Junior Laith lahir dengan sempurna. Putih melepak, rambut hitam lebat. Lahir-lahir sahaja dah besar. 3.6 Kg, patutlah ibu dia payah benar mengusung perut dulu.
" Baby?". Perkataan pertama Belle pada Laith Zahran. Belle baru terjaga dari lena akibat keletihan selepas proses melahirkan yang sangat azab.
Laith senyum manis bergula. Lebih manis dari gula selori. Maklumlah, orang baru naik darjatlah katakan. Terujanya bukan main, asyik tersengih-sengih dari tadi".
" I nak tengok baby".
" Okay, I bawakkan. He is soo adorable".
Seketika kemudian, bayi comel berbalut selimut biru diserahkan kepada Belle. Terkial-kial Belle memangku.
Bukannya Belle tak pernah memangku baby sebelum ini. Cumanya kali ini...anak sendiri. Rasa dia lain macam sikit. Nak buat pun susah, nak keluar menjenguk dunia lagi susah.
" Sayang susukan eh". Kolostrum sayang kolostrum !!
" You jauhlah".
" Malu?". Laith gelak. Bukan nak buat apa pun. Tengok anak menyusu je pun.
" I tak boleh buat depan you laa. Tak selesa". Belle kekok. Tak tahu nak letak macam mana.
Laith membawa diri jauh ke tingkap. Huhuhu, jadilah dia lelaki sepi ditepi tingkap.
" You".
" Yes".
" Baby".
" Why?".
" Dia tak nak".
" Dia tak pandai lagi kut".
Laith menyentuh tangan si kecil itu. Perlahan-lahan mengusap tangan itu.
Baby itu kemudiannya mula menyusu.
Sayu hati Belle. Kecil-kecil lagi dah pandai cari kasih sayang babah.Babah ?
Yes ofcoz . No papa or daddy or else. Cukup babah dan ibu sahaja.
# # #### #
Luth Hazim Laith Zahran,
Everybody waiting for your arrival.
Everybody hoping for your survival.
You survived with two tiny feet and adorable face.
You gave us a bundle of joy especially your mum.
I whispered something in your ears.
The clear pearls fell down from the eyes of an angle who deliver you birth for me.
And when you smiled, all the stars aligned.
I can't believe you are mine ❤️
# # # ####
" Ya allah, comelnya dia, Belle. Sebiji macam kau......eeee kecik nya mulut dia. Gerammmm aku". Imran mengusap-usap Luth.
Laith sudah menarik muka. Tension dengan mamat ni.
" Rupa macam mat salleh pun ada. Tak sia-sialah you tengok gambar mat salleh yang I, Fira and Ayana kirim dulu". Imran masih mengagumi anak Belle.
Lama betul di gendong si kecil itu. Tak dilepasnya kepada orang lain.
Laith yang mendengar statement itu rasa macam nak lempang sahaja muka mamat doktor ni. Penat aku buat anak dengan Belle, dikatakan muka mat salleh pulak yang entah mana datangnya.
Imran menghulurkan Luth Hazim kepada babahnya. Terhempas anak orang, tak mampu nak bayar saman.
# # # ####
Rumah mama and papa Belle..
Jarum menunjukkan jam tiga pagi. Suara teriakan dari katil bayi bersebelahan katil Laith dan Belle mengejutkan pasangan itu.
Dia buat hal dah !!
" Abang". Kejut Belle.
" Emm". Jawab Laith tanpa membuka matanya.
"Tengok anak jap". Pinta Belle.
" Sayang paling dekat dengan baby. Sayang laa pergi". Keluh Laith.
" Pergilah. Penat ni. Belle nak tidur".
Beberapa saat kemudian, Laith mencelikkan mata namun kepalanya masih tidak bergerak dari bantal. Lama dia memerhatikan Belle. Laith meleretkan senyuman lebar.
Auchh
" Apahal cubit abang ?". Laith menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitan Belle.
" Abang tu. Buat muka gatal pulak. Anak tengah nangis boleh pulak dia buat drama kat sini". Marah Belle.
" Kenapa anak babah ni?". Laith mendukung Luth.
" Siapa kacau Luth ni?". Kata-kata Laith membuatkan Belle membaling bantal kearah Laith.
" why?". Tanya Laith tanpa rasa serba salah.
" Ada ke patut tanya anak macam tu".
" Apa?".
" Tengah pagi-pagi buta macam ni siapa nak kacau, kalau bukan........".
Laith pantas naik keatas katil. Bengong laa Belle. Time-time macam ni dia buat lawak bodoh pulak. Dah laa aku takut hantu.
" Bagi tidur sini jelaa".
" Eleh takut laa tu". Belle bantai gelak. Kenal sangat dengan perangai suaminya. Pucat membiru bila kena sergah time kat kampung dulu.
# # ####" Kenapa mata dua-dua sembab je ni?". Mama bertanya prihatin.
Luth yang mendengar suara opahnya terus menoleh. Senyuman Luth mampu mencairkan mana-mana orang yang melihatnya. Luth senyum sambil bertepuk tangan. Entah apa yang disukakan sangat. Membuli ibu dan babahnya semalam, mungkin?
" Over time malam tadi". Jawab Laith slumber.
Laith menunjuk kearah Luth.
" Tiga pagi menangis dalam baby cot, Laith angkat laa bagi tidur atas katil. Ingatkan little angel. Tak sangka dia jadi undertaker pulak". Mama ketawa.
" Tidur kuak lentang, kupu-kupu, gaya bebas semua dia buat semalam. Macam big boss". Luth senyum menampakkan dua batang giginya.
" Macam mana kitorang nak tidur, satu katil dia conquer. Kejap pusing kiri, sekejap kanan. Kalau tak dapat angle yang dia nak, melalak pulak". Belle buat rolling eyes.
" Akhirnya, kitorang duduk menepu tepi katil. Tengok dia tidur sampailah pagi".
Papa dan mama ketawa.
" Seronok ye cucu opah buli Ibu ngan babah". Pipi Laith dicium.
Luth Hazim bin Laith Zahran.
Malas nak sequel panjang-panjang. Dia dah terus besar je. Dah ada gigi, anggap jelaa dalam 7 months gitew.
YOU ARE READING
Beautiful Heartbeat ✔️
RomanceDia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis, tangkap dia, dia dah cuti hati saya. " Apa beza awak dengan hospital?". " Eleh nak cakap hospital r...