Laith pulang dari surau bersama tok aki. Dia membiarkan Ayra, Belle dan tok umi tinggal di rumah.
" Kau babai sape tu Ayra?". Laith yang baru pulang dari surau menyapa adiknya.
" Babai kawan kak Belle yang abang bawak tadi". Ayra steady jawab. Laith mengerutkan dahinya.
" Kawan Belle? Siapa ?". Creepy siaa adik aku malam ni.
" Entah. Takkan abang tak perasan. Tadi kan dia tumpang abang nak pergi surau". Laith blur. Siapa pulak. Mana ada orang tumpang aku tadi.
" Siapa yang kau maksudkan ni sebenarnya. Merapu laa".
" Tu". Laith memandang kearah tempat yang ditunjukkan Ayra.
" Huargghhg". Satu lembaga bertelekung putih dengan rambut mengurai keluar dari belakang camry Laith.
" Allahuakbar !!". Laith terjerit kuat. Laith jatuh terjelopok diatas lantai. Matanya membulat apabila lembaga itu masih merenung kearahnya.
" Astaghfirullahalazim, apa yang korang buat?". Ayra gelak kuat.
Lembaga itu kemudiannya menyingkap rambutnya kebelakang.
Aina salsabeela ?
####
"Aina, pergilah pujuk Laith tu. Kesian dia, dari tadi tak makan".
" Dah ajak tadi Tok. Laith yang tak nak". Belle menjawab selamba. Suapan diteruskan.
" Dia merajuk dengan kamu tu. Pergilah pujuk baik-baik". Ayra buat isyarat mata. Nasib baik Laith tak pengsan.
" Baiklah tok. Aina pi pujuk Laith sat ". Belle menyudahkan suapan terakhirnya dan terus ke sinki untuk membasuh tangan.
Kaki diatur menuju kebilik mereka. Apabila pintu terbuka, kelihatan Laith sedang tenang membaca alquran. Belle mengukir senyuman. Laith memang begitu. Setiap kali marah, mesti dia akan mengaji. Satu perilaku Laith yang amat disukainya.
Adore nye lahai laki aq ni !!
" Awak mengaji ke?". Belle duduk bersimpuh dihadapan Laith.
" Ehh tak laa. Tengah buat anak ni. Tak nampak ke ?". Laith slumber menjawab.
" still marah lagi ?". Laith masih beku. Seakan-akan tidak mahu memandang ke arah Belle.
" Apa cuit-cuit ni, batal laa wuduk abang nanti !". Laith mengelak jari nakal Belle yang cuba mencuit hidungnya. Muncung panjang wooo. Sumpah comel. Tak tipu.
" Nak cuit pun tak boleh. Macam laa rumah Tok umi takde air".
Laith tidak menjawab.
" Husband marah sangat ni kenapa? Chill laa. Hantu je pun". Belle siap ketawa lagi. Laith menjeling. Uiksss.....siap jeling lagi.
" Eeee.....abang bila marahkan..... handsome sangat. Tapi kalau abang senyum..... lagi banyak handsome....". Belle try skill menggoda. Nampaknya gagal. Laith masih macam tu juga.
Belle bangun kemudian mencari. sesuatu.
Laith pelik. Apa pulak yang dicarinya tu? Dah tak nak pujuk aku ke?
" Cari apa tu?". Belle tidak menghiraukan pertanyaan Laith. Belle masih sibuk mencari.
" Sayang cari apa?". Laith makin pelik. Beria sangat Belle mencari. Sampai songkoknya pun Belle angkat untuk periksa.
" Tak jumpa pun". Belle duduk di sebelah Laith. Wajahnya resah.
Laith makin pelik. Tidak jadi pulak hendak merajuk. Apa yang dicari oleh isterinya ??
" Tak jumpa apa sayang....bagi laa tahu abang. Nanti abang boleh tolong sayang cari sekali".
" Lesung pipit abang. Dari tadi tak jumpa-jumpa". Jawab Belle slumber.
Laith ketawa. Mulanya perlahan, kemudian semakin kuat. Terserlah lesung pipit dipipi kiri dan kanan Laith. Ada ke patut cari lesung pipit kat atas songkok.
" Dah jumpa pun. Kat sini rupanya". Belle memegang pipi kiri dan kanan Laith. Thankss allah. Nasib dia tak merajuk lama.
" Pandai sayang kan. Act cari barang konon". Laith mencium pipi Belle. Susah laa nak merajuk gini. Ada je idea nakal dia.
" Husband laa. Marah-marah. Merajuk pulak tu".
" Berderau darah abang tengok hantu tadi tau. Nasib hantu tipu-tipu. Kalau tak.......menjanda laa sayang".
" Dah laa. Mengada je lebih. Jom makan. Lapar ni".
Hanya mereka berdua di meja makan.
Setelah selesai makan, Belle dan Laith masuk ke bilik tidur.
" Sampai hati sayang, takutkan abang tadi".
" Saja je test you. I thought you berani....tapi hampehhh. Baru kena sergah sikit dah pucat membiru. Nasib laa tak payah bawak pergi hospital". Belle senyum mengejek.
Laith mengetap bibir menahan geram. Boleh pula Belle slumber mengatanya begitu. Memang sengaja nak kena ni !!
" Arghhhhh!! Sakit !! Sakit !!".
Belle sedang bermain handphone berkerut dahi apabila Laith tiba-tiba mengerang kesakitan. Apabila dia merenung suaminya, tiada pula tanda-tanda Laith sedang sakit. Laith hanya tersenyum sendirian dan berterusan mengerang kesakitan.
" Yang you ni dah kenapa tiba-tiba mengerang? Nak mampus". Belle bertanya bengang.
" Takde pape laa. Suka hati abang laa nak buat bunyi apa pun". Laith tersenyum jahat. Dia pasti Belle akan mendapat balasannya esok !
YOU ARE READING
Beautiful Heartbeat ✔️
RomanceDia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis, tangkap dia, dia dah cuti hati saya. " Apa beza awak dengan hospital?". " Eleh nak cakap hospital r...