01

281 11 0
                                    

Anak patung yang bersepah di atas lantai dikutipnya lalu disusun dengan rapi pada satu almari yang berisi barang mainan.Buku-buku mewarna juga disusunnya pada rak itu.Puan Jung menggeleng perlahan setelah selesai mengemas.

"Aunty!!" Satu suara memanggilnya dari tingkat atas.Gadis itu berlari turun ke bawah.

"Jihyun,jangan lari turun tangga sayang,nanti jatuh." Puan Jung menegur Jihyun berlari semasa menuruni tangga.

"Mana ada jatuh,Hyun kan hebat."balas Jihyun polos.Patung unicorn kesayangannya dipeluk erat.Dia melompat naik ke atas sofa.Siaran televisyen ditukar kepada siaran kartun.

Puan Jung melabuhkan punggung di sebelah Jihyun.Rambut anak sedaranya diusap penuh kasih sayang.Jihyun tak sama seperti manusia normal yang lain.Umurnya sudah mencecah 22 tahun,namun perilakunya seperti kanak-kanak.

Semuanya berpunca daripada kemalangan lima tahun yang lalu.Ketika itu,Jihyun baru sahaja kehilangan seluruh keluarga dalam sebuah kebakaran di rumah mereka.Dia terselamat kerana bermalam di rumah kawannya.Selepas kejadian itu,Jihyun mengurung dirinya.

Sehingga suatu hari,Puan Jung mendapati yang Jihyun tiada di biliknya.Tak lama selepas itu,Puan Jung mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan Jihyun terkibat dalam kemalangan.

Jihyun terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya.Hampir setahun koma,akhirnya Jihyun sedarkan diri.Namun,doktor sudah menjangka pasti terdapat kesan sampingan daripada pembedahan itu.

"Aunty..."

Puan Jung tersedar dari lamunannya apabila Jihyun mencucuk bahunya dengan jari.

"Aunty dengar tak ni?" Muncung Jihyun sudah panjang sedepa.Dia menyilangkan tangan ke dada tanda merajuk.Mukanya dipalingkan ke arah lain.

"Mianhae sayang,aunty tak dengar.Hyun cakap apa tadi?"

"Lapar..." Jihyun menayangkan muka comel meminta simpati.

Puan Jung ketawa perlahan.Dia mengajak Jihyun ke dapur.Nasib baik stok makanan memang banyak.

Puan Jung tersenyum nipis memandang Jihyun yang makan dengan berselera.Dia akan menjaga Jihyun dengan penuh kasih sayang kerana itulah permintaan terakhir kakaknya.

.......
278 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now