Hello ! My Baby Girl .
Lepas accident yang berlaku itu , Ijah cepat-cepat dimasukkan ke wad i.c.u . Titisan air mata yang keluar dari mata mamanya dari tadi tidak berhenti-henti apabila melihat keadaan Ijah yang semerti mayat.
Lehernya patah , tangan kanannya patah dan juga kaki kanannya . Kalau dia hidup pun , mungkin dia akan lumpuh satu badan .
"Selamatkan anak aku Ash ! "
Arah En.Edward , kini hospital yang menempatkan Ijah adalah hospital miliknya dan isterinya : Carliuss hospital. Kalau ikutkan isterinya boleh je menguruskan anak angkatnya tapi bila melihat keadaan isterinya yang tak bermaya , better biarlah sahabatnya sahaja yang menguruskan .
Doa sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa anaknya , moga-moga panjanglah umurnya 😌😌😢 .
"Selamatkan adik Abang ! Sayang tak nak hilang dia !! Tolong Abang !! "
Rayu Pn.Erissa dalam tangisan , dia pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa . Jika allah lebih sayangkan anak angkatnya itu dia dah redha , walaupun hadir gadis itu tanpa diduga . Dan dia sendiri yang akan hadap keluarga Ijah nanti , dia sendiri yang akan bertanggungjawab segalanya.
"Sabar sayang , istighfar banyak-banyak . Redha walau apa pun yang berlaku ."
Pujuknya , diusap perlahan belakang badan isterinya. Dapat dirasakan tubuh isterinya yang mengigil hebat ! mungkin akibat terkejut dengan apa yang berlaku , genggaman isterinya juga kuat di bajunya seperti ingin meminta semangat.
Dia bukan apa , cuma risaukan kesihatan isterinya sahaja. Wanita ini mudah untuk mendapat penyakit walaupun dia seorang doktor disini , dia risau takut-takut isterinya demam . Mata isterinya juga seperti sudah mulai bengkak akibat banyak menangis , hidung dan wajahnya juga mulai merah.
3 jam kemudian .....
Keluar sahaja Ash dari bilik rawatan yang menempatkan Ijah , dia terus diserbu oleh sahabatnya Edward.
"Macam mana Ash ?! "
Ash hanya menayangkan muka redupnya sahaja , dilihat sekeliling sahabatnya . Ada En.Fattah dan isterinya Pn.Isabella a.k.a Bonda dan Ayahda Xavier .
"Aku mintak maaf , aku dah cuba .... untuk menyelamatkannya. Tapi allah lebih sayangkan dia ."
Ujarnya dalam keadaan kesal , digosok lengan sasa sahabatnya beberapa kali bagi memberikan semangat .
"Allah ! "
Ucap En.Edward dan serentak itu Pn.Erissa pengsan tidak sedarkan diri dalam dakapan Pn.Isabella. jatuh melutut En.Edward tika itu , dipukul-pukul dadanya banyak kali . Kesal dengan apa yang berlaku , jika dia lebih tegas dengan gadis itu mungkin semua ini takkan berlaku.
"Infermiera, per favore, prendilo ."
( Nurse please take him. )Arah Ash pada nurse yang lalu lalang disitu untuk membawa Pn.Erissa ke bilik rawatan.
"Aku tahu kau kuat bro. "
Ucapnya pada sahabat karibnya Edward sambil menepuk-nepuk bahu En.Edward beberapa kali , sebelum berlalu pergi.
😌😌😌😌😌😌😌
Sedang asik En.Roslan melihat cartoon , tiba tepat pada pukul 1:30 tengahari . Buletin utama akan bermula seperti biasa .
Assalamualaikum dan salam sejahtera , petang tadi kita digemparkan dengan satu tragedi kemalangan yang melibatkan letupan besar di Italy . Mangsa yang dikenali sebagai NOR KHATIJAH BINTI ROSLAN maut ditempat kejadian , mayatnya akan dibawa pulang ke Malaysia pada esok pagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA ) di Johor Bahru . Sekian daripada saya Erin malik dan Saya Saiful nizam bagi mengakhiri Buletin Utama.
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
غموض / إثارةCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...