" Ahhhh. Tak sedap. Bencinya !!". Belle lempar semula lebihan biskut yang baru digigit kedalam loyang pembakar.
Laith garu kepala. Dah dia yang beria-ria nak buat biskut raya sendiri. Laith awal-awal dah beritahu yang dia tak pandai buat semua tu.
" Abang!". Belle menjerit memanggil Laith yang sedang elok duduk atas kerusi sambil menekup doh biskut.
" Apa". Tak berani Laith nak mengangkat. Nanti Belle nampak dia ketawa, ada karang kena tidur luar.
" Tak sedap langsung". Ulang Belle.
" Yeke".
" Betul tak sedap. Cuba awak rasa".
" Ehh saya pulak. Saya puasa laa". Ada sahaja benda merepek yang Belle nak buat. Dah laa makan biskut depan dia tanpa rasa segan silu. Tahu laa cuti. Tak mengagak sungguh.
" Awak sayang saya kan?". Belle tarik kerusi. Duduk menghadap Laith. Kemudian dia sengih. Sengihan yang penuh dengan makna tersirat.
" Dia dah mula dah". Laith pandang bawah sahaja. Saya puasa sayang oii. Batal puasa karang, siapa nak gantikan puasa 2 bulan berturut-turut.
" Sayang tak ni?".
" Ye sayang".
" Saya pun sayang awak jugak". Mata Belle bersinar-sinar.
" Jom pergi jalan TAR malam ni". Mata bundar Belle sengaja dikerdip-kerdipkan.
" Tak kena raba ke?". Laith bertanya. Memandangkan Jalan TAR memang penuh dengan umat manusia time-time macam ni.
" Tak pe. Abang kan ada. Nanti kita peluk laa ketat-ketat". Terbatuk Laith dengar perkataan tu. Ada aje idea pelik dia.
" Saya rasa bertuah sangat jadi wife awak . Dah laa kening lebat macam pak arab, tinggi stok-stok model, bulu mata lentik, lips merah macam Cherry. Best nya kalau peluk. Sebab tu laaa saya nak tunjuk suami saya yang handsome ni kat perempuan jalan tar, biar diorang tahu, Laith Zahran paling handsome dalam dunia". Belle terus cium pipi Laith sebagai penutup. Macam kenal je ayat tu.
Laith sembunyi senyuman. Mengayat tak hingat. Puasa woii !!!
" Yela. Yela".
" Dah kemas semua ni. Abang nak pergi kerja. Untung ehh abang ambil half day sebab nak teman sayang buat biskut".
Auchh ! Soo sweet .
Akhirnya Laith bangun dan berlalu dari dapur. Panas pula tengah-tengah petang ni. Nak menggoda pon tak mengagak.
## # ####
" Aunty Belle, tolong pegang saya sekejap boleh tak?". Mata Hayla sengaja dikerdip-kerdipkan. Pandai betul budak ni buat muka comel.
" Akak nak ambil pampers Hayla jap. Dah penuh sangat tu". Belle mengangguk.
Nisa menyerahkan Hayla kepada Belle lalu bergerak masuk kedalam rumah.
" Alololo comelnya dia. Sebiji macam muka Maksu dia".
" Meh sini anak papa. Kita tukar pampers ehh". Ayiq mengambil Hayla dari Belle.
" Wahh. Tak sangka kau power bab jaga anak ni. Tengok dulu macam kayu je". Usik Belle kepada abangnya.
Nisa dan Ayiq ketawa. Bahagia sungguh pasangan itu apabila dikurniakan seorang bayi yang diberi nama Hayla Damia.
" Mama mama mama". Dari tali air, seorang kanak-kanak lelaki berlari.
" Kenapa Adam ?". Ayra terkejut apabila dirinya didakap erat. Anak lelakinya Adam Hayyan sedang menangis dan dibelakangnya hero keluarga mereka sedang ketawa mengilai-ngilai sambil mengacah Adam dengan seekor lintah.
" Luth Hazim !! Buang benda tu sekarang !!". Belle cekak pinggang. Kalau yang buat Adam nangis tu memang tak de orang lain. Mata nakal anaknya dipandang. Saling tak tumpah seperti suaminya. Luth tayang muka slumber.
Itu lagi satu. Bila kena marah buat muka tak bersalah. Dna memang sama. Di duplicate sekali. Matilah nak !!
Muka derk je, kalis maki." Warghhh". Ditayang lagi lintah itu kepada Adam. Adam menjerit kuat.
" Abah, tengok Luth tu". Adu Adam kepada ayahnya. Ahmad Mateen.
Luth ketawa. Walaupun fizikalnya Adam lebih tinggi dan tua daripadanya, tetapi Luth jauh lebih berani.
" Takde nya mengadu kat abah tu....Adam. Abah pun takut". Ejek Ayra. Dia senyum melihat suaminya tidak bertindak apa-apa. Dah tu, boleh pulak dia peluk anaknya itu. Sama-sama penakut.
Laith muncul.
" Apa Luth pegang tu sayang?".
" Yintah". Pelat Luth menyebut. Laith bantai gelak. Confident bukan main lagi. Salah sebut daa.
" Dah laa sayang. Buang okay. Ibu takut". Luth mengangguk. Lintah tersebut dibaling entah kemana.
" Sayang jangan laa nakal macam babah. Sakit jantung ibu tahu tak". Belle mencium pipi Luth.
" Apa sayang? Nakal macam abang?". Laith duduk disebelah Belle.
" Takkan tak sedar kot. Anak siapa yang nakal sangat tu". Mateen membebel. Ayra hanya menggeleng melihat adegan itu. Ada aje benda nak digaduhkan.
" Alah yang takut lintah tu anak siapa pulak". Laith smash balik. Pecah ketawa Belle.
" Kita bukan takut kan sayang. Kita geli je kan ?". Adam mengangguk. Back up abah nya. Mereka bergive me five. Ooooo, anak ngan bapak sama je.
" Janji kita handsome kan Adam kan?". Adam mengangguk. Ada aje dua ekor ni. Ayra mengusap rambut Adam.
" Luth pergi ambil lintah luth. Campak kat diorang dua ni. Kita tengok, orang handsome melompat tak kalau kena campak Lintah". Luth bantai gelak. Sebiji macam Laith.
Mateen buat rolling eyes. Bertekak aje dengan abang iparnya. Memang itulah hobi mereka apabila Ahmad Mateen suaminya bertemu dengan abangnya Laith Zahran.
Sadaqallahulazim 💙
YOU ARE READING
Beautiful Heartbeat ✔️
RomantizmDia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis, tangkap dia, dia dah cuti hati saya. " Apa beza awak dengan hospital?". " Eleh nak cakap hospital r...