BAB 14 .

3.7K 134 2
                                    

Hello ! My Baby Girl.

"Relaxlah, aku jujur je kot. Jujur tukan bagus, daripada menipu ?"

Jawab Ijah polos, selepas pergelutan tadi. Mereka berenam terus singgah dikedai makan yang berdekatan bagi melepaskan kemarahan pada Ijah.

Merah-merah tubuh Ijah akibat penanggan pukulan Carol dan Yuyun,daripada dalam kereta sehinggalah dikedai makan. Tak habis-habis lagi api kemarahan Carol dan Yuyun, kalau ikutkan hati nak aja Yuyun ramas-ramas kepala otak Ijah.

"Jujur kakak kau! kau tahu tak bertapa malunya aku tadi dengan peranggai kau tadi! eee... nak je aku ramas-ramas otak kau sana."

Maki Yuyun pada Ijah, terhinjut-hinjut bahu Ijah akibat tengkingan Yuyun. Dahlah Yuyun duduk disampingnya, Carol pula dihadapannya. Memang tempah mautlah Ijah ni.

" Patutnya biar Nora je yang pergi beli air tadi. Kalau tahu Ijah akan bergaduh dengan lelaki tadi."

Ucap Nora sambil menyuakan nasi goreng kampung kedalam mulutnya, sememanya sedikit pun mereka berlima tidak menjangkakan yang Ijah akan jujur pada Xian soal perasaan Carol pada Xian.

Nasiblah Nora tak jadi macam Yuyun dan Carol, dia stady je makan dekat sebelah Ijah. Sedangkan Yuyun dan Carol memandang Ijah dengan tajam.

"Alah, benda dah jadikan. Sorrylah, aku janji aku tak buat lagi. Sorry eh! sorry!."

Rayu  Ijah dihadapan Yuyun dan Carol,  siap kedua-dua belah tangannya disatukan seperti betul-betul merayu.

Haihlah kawan, peranggai màcam taik. Yuyun dan yang lain hanya diam dan  menganggukkan kepala sahaja, tahu sangat dengan peranggai Ijah yang sememangnya seperti taik itu.

                     ●♡●♡●♡●♡●♡●♡●
[ HOMESTAY, SARAWAK]

" Vier aku nak tanya ni, apa yang kau kutip tadi ?"

Soal Nicholas pada Xavier, jika tiada anak buahnya  yang lain. Mereka lebih gemar  menggunakan perkatan kau aku dan bahasa Melayu.

Jika dihadapan anak buah, mereka akan membuat gaya seperti Boss dan pekerja. Begitu juga denga. Xian,Adrean dan Calvin. Jika waktu kerja tiada lagi istilah main-main segalanya tegas, kerana mereka tahu pekerjaan mereka tiada hentinya.

" Shut up! "

Balas Xavier acuh tak acuh, sebenarnya dia pun tak tengok lagi apa yang dia ambil tadi. Nanti-nantilah dia tengok, bukan hilang pun. Kalau dah dalam dompetnya, siapa je yang berani usik? kalau nak mati cepat, usiklah.

" Kau mesti dah syok dengan minah tu kan? "

Sakat Nicholas, sengaja dia mengusik Xavier. Bukan selalu dapat mengusik Xavier ni. Madah 24 jam berwajah tegang je, kalau senyum pun senyuman sinis je. Rasanya kalau dia senyum terus gempa bumi agaknya.

" Sebelum bersepai kepala kau dekat sini, baik kau diam. Shut up your mouth little bitch! "

Amaran Xavier sambil mengacukan pistolnya betul-betul dihadapan Nicholas, nilah peranggai Nicholas busy body. Kalau Ezmeer pula kuat melenting dan tak boleh dicabar.

Lagipun sengaja mereka menggunakan bahasa malaysia ditempat yang tertutup, cuma Xavier jelah yang kekok sedikit. Sebab dia tak pandai nak cakap bahasa melayu, disebabkan itulah dia lebih kepada speaking.

' Aku tak tahulah kenapa, dia adalah perempuan pertama yang melawan aku dan perempuan pertama yang aku gelar 'BABY GIRL' selain dari Isha.'

P/s : Isha adalah adik bongsu Xavier yang baru berusia 15 tahun. Kalau kembar Xavier adalah Farish.

Bisik hati Xavier, puas dia menentang kata hatinya. Tapi hatinya tetap berkata bahawa dia harus menolong gadis itu, oleh kerana was-was dia hanya mengabaikan sahaja.

Tanpa dia sedar dia sedang termenung seketika memikirkan soal gadis yang melanggarnya tadi. Selepas tersedar dari lamunanya, Xavier terus bangkit dari duduknya menuju ke bilik.

Nasib Xian dah mencarikanya homestay so muatlah untuk dia dan  2 orang sepupunya dalam homestay itu. Sesampai sahaja  Xavier dibiliknya terus tubuhnya dihempaskan  diatas tilam sambil tangan kirinya diletakkan diatas dahinya.

Dia keliru antara dia harus siasat latar belakang gadis itu atau tidak, kerana firasat dan kata hatinya tidak pernah salah. Terkebil-kebil matanya memandang kipas yang berpusing disyiling biliknya, serabut dibuatnya.

" Takpelah, nanti-nanti jelah aku siasat. Dia bukannya penting pun  bagi aku, maybe masa tu kebetulan je aku terlanggar dia."

Monolog Xavier perlahan, puas dia cuba membuangkan soal gadis itu dari dalam fikirannya. Tapi tak berhasil tetap ada juga. Akhirnya dia give up, dia memusingkan tubuhnya kekiri dan kekanan tapi tak berhasil.

Dia tetap tidak boleh tidur, hanya satu cara sahaja 'meniarap' hanya dengan cara itu sahaja dia boleh tidur. Selepas meniarapkan tubuhnya, akhirnya  dia terlena.

                     ●♡●♡●♡●♡●♡●♡●

" Awak kena tolong saya tisda orang lain yang boleh tolong saya selain awak. Tolong saya, saya merayu."

Rayu seorang gadis yang sedang duduk memeluk lutut  dan dahinya disembamkan diatas lutut, duduk secara membelakangi Xavier.

Dengan tubuh yang kecil, baju yang lusung dan rambut yang panjang sehingga berjaya menutupi bentuk tubuhnya.

" Kau siapa? macam mana aku  boleh ada dekat sini?  aku tak kenal kau pun macam mana aku nak tolong kau? ."

Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Xavier pada geranggan suara yang berada dihadapannya ini. Pelik berasa pelik tika ini. Soalannya, kenapa tempat ini serba putih dan tiada satu corak pun.

Putih bak awan-awan dilangit. Berkerut dahinya apabila dia cuba mencari jalan keluar, tapi hampa tiada satu pintu pun disitu. Hanya dinding yang putih serta bersinar sahaja. Persoalannya, macam mana gadis ni boleh ada dekat sini?

" Awak dekat dalam dunia saya, mimpi saya. Saya harap awak boleh tolong saya, hanya awak je. Tiada orang lain yang boleh tolong, hanya awak '

" Macam mana kau tahu nama aku? siapa kau sebenarnya, tolonglah aku nak keluar. Aku tak kacau kau, kenapa kau kacau aku ."

Balas Xavier pelik, mana gadis ini tahu namanya. Sedangkan dia  tidak tahu langsung soal atau nama gadis ni. Puas dia merayu untuk gadis ini menunjukknya jalan keluar, keluar dari tempat pelik ni. Pertama kali dalam hidupnya dia merayu dengan seorang yang bernama gadis, selain dari bondanya.

" Boleh saya tunjukkan jalan keluar, tapi dengan satu syarat ."

Mendengar sahaja perkataan 'BOLEH' terbutang terus mata Xavier. Dia mula melangkah perlahan-lahan menuju ketubuh gadis itu, dia harus melihat wajah gadis itu secara dekat dan berhadapan.

" Apapun syaratnya, aku ikut. Asalanya aku keluar dari tempat sial ni. Kau nak apa? duit? rumah? kereta ? semua aku boleh bagi ."

Seloroh Xavier, tanpa memikirkan apa syarat yang akan diterimanya nanti. Sesampai sahaja dia dibelakang gadis itu, terus dia menyentuh bahu gadis itu dan secara spontan gadis itu bangkit dari duduknya.

Dipeluk erat tubuh Xavier, tersentak Xavier seketika. Baru sahaja dia ingin bertanya sesuatu. Tiba-tiba dia terdengar tangisan halus dari gadis ini, terus tanggannya mengesat air mata gadis itu. Baru sahaja gadis itu mengangkat mukanya, alangkah terkejut dia kerana gadis ini adalah ..........

" Saya nak......"

                                 - BERSAMBUNG -

1041 PATAH PERKATAAN .

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now