuba cerita slow-slow.Kau dekat mana sekarang ni?' Taehyung cuba memujuk.
"Rumah aunty."
'Okay,kenapa kau menangis?' tanya Taehyung lagi.Daniel tekun mendengar.
Jihyun diam.Panggilan diputuskan lalu telefonnya dijatuhkan.Jihyun mentertawakan dirinya sendiri.Mana mungkin Hoseok memilihnya.Dia cuma seorang 'budak terencat' di mata Hoseok.Jauh berbeza dengan Ryujin yang sangat sempurna.Malam itu,Jihyun bersendirian ditemani air mata.Deringan telefon yang tidak putus-putus dia abaikan.
452 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...