BAB 52 || SAHABAT 👭

3.7K 148 12
                                    

Hello ! My Baby Girl.

Setibanya di airport , laju sahaja langkah Ell dan Xavier hendak menaiki jet peribadi milik Xavier. Xavier sengaja melambat-lambatkan waktu penerbangan mereka untuk ke Terengganu. Ini semua kerana Farish baru sahaja menginfomnya bahawa kawan-kawan Ell akan join sekali mereka untuk ke Terengganu.

Sedang asik Ell memandang telefonnya , tiba-tiba namanya dilaung kuat oleh seseorang . Tersentak di seketika .

"Ell !! "

Laung Yuyun kuat , dia berlari anak ke arah Ell . Setibanya dihadapan Ell , terus dia memeluk kuat tubuh Ell sambil meminta maaf.

"Ell aku mintak maaf , aku dah tahu segala-galanya . Maafkan aku "

Berkerut dahi Ell , apa yang Yuyun merepek ni ? And bila pula dia dah cerita segala-galanya pada Yuyun ? Dengan perasaan yang pelik , dia terus menolak sedikit tubuh Yuyun ke belakang.

"Apa kau merepek ni ? Bukan ke kau benci aku ? Kenapa kau nak carik aku lagi ? "

Sinis Ell , dia betul-betul kecewa dengan sikap Yuyun yang tidak mahu mendengar penjelasannya terlebih dahulu. Sikap Yuyun betul-betul buat dia ibarat seperti seorang orang miskin yang meminta sedekah dan dihalau oleh orang kaya .

"Diorang semua dah cerita benda yang betul dekat aku. "

"Siapa ? "

"Tu diorang. "

Ell hanya memerhati jari telunjuk Yuyun yang menuju ke arah Farish dan yang lain. Matanya dikecilkan sedikit , sebelum bersuara pada Farish.

"Dici tutto a loro?"
( Do you tell everything to them ? )

Soal Ell pada Farish , Farish yang sedang melihat jam tangganya dipandang Ell sekilas sebelum menjawab.

"si, tutto ciò che dico a tutti loro "
(Yes , everything I tell them all )

"Ehh ! Cakap bahasa yang aku boleh faham boleh tak ? Bahasa alien pulak yang korang bebual , kejap ada ayat tatto . Kejap disco lepastu tadi lorong ? Haih tak faham lah. "

Sampuk Yuyun yang secara tiba-tiba , dia dah lah tak faham apa yang dikatakan oleh Ell . Lepastu Farish boleh pulak balas dalam bahasa asing , macam-macam ayat dia dengar.  Mereka yang ramai-ramai dengar setiap butir bicara Yuyun hanya tertawa kuat.

"Ni korang bawak beg nak pergi mana ? "

Soal Ell , pelik melihat beg bagasi yang dibawa oleh kawan-kawannya.  Nora hanya tertawa sebelum dia menjawab .

"Nok ikut Ell lah , mu nok kelik ganu kan ? Nok ikut sekali lah.  Mana tahu dok sana nanti kita boleh bual panjang "

"Oh , jadi mu pun ikut sekali lah ni ? Dok oyak awal-awal . Jom lah kejap lagi nok gerok doh ni. "

Terus Ell memaut tangan Yuyun dan Nora , satu senyuman terbit di bibir Xavier . Inilah senyuman yang di cari selama ni , senyuman Ell yang lama.

"Dia cakap kita bebual bahasa asing , last-last dia pun.  Menyampah betul aku ! Lagi-lagi yang nama apa tu orang-orang eaa ? Menyampah aku. "

Kutuk Nicholas , dia langsung tak faham apa yang dibualkan oleh Ell dan Nora tadi. Orang-orang yang dimaksudkan oleh Nicholas ialah Nora , suka suki dia je edit nama anak orang.

"Bukan kau je , aku rasa semua tak faham . Cuba tanya Adrean dengan Calvin mana tahu dia faham ? Dia kan dah lama stay malaysia. "

Adrean yang sedang asik berjalan dengan lagaknya , terus Farish membetes kakinya. Nasib baik sempat ditangkis oleh Adrean kalau tidak , mahu jatuh dia dibuatnya .

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now