Malam itu Laith tersedar sekitar jam 3 pagi. Dia mendengar bunyi bising dari tingkat bawah rumahnya.
Belle masih nyenyak tidur. Langsung tidak menunjukkan respons apabila Laith menggoncang tubuhnya.
Laith mengambil kayu golf disudut bilik. Kayu itu memang diletakkan untuk tujuan emergency macam inilah. Perlahan-lahan Laith membuka pintu biliknya.
Laith mengucap panjang apabila melihat tiga orang lelaki bertopeng hitam sedang berlegar-legar diruang tamu rumahnya.
Masing-masing bersenjatakan pistol ditangan. Seorang lagi memegang pisau ditangan.
" Hoiii". Laith menyergah mereka. Masing-masing bertentangan mata. Belum sempat Laith melakukan apa-apa, mereka telah menyerang Laith.
Mereka mula mengepung Laith sebelum salah seorang dari mereka menghampiri bilik Laith dan Belle.
" Sayang". Berderau darah Laith apabila salah seorang dari perompak itu membuka pintu bilik dimana Belle sedang tidur.
" Sayang.....lari". Mata Laith mulai kelam. Suatu benda tajam yang keras telah dibenamkan dibahagian perut Laith.
Laith meratap dalam hati sambil merasa tubuhnya yang semakin dingin. Sakit di bahagian perut mencucuk-cucuk.
Belle terjaga saat ada tangan yang menyentuh pipinya.
Too rough !!
Belle sedar, tangan itu bukanlah milik Laith Zahran. Sentuhan dari Laith Zahran gentle kot.
" I know the scent of Laith Zahran, what the hell that you're doing !!". Belle menepis kasar tangan itu dan terus bangun dari pembaringannya.
Dia dah rasa tak sedap hati apabila terjaga dari tidur tanpa Laith disisi.
" Laith". Mata Belle terbeliak melihat Laith yang terkulai layu tidak jauh dari pintu bilik mereka. Banyak Darah mengalir dari tubuh.
" Kau orang memang nak mampus. Sial !!".
Belle menerpa seorang perompak yang bersenjatakan parang. Dia mengilas tangan perompak tersebut.
Prakk !! Lelaki itu mengerang kesakitan. Parang ditangan lelaki itu dijadikan senjata. Dengan sekali libas, Belle berjaya memutuskan tangan lelaki yang mencederakan Laith tadi. Darah membuak-buak keluar. Parang tersebut jatuh kelantai.
Tinggal seorang sahaja lagi. Kini, kayu golf Laith menjadi senjata. Lelaki tersebut cuba menyerang Belle. Tak sampai 15 minit, ketiga- tiga perompak sudah terkulai layu dengan Belle.
" Laith......Ya allah". Belle menampar lembut pipi Laith yang tidak sedarkan diri. Belle mencium dahi Laith lembut sebelum mengampu tubuh Laith ke Nissan Skyline Gtr.
Hospital dituju .
# # # ###
" Alahai, tak payah laa buat muka sedih macam tu. Abang tak suka laa tengok". Laith mencucuk pipi gebu Belle. Tiga hari dia terlantar tidak sedarkan diri, hari ni baru Laith membuka mata.
Sayu hati Laith melihat Belle yang tak henti-henti menangis .
" Sayang, abang dah okay laa. Tak payah laa nangis". Laith mengelap air mata Belle.
Hospital je nangis. Tisu nya lahai wifey ni. Bantai orang sampai putus tangan okay pulak !? Masing ternyiang-nyiang lagi adegan itu di fikirannya.
Belle diam tidak berkutik. Dia memegang tangan Laith lalu menciumnya. Berkali-kali dia mengulang bend yang sama.
" Sayang janganlah diam je. Abang boring laa". Laith mengusap- usap ubun-ubun Belle.
" Bodoh, kenapa awak tak ketuk je kepala saya dulu sebelum lawan dengan perompak tu".
Terbeliak mata Laith dengan Belle yang tiba-tiba meninggikan suara. Laith senyum lalu memegang tangan Belle.
" Bodoh is fine, as long as isteri abang tak sakit. Maafkan abang sebab tak mampu nak lindungi sayang". Bicara Laith dengan sebak.
" Cukuplah allah lindungi saya. You dont need to say sorry". Lega Belle apabila dapat melihat seraut tampan itu lagi.
Tiga hari Laith di hospital cukup membuatkan hidupnya huru hara.
" Heyy whats up bro". Emyr menerjah masuk ke bilik Laith.
" Laith saya balik dulu, nanti saya datang balik". Belle memghadiahkan sebuah kucupan didahi Laith lalu keluar meninggalkan Laith dan Emyr.
" Gila laa kau bro, kering darah bila dengar kau kena tetak". Emyr kembali bersuara apabila bayangan Belle hilang dari mata.
" Allah nak uji aku dengan Belle tu. Nasib tak jadi ada apa-apa".
" Nasib baik Belle cepat bawak kau datang hospital. Kalau tak dah arwah dah kau hari ni. Aku syak mesti dia speed macam dalam cerita fast furious". Bukan dia tak pernah naik kereta dengan Belle. Sekali dia tekan pedal minyak, hilang darah kau.
Ingat lagi waktu Laith kononnya accident dulu, Belle terus speed pergi hospital. Jejak je tanah, Emyr terus sujud. Bersyukur sangat, umurnya masih panjang.
" Bukan ambulans yang bawak aku ?". Laith langsung tak menyangka Belle membawanya ke Hospital.
" Tak, kau bleeding teruk. Belle terus hantar kau ke hospital guna kereta".
Laith terdiam lama. Belle yang memapahnya ke dalam kereta ? Dari tingkat atas ? Sedangkan dia langsung tak sedarkan diri. Allah.
" Habis semua perompak yang pecah masuk rumah kau kena tibai dengan Belle. Sorang cedera parah. Aku dengar dia kat icu sekarang. Sorang lagi putus tangan. Lagi sorang kat balai, kepala gegor sikit lepas kena hentak dengan kayu golf". Bersungguh Emyr bercerita. Kagum sungguh dia dengan Belle.
" Belle tu sayang dekat kau. Masa kau tak sedarkan diri, dia tak bercakap sepatah pun. Dengan mama and papa dia pun dia cakap sepatah je. Dia lebih banyak mendiamkan diri".
" Tiap-tiap hari dia duduk sebelah kau. Tangan dia gigil waktu bacakan Quran kat sebelah kau".
" Serious laa". Laith sebak. Tak sangka banyak sungguh pengorbanan Belle terhadapnya.
" You desserve it. 7 years kau tunggu dah terbalas". Emyr tepuk bahu Laith. Bukannya dia tak tahu epik percintaan Laith dan Belle sejak Plymouth lagi.
YOU ARE READING
Beautiful Heartbeat ✔️
RomanceDia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis, tangkap dia, dia dah cuti hati saya. " Apa beza awak dengan hospital?". " Eleh nak cakap hospital r...