BAB 38 || MIMPI 💋

3.7K 135 6
                                    

Hello ! My Baby Girl .

"Arghh .... Ijah !! "

Jerit Yuyun , cepat-cepat dia bangkit dari baringgannya tadi. Kenapa tiba-tiba sahaja dia boleh mimpikan Ijah ? Dah hampir 3 tahun Ijah pergi dari sisinya.

"Kenapa ni Yuyun ? Istighfar banyak-banyak , "

Tegur Nora , diusap perlahan belakang badan Yuyun. Dia pun terkejut bila Yuyun menjerit nama Ijah , sedangkan Ijah dah tiada. Hmm mereka dan keluarga Ijah semua tak tahu bahawa Ijah masih hidup.

"Yuyun mimpi Ijah accident , kereta dia terbalik ! Ya allah , Yuyun rindukan Ijah , Nora ! "

Ditarik-tarik tangan Nora beberapa kali , lepas kematian Ijah Nora terus tidur bersama dengan Yuyun kalau tak Ijah yang akan bersama Yuyun .

"Ye .. ye. Nora tahu , Nora juga rindu dia . Dah better sekarang ni kita ambil wuduk doakan Ijah dekat sana , semoga tenang selalu. "

Ditariknya tangan Yuyun agar mengikuti langkahnya untuk mengambil wuduk , itu jelah cara untuk buat mereka hilang rasa rindu pada Ijah. Doa sahaja yang mampu di panjatkan.

Seusai solat , Yuyun terus keluar dari rumah teres yang diduduki oleh mereka. Diambil kunci gharaj untuk membuka pintu gharaj , buka sahaja pintu dia terus menapak ke motorsikal Ijah.

Diusap motol itu dengan air mata yang bertakung , kunci motor Ijah pun ada padanya . Kerana selalunya Ijah akan tinggalkan kunci motornya jika dia bawa keretanya , kalau dia bawa motor kunci keretanya pula akan ditinggalkan . Kerana Ijah ialah seorang yang pelupa , masa zaman sekolah pun Yuyun yang akan pegang duitnya .

Satu keluhan terkeluar dari mulut Yuyun , dikesat dengan kasar air matanya menggunakan telapak tanggannya . Dia rindu hendak bergaduh dengan Ijah , dia rindu mendengar jeritan Ijah , dia rindu dengan makian Ijah , dia rindu segalanya soal Ijah.

🔥🔥🔥🔥

3 tahun telah berlalu , En.Roslan tetap sama . Selalu mengharapkan kepulangan Ijah , sedangkan dia tahu bahawa anaknya takkan dapat kembali lagi di pangkuannya. Hari demi hari dia akan duduk di dalam kereta Ijah , hanya kereta Ijah sahaja dapat mengubatkan rindunya.

Dipegang stering kereta milik Ijah kuat-kuat , sebelum setitik demi setitik air mata tuanya mengalir . Dia rindu akan gadis bongsunya itu , kerana terlalu mengiginkan kereta ini . Anaknya bekerja part time dia kedai makan , untuk membayar duit muka dahulu.

Senyuman hambar terukir di bibirnya , 😌 . Tipulah kalau dia tak rindu Ijah , kerana rindulah dia selalu berharap semua ini hanyalah sebuah mimpi. Seandainya ini hanyalah mimpi dia ingin bangkit dari mimpi ngerinya.

"Kau tengoklah Abah tu , hari-hari dia duduk dalam kereta Adik. Hari-hari dia tunggu Adik balik . Hari-hari dia tengok gambar Adik , lepastu cakap "Adik akan balik kan nanti , Abah tunggu Adik balik " . Kau fikirlah , aku dah tak tahu nak buat apa lagi. "

Ngadu Angah Ijah pada adik-beradiknya yang lain. Memang itulah runting harian En.Roslan , menanti benda yang takkan pulang. Sebak hati mereka bila melihat ayahnya menangis dalam diam , bukan mereka tak tahu tapi mereka saja buat-buat tak tahu.

"Adik akan balik kan nanti ? Abah tunggu adik balik eaa. Abah janji bila Adik balik je , Abah akan tunaikan semua permintaan Adik. Abah rindu Adik ."

Ucapnya dalam sebak , dia mula menanggis sepuas-puasnya didalam kereta milik Ijah. Dipukul-pukul stering kereta itu sekuat hati , 3 tahun dia berharap benda yang tak akan jadi. Tapi hati tuanya tetap mengatakan bahawa anak gadisnya akan balik ke pangkuannya semula , naluri seorang orang tua .

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now