Bab 43| Monster 🥊

7.3K 205 4
                                    

" Tok Aki nya, semalam awak ada dengar tak suara orang mengerang tak?". Tok aki berhenti dari menyuap nasi goreng. Keningnya terangkat.

" Laith yang mengerang tu tok". Laith menyampuk tiba-tiba. Tok umi pelik.

" Kenapa kamu mengerang. Sakit ?". Tok aki diam. Apalah isterinya ini, takkan lupa kot Laith dan Aina pengantin baru.

" Haah tok. Semalam Belle terkam Laith kuat sangat. Tu yang mengerang kuat sikit tu". Serentak dengan itu, semua orang di meje makan tersedak. Tok umi berdehem. Ayra buat rolling eyes. Muka belle macam daging salai.

" Bengonglaaa abang ". Ayra menyampah.

" Tak guna punya Laith". Belle menyumpah dalam hati. Ade je idea dia nak kenakan aku !

" Arghhhh". Laith tiba-tiba mengaduh kesakitan. Belle mengangkat kening.

" Kamu ni dah kenapa Laith ? Tiba-tiba menjerit". Tok aki hairan. Pelik betul cucu menantu aku yang sorang ni. Setiap masa mengerang, lain macam !!

" Tergigit lidah laa tu tok. Orang mulut jahat memang macam tu". Belle membalas paku buah keras. Muka Laith tak payah sembang ah, kelat habis !!

Suka hati je cerita bende merepek kat meja makan. Kat dah kena. Itu makannya.

Patutlaa semalam beria mengerang........ nak kenakan aku ruapanya 🕊

# # #######

" Laith". Mata Laith tidak beralih langsung dari skrin ipad.

" Laith zahran !!". Belle meninggikan suara. Laith hanya memandang belle sekejap sahaja kemudiam pandangannya tertumpu kembali kearah ipad ditangannya.

" Bagilaa balik" Belle merampas ipad Laith secara paksaan. Sekarang ipad tersebut ditangan Belle.

" I nak buat kerja laa. Kemmon Belle. Give me my ipad".

" I or ipad". Belle memandang mata Laith.

" Now ipad. After my..........".

Panggggg

Berderai. Berkecai. Bersepai

" Aina salsabeela !!! How dare you.....".

" Yes I am ........" Belle sama naik.

Bengang betul Belle apabila melihat Laith asyik berkepit dengan ipadnya harini. Belle langsung tak dilayan .

Nak marah sweetheart, tak sampai hati. Kita buat silent treatment jelaaa.

Iphone 8 dikeluarkan. Laith malas nak melayan Belle harini. Rasa Sakit cubitan pagi tadi masih lagi terasa.

" Laith nak tu". Belle memuncungkan bibirnya kearah sebuah bakul yang dipenuhi dengan buah durian. Durian tersebut telah dipungut oleh pekerja tok aki semalam.

" Pergilah bukak sendiri. I tak makan durian . Busuk". Laith masih dengan Iphone 8.

" Alaaaa orang mana pandai bukak durian. Laith cepat laa, tolong bukak je. Pleaseeeee". Belle masih mencuba nasib.

" Suruh Ayra laa".

" You nak I pecahkan iphone pulak ke. Kalau ipad i boleh buat setakat ip8 apalah sangat". Laith memandang Belle.

" Yela yela".

" Yeayyyy". Belle berpimpin tangan menuju kearah bakul. Mereka duduk diatas bangsal kayu.

" Cepat laa bukak". Belle excited terlebih .

" Sabar laa sayang oii".

" Bismilahirahmanirahim". Mulut Belle terlopong dengan mata bersinar-sinar.

# # #######

" Astaghfirullahalazim". Laith beristighfar panjang melihat isterinya hanya bersinglet nipis dan three quarter.

Suhu aircond di tahap 16 darjah celcius. Dah macam beruang kutub

" Sayang sejuklah". Laith mengambil remote lalu menaikkan suhu menjadi 29 darjah celcius.

" Panas laa. Turunkan balik suhu tadi". Belle bercakap sambil mata terpejam. Bapak kulit buaya apa pompuan ni ?? Dah laa pakai baju menyesakkan dada.

" Mana tak panas. Yang you pergi bantai satu bakul durian apahal. Pelahap betul laa". Belle membuka mata. Dia cakap aku pelahap ??

" You tu haa tidur macam orang eskimo apahal. Dahlaa pakai Baju longsleeve, tebal pulak tu, seluar tebal, sakai je. memanglaaa panas". Belle smash balik.

Suhu diturunkan menjadi 16

" Ishhh sejuklaa sayang". Suhu berubah lagi menjadi 28

Belle bangun dari pembaringannya. Dia menuju kearah rak buku. Sebuah buku tebal kira-kira setebal buku ensiklopedia diambil.

Remote aircond diacapai, kemudian suhu diubah menjadi 16.

Pang pang pang

Remote aircond pecah..

" Aina salsabeela, harini je awak dah rosakkan 2 barang tau. Are you a monster? Ganas nak mati". Laith membebel.

Belle menjulingkan mata lalu terus melambungkan diri keatas katil.

" Awak tahu tak nusyuz tu apa?". Belle menggelengkan kepala sambil matanya terpejam.

Erkk !! Serious laa perempuan ni tak tahu.

" Nusyuz tu isteri yang derhaka kepada suami. Macam awak laa". Belle terdiam.

" Isteri nusyuz tak cium bau syurga tau". Laith angkat kening.

" Saya nusyuz laa ni". Belle bertanya. Innocent sangat. Laith mengangguk. Muka sengaja diserious kan

"Oh ya ke? Awak tunggu sini jap". Belle keluar dari bilik mereka. Beberapa minit kemudian, Belle kembali dengan sebatang rotan ditangan. Rotan siapa la tu dia rembat ?!

" Ambil ni. Then hit me. As long as saya tak jadi isteri nusyuz, saya rela kena pukul".

" Alright, sayang pejam mata. Abang nak pukul sayang". Laith mengambil rotan ditangan belle. Bergaya seperti seorang guru disiplin yang hendak merotan pelajar nakal yang sering melakukan masalah.

" Buat apa pejam mata. Pukul jelaa". Belle buat rolling eyes. Macam laa dia tak pernah kena rotan. Aina salsabeela dah lali laa keluar masuk bilik disiplin.

Dua orang anak Raziq Wafin memang trouble maker

" Ehh mana boleh. Cepat laa pejam mata". Akhirnya, Belle mengalah. Mata dipejak rapat, bersedia untuk dihukum.

" Dengan wifey abang yang tak berapa nak comel sangat ni, abang tak sampai hati nak pukul......." belle terkedu apabila merasa tangan sasa Laith merangkul pinggangnya. Dibiarkan Laith mencium pipi kanan dan kirinya. Belle tidak menolak, bahkan dia selesa berada dekat dengan Laith. Mata dibuka.

" Ada tiga cara menghukum isteri nusyuz dan memukul isteri adalah yang last sekali. Pukul pun tak boleh yang menyakitkan. Pakai rotan lagilaa tak boleh".

" First?".

"First, nasihat. Second, tak tidur sama-sama. Pastu baru pukul". Belle mengangguk.

" Ermmm.....tak kan laa abang nak pukul sayang. Dah laa cantik, putih, gebu, wangi. Bestnyaaa lahai kalau dapat peluk". Laith membisik menggoda ditelinga Belle.

" Apa kata kalau malam ni.....". Laith terjerit kuat apabila Belle menyiku perutnya kuat.

" Padan muka.Gatal sangat kan ! Awak ingat saya ni patung yang takde perasaan ke? Sengal laa". Laith mengomel tak puas hati.

Mission menggoda. Failed !!

Beautiful Heartbeat ✔️Where stories live. Discover now