Hello ! My Baby Girl .
FARISH ♥ FINA .
Uii makcik bawang ni kenalkan aku jejaka tertampan dekat dalam cerita ni , mestilah korang kenalkan aku siapa . Siapa lagi kalau bukan TENGKU FARISH ALEXIUS XAVIER , ingat semua je ke yang dah kahwin yang dah buat anak ? Eh salah yang dah ada anak ? Aku pun adalah ! Ni aku kenalkan wife aku yang tershinta CLARA SERAFINA MISHELL ROSELLA . Nama je dah nak sama dengan Ell tapi lain and tak de kene mengena pun dengan bini Xavier tu .
Bini aku lagi lawa derr , ni gua nak cakap erk dia punya body ah memang baik ah . Sampai rasa nak ada 10 kembar je , tapi kesian pula dekat dia so ada jelah 2 toyol jantan dan betina yang lahir ke dunia yang kejam ni . Meh aku kenalkan anak aku :
TENGKU FARIHIN LORENZO ADELIO.
&
TENGKU FARINA LORENZA ADELL .Jangan nak kepoh -kepoh ea nak anak aku , penat tau aku dengan bini aku bergaduh dekat hospital sebab nak letak nama anak je . Kau apa tahu , jadi makcik bawang je . Aku tau yang penat buat baby ni , and aku penat tau bawak mak toyol ni ke hulur ke hilir sebab mengidam macam-macam . Nasib dia tak mengidam nak makan tapak kasut aku . Hahaha
Nak tahu bila aku kahwin ? Eleh semak je nak tahu . Haha okey-okey chill ni aky bagithu aku kahwin bila diorang semua ni dah mendirikan rumah tangga , masatu tinggal aku dan Lewis je . Cerita pasal Lewis ni , adalah juga aku rasa tapak muka dia , sebab dia dah ada pilihan tinggal nak kahwin je . Aku ? Satu apa pun tak de jadi sebab tulah aku merantau ke Brunei , saja -saja nak cari orang Brunei .
Tak sangka pula terjumpa bini aku yang sekarang ni , cerita dia macam ni . Masa aku first jumpa dia je aku dah kene lempang dengan dia , perghh padu mat ! Berbisa beb . Sebab dia ingat aku pegang bontot dia , padahal bukan aku . Kawan dia yang pegang pastu lari , bila dia pusing je aku dekat belakang dia . Tu yang aku kene , baik beb kawan dia . Salam perkenalan yang hebat dari dia , garang ! Aumm aumm .
Pertemuan kali kedua pula , masatu aku tengah drive and tak sengaja pula tu dia main lintas macam tu je . Pala bana dia lah , nasiblah masa tu aku cekap . So aku sempatlah brek kereta , tak langgar pun lagi dia . Tapi dia punya marah habis retak cermin kereta aku and bonet depan kereta aku sebab dia pukul pakai tumit tinggi dia and batu .
Pala bana dia , ikutkan hati aku masatu nak je aku tembak kepala dia . Tapi fikir je perempuan , dia yang salah main lintas macam tu . Pastu aku yang kena , kurang adab betul ini betina .
Yang kali ketiga pula , dia terambil beg pakaian dobi aku . Beg kitaorang sama masatu , sebab tu dia tertukar . Aku punya lah kejar dia sebab salah beg , nak tahu macam mana aku tahu tersalah beg ? Sebab aku buka-buka je beg tu keluar coli warna merah terang , pergh sejak bila aku pakai coli tu yang aku cari beg aku . Rupa-rupanya dia dah bawak lari .
Puas juga aku kejar dia and ajak tukar , tapi malangnya kene lempang . Salah aku lah sebab main tarik je beg dekat tangan dia , aku punya lah cakap yang dia salah ambil beg dia tak nak percaya . Aku suruh dia check dalam tu dia tak nak , last -last aku punya bingit aku keluarkan lah coli dia yang tadi and tunjuk depan dia . Dan yes ! Kene lempang lagi , lepastu baru dia pulangkan beg aku tu pun dia campak beg aku . Kurang ajar !! .
Lepas dari tu lah aku gila bayang dengan dia , and cari tahu pasal dia . Sampailah aku lamar dia jadi bini aku , tak sangka pula yang dia nak . Hehek , gatal betina ni aku tahulah aku handsome .
Lepas dari tu aku bawak dia balik ke Italy dan kahwin dekat sna , dan dari sanalah aku ada anak dengan dia . Sekian daripada aku yang kacak bergaya lagikan handsome ni Farish .
~BERSAMBUNG .
[700 patah perkataan ]
Haa lepasni tinggal watak Lewis je lagi , and maka tamatlah story ni . Hurmm ((tahan sebak )) .
Drama je lebih lah sis ni , haha . Okey ii tunggu eaa watak Lewis menjelma , maybe esok baru update watak Lewis . Tengok lah dulu macam mana . Haha
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...