" Sayang, bangun cepat. Solat subuh". Suara yang lembut merdu bak buluh perindu menyapa halwa telinga.
" Awak solat la dulu. Nanti saya solat lepas awak". Mataku masih berat untuk diangkat. Well done syaitan. Memang cekap betul korang buat kerja... Macam ada batu besar atas mata aku.
" Macam mana abang nak solat, kalau dari tadi sayang duk asyik peluk abang je. Peluk jenis yang tak nak lepas punya". Terus terbeliak mata. Pelukan dirungkaikan. Benda yang aku peluk semalam tu bukan ke bantal ?? Patutlah keras semacam... Mak aiii.. malu gila, tidur peluk dia. Mana nak letak muka ni.....
" Semalam bukan main takut lagi, last-last dia yang peluk kita". Aku terus berdesup pergi toilet. Malu yang amat. Ibuuuuuuu tolong Belle !! Laith gelak. Ishh mamat ni, kena ada penyakit sawan agaknya. Dari semalam tak habis-habis gelakkan aku.
" Cepat la sayang, abang nak ambil wuduk ni?". Laith mengetuk pintu toilet lembut. Tak lama kemudian, aku keluar dari pintu toilet dengan muka tak bersalah.
" Pakai telekung then tunggu abang. Kita solat sama-sama, okay??". Aku anggukkan kepala. Dia suami kan so dengar jelaa cakap dia. Karang kalau tak dengar, cakap aku nusyuz pulak..
Selepas selesai menunaikan solat subuh dan membaca doa selepas solat, Laith berpusing menghadap aku. Aku dah siap cabut telekung. Dia pegang ubun-ubun rambut aku then baca something. Aku pun tak tau dia baca apa. Maybe nak mandrem aku kot.
" Laith, awak nak mandrem saya ke??". Lurus aku bertanya. Dia jentik dahi aku perlahan. Actually sakit la jugak.
" Mulut ni memang tak reti duduk diam kan ? Saya baca something supaya awak tak pandang orang lain, awak akan nampak saya je". Aku menjuihkan bibir tanda meluat.
" Awak bukannya menarik sangat pun sampai saya tak terpandang orang lain". Kali ini pipi gebu aku pula yang menjadi mangsa. Tak guna punya Laith. Suka hati kau je nak cubit-cubit pipi aku. Nak guna sampai tua ni. Suami siapa ni.. mohon kutip.
" Ada je nak membebel. Cium karang".
" Cium la..hahhahahahhaha". Tawa aku mati. Muka diserbu darah merah.
" Diam pun. Lepas ni kalau sayang bising-bising lagi, abang akan cium terus. Bukan setakat kat pipi je, kat tempat lain pun ". Speechless aku dengan mamat ni. Nak marah, dah jadi suami. Apalah dosa aku sampai dapat suami macam ni.
" Siap sekarang. Kita nak pergi lawat ibu. Semalam Dr. Tan call, dia cakap ibu............". Mulutnya terhenti.
" I pernah rasa apa yang you rasa sekarang ni. I tahu, sakit sangat bila kita tahu yang orang kita sayang akan pergi tinggalkan kita. You're lucky Laith. At least ibu you pergi waktu you umur 28. You are matured enough untuk terima semua benda ni. Tak macam I, ibu I tinggalkan I waktu I nak pergi UK. Dah la kena survive dekat negara orang, sorang-sorang pulak tu. Dia pergi awal sangat, at least bagi I masa untuk I tunjuk yang I dah jadi doctor sekarang. I wanna her proud of me. Tu je I mintak. Tu je.........".
IJN
" Terima kasih Belle sebab sudi terima Aran. Ibu nak kamu jaga anak ibu baik-baik". Laith sudah menundukkan kepala. Mungkin tidak sanggup melihat keadaan ibu yang semakin lemah. Pipi ibu semakin cekung.
" Ibu kena operation hari Selasa ni. Dr. Tan dah bagitau ibu kan ?".
" Dr. Tan cakap Belle yang akan lead operation tu. Ibu bangga dengan Belle. Kalau ibu mati sekalipun, ibu gembira sangat. Sebab ibu mati atas tangan Belle". Air mata diseka. Kata-kata ibu menusuk ke hati.
" Ibu akan sihat macam dulu-dulu. Kalau tak macam mana ibu nak dukung cucu ibu nanti". Perut aku diusapnya perlahan. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.
YOU ARE READING
Beautiful Heartbeat ✔️
RomanceDia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis, tangkap dia, dia dah cuti hati saya. " Apa beza awak dengan hospital?". " Eleh nak cakap hospital r...