BAB 2 .

8.2K 281 2
                                    

Hello ! My Baby Girl .

[ 1 MINGGU KEMUDIAN]

Seisi keluarga En.Roslan pulang ke kampung halaman milik Pn.Saedah yang berada di Pontian , selepas doktor mengarahkan family mereka untuk membawa pulang Pn.Saedah untuk kali terakhir , bagi Pn.Saedah mendapatkan ketenaggan disana dengan udara kampung yang segar .

" Abah jaga anak-anak.. ehh .. ka-lau .. abah .. nak ..kha--win lain.. sa--ya izin--kan..hikss..hikss.. halal--kan makan mi--num saya... dan .. maaf--kan sega-la kesa--lahan yang ...per--nah saya bu--at ."

Terketar-ketar suara Pn.Saedah dengan nafasnya tercunggap-cunggap . Laju air matanya mengalir membasahi pipi , tersedu -sedan nafasnya menahan sebak .

"Jangan cakap macam tu , awak tak sayang dekat anak-anak ke ? Kalau sayang tolong bertahan demi diorang semua . Awak tak pernah buat salah pada saya dan anak -anak pun ."

Balas En.Roslan sambil menyekat kasar air matanya yang mula mengalir deras membasahi pipi tuanya . Dikucup lembut ubun-ubun isterinya bagi menaburkan kekuatan .Segala kekuatannya yang ada adalah isterinya , jika isterinya tiada lagi bagaimana dia hendak meneruskan hidupnya . Hidup tanpa kasih sayang seorang isteri , dan bagaimana kehidupannya yang kelak .

" Sayang , tapi dah tiba masanya saya pergi . 'WAALAIKUMSALAM' masukklah ."

Terkeluar sahaja perkataan 'WAALAIKUMSALAM' daripada mulut Pn.Saedah , membuat pelbagai tanda tanya pada mereka sekeluarga . Pada siapa ibunya menjawab salam ? kenapa ibunya seorang sahaja yang dengar ? dan kenapa ibunya seperti tahu setiap pergerakkan orang yang memberi salam tersebut , kerana ibunya melihat sambil tersenyum manis kearah sebelah Ijah seolah-olah ada orang disitu .

" Kenapa emah jawab salam ? siapa yang bagi salam ? adik tak dengar apa -apa pun ? ."

Polos Ijah bertanya pada ibunya , bercantum kedua belah keningnya serta berkerut 1000 wajahnya melihat perilaku ibunya tika ini . Pelik sungguh , ibunya tak pernah bersikap begini . Tapi kenapa tiba-tiba saja .

" Ada orang bagi salamlah sebab tu mah jawab salam orang tu , tu orang tu ada dekat sebelah kanan dan kiri adik . Adik jaga diri bebaik ya sayang . Janji dengan emah jagalah mahkota kamu sebaik yang mung--kin ..  janji bahawa suami kamu sahaja yang berhak untuk mahkota kamu bukan orang lain . Emah pergi dulu , diorang datang nak ambil emah . Emah pergi dulu ya anak-anak semua ...Amin tolong jaga adik-adik kamu semua seper--ti nya-wa kamu sendiri .. emah dahh ... tak-- mam--pu  .. lagi . Emah pergi .. du--lu .. assalamualaikum ."

Panjang lebar bicara Pn.Saedah kepada anak-anaknya . Mendengar sahaja kata-kata ibunya itu , terus membuatkan mereka sekeluarga menitiskan air mata . Sempat juga En.Roslan mengucapkan 2 qalimah syahadah di cuping telinga isterinya , setelah itu isterinya memuntahkan air yang banyak dan cecair lendir putih dari dalam mulutnya .

Isterinya telah pun menghembuskan nafas terakhirnya disitu juga , dia pergi menghadap illahi untuk selama-lamanya . Walaupun begitu En.Roslan tetap tidak perputus asa untuk mengepam dada isterinya dan mengoncang-goncangkan tubuh badan Pn.Saedah .

Tidak cukup dengan itu dia dudukkan pula isterinya dan menepuk-nepuk pipi Pn.Saedah berulang kali . Hampir 10 minit dia berbuat sedekemian , selepas itu baru lah dia duduk memeluk lutut . Menanggis semahu -mahunya di situ tanpa ada rasa segan silu dihadapan keluarga besar isterinya .

Dia yang dulunya kuat , tabah ! tapi tika ini dia sangat lemah kerana kehilangan orang yang tersayang , betul apa kata orang kelemahan lelaki adalah keluarganya dan orang yang tersayang .

Tidak lama kemudian dia mula bangkit dengan wajah sembamnya menuju kearah sekujur tubuh yang tidak bernyawa itu lagi , digendong tubuh tersebut agar baring dengan tegak dan menghadap kiblat .

Tubuh yang dulu amat disayanginya dan dihormatinya kini telah tiada , bagaimana dia hendak hidup selepas ini tanpa kasih sayang seorang isteri yang difikirkannya adalah puteri bongsungnya . Apakah gadis itu dapat menerima semua ini ?Hmm dia hanya mampu bertawakal sahaja , semoga semuanya baik-baik sahaja .

                  ●♡●●♡●●♡●●♡●●♡●
[6 BULAN KEMUDIAN ]

Terlihat seisi keluarga En.Roslan sedang berkumpul diruang tamu rumah milik En.Roslan , sudah 6 bulan isterinya meninggalkan dia sekeluarga . Tujuan dia mengumpulkan semua anak-anaknya adalah sebab ingin menceritakan tentang kisah hidup isterinya ketika dahulu .

Pahit duka yang isterinya hadapi dahulu , amat menikam jiwa . Bukan dia ingin mengaib-aibkan sesiapa pun , tapi dia fikir bahawa anak-anaknya juga perlu tahu perkara yang sebenar .

Sampai bila dia harus pendam dan merahsiakan semuanya daripada anak-anaknya , dia tidak mahu anak-anaknya membencikan dirinya kerana banyak berahsia . Jadi dia telah memutuskan untuk meluahkan apa yang terbuku lama dalam jiwa raganya .

Dimana isterinya dihalau buta-buta oleh adik-adik kandungnya sendiri kerana sifat iri hati , hasrat dengki dan ketamakkan. Dia dihalau dengan kejam sekali dan sehelai sepinggan dia keluar . Bukan itu sahaja merema juga hendak kesemua harta sehingga membawa kerebutan sampai tidak ada keadilan dan keberikemanusiaan langsung .

Cukup kasar sekali tindakkan adik -beradik isterinya sehingga sanggup mencaci maki dan mengaibkan kakak mereka sendiri , sungguh sadis sekali kejadian tersebut pada dirinya .

Dulunya dia juga ada sifat ingin membalas dendam , tapi bila difikirkan bahawa isterinya telah tiada .Dia terus membatalkan sahaja niatnya , biarlah allah yang membalaskan untuknya .

" Huh , adik akan balas balik apa yang telah diorang dah buat pada emah dahulu . Tu janji dan dendam adik !! Diorang patut rasa apa penderitaan yang telah emah alami dulu . hisshhh wait and see !! ."

Panjang lebar bicara Ijah dengan penuh sifat dendam yang membuak-buak dalam jiwa dan dirinya . Dilap kasar air matanya yang kian mengalir dipipi , sebak hatinya apabila mengenangkan nasib ibunya dahulu . Sungguh sadis sekali .

" Sabar dik , benda dah jadi kita tak boleh nak buat apa-apa dah . Biarlah dia ."

Tegur En.Roslan pada Ijah , dapat dilihat dari air muka dan mata anaknya itu . Sungguh penuh dengan sifat dendam dalam dirinya .

Tidak tahu mengapa anak perempuannya ini lain daripada yang lain , peranggai dia bukanlah seperti perempuan diluar sana . Dia lasak dan ganas persis seperti lelaki , maybe impak dari 4 orang abang-abangnya agaknya .

Dapat dilihat bahawa akan ada pertumpahan darah suatu hari nanti , darah yang dibalas melalui dendam yang membuak-buak dalam diri .

" Tu janji adik dan dendam adik , tunggu je lambat laung diorang akan rasa ! apa yang emah rasa ! masa tu takkan ada sesiapa pun yang akan dapat halang keputusan adik . "

Balas Ijah dengan mengetap kuat rahangnya , bukan niatnya hendak meninggikan suara pada si ayah . Tapi dia terpaksa , ini adalah keputusannya .

Abang-abangnya hanya mampu berdiam diri sambil mengeleng-gelengkan kepala mereka . Adik dia yang ini lain dan degil seperti bukan seorang perempuan sahaja lagaknya dengan perwatakkannya seperti seorang lelaki .

Walau bagaimanapun mereka tahu bahawa adiknya masih kecil dan tak mampu nak berbuat apa-apa , sedangkan mereka yang dah besar pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa .

Ni kan pula adiknya yang masih setahun jagung , lagilah tak mampu . Auntynya bukanlah bodoh ! auntynya bijak ! menyelewengkan kata-kata mereka .

" Suka hati kamulah dik ! Kalau tu yang boleh buat kamu senang ."

Jawab En.Roslan sambil kepalanya ditundukkan kebawah menekur lantai , sebak hati luraninya bila anak bongsunya ini berkata begitu .

Sampai sudah memasang tekad lagi , keras sungguh hati gadis ini . Sama keras dengan hati abang-abangnya  yang lain . Sangat beza dengan kakaknya yang berhati lemah lembut dan tidak lasak .

                                            ~ BERSAMBUNG ~

~>MAAF KALAU ADA TYPO .
~>1124 PATAH PERKATAAN .

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now