Hello ! My Baby Girl .
2 hari kemudian .....
Lepas pertunangan Xian dan Carol berlangsung , Xian , Adrean dan Calvin terus mengutuskan untuk duduk di Johor Bahru (JB) selama beberapa minggu . Begitu juga dengan Xavier , Ell , Farish , Ezmeer , Nicholas dan Lewis . Mereka membuat keputusan untuk menetap di Jb bukan saja-saja .
Ada tugas dan rancangan yang perlu diselesaikan sebelum mereka balik semula ke Italy. Lepas Ell berjumpa semula dengan kawan-kawannya yang lain , Ell terus membuat keputusan untuk menyamar sebagai orang luar.
Hanya Carol sahaja yang tahu siapa diri Ell yang sebenar , tanpa Ell tahu bahawa Carol tahu semua tentang hidupnya kecuali tentang dia seorang ketua mafia.
Penyamaran dia semakin hari semakin berhasil . Yuyun , Nora , Carol , Nat dan Syaza pun semakin hari , semakin rapat dengan Ell . Inilah kebahagiaan yang Ell mahukan selama ni , kebahagiaan bila bersama semula dengan kawan-kawannya.
"Miyy nak keluar dengan Yuyun , Boleh ? "
Bodek Ell pada suaminya. Xavier hanya diam membisu , sebelum memandang ke arah isterinya. Di gosok belakang kepala isterinya beberapa kali sambil tersenyum.
Dah lama dia tidak melihat Ell sehappy ni , bukan Ell je . Ezmeer pun happy . Bila Ell keluar bersama dengan kawan-kawannya , pasti yang lain akan ikut . Termasuklah Xian , Adrean dan Calvin.
"Nak keluar dengan Yuyun eaa ? Wanna join ? "
Sampuk Ezmeer yang datang entah dari mana , tersenyum Ell bila mendengar ayat yang dilontarkan oleh Ezmeer . Xavier hanya memandang tajam sahaja sepupunya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya . Haihh mula dah gatal si Ezmeer ni 😒.
"Of course , why not. "
Balas Ell , dia tahu bahawa Ezmeer sukakan Yuyun. Tu pun dia dapat melihat dari mata kasarnya , tapi Yuyun ? Yuyun garang sikit. Bila Ezmeer nak mendekatinya sahaja , mesti dia menjeling atau ditunjukkan penumbuknya pada Ezmeer.
Pernah sekali Ezmeer meluahkan pada Yuyun yang dia sukakan Yuyun , tapi dilontarkan dalam bahasa Italy . Gila agaknya ! Manalah si Yuyun tu tahu apa yang dia cakapkan. Tak sia-sia je dapat jelinggan maut dari Yuyun.
Cerita pasal Yuyun ni , teringat pula pada si Nora. Nora gadis yang happy gudlucky dan suka cakap pakai lepas je. Ada sekali tu masa semua keluar bersama termasuklah kawan-kawan Ell yang lain. Nora boleh kutuk pula Nicholas depan-depan dalam bahasa terengganu.
FLASH BACK....
"Yuyun Nora nok oyak ni. Handsomelah jantang yang depang Nora ni , gugur imang ngok dio ."
(Yuyun Nora nak cakap ni . Handsomelah lelaki yang depan Nora ni , gugur iman bila tengok dia. )Komen Nora , Nicholas yang tak faham satu apa pun yang dicakapkan oleh Nora hanya berdiam diri. Dia tidak selesa bila Nora asik memerhatikannya . Ell yang faham apa yang dicakapkan oleh Nora hanya tertawa sebelum memberitahu Xavier dalam bahasa Italy .
" Disse alla sua amica, Nicholas era molto bello "
( she said to her friend, Nicholas was very handsome )Beritahu Ell pada yang lain , Xavier hanya tetap dengan muka bengisnya . Manakala , Farish , Ezmeer dan Lewis mentertawakan Nicholas . Merah habis muka Nicholas bila dirinya menjadi topic bualan Nora.
"Aishh , merepeklah Nora ni ! Karang diorang dengar apa pula yang diorang cakap . Buat malu Yuyun je nanti. "
"Alah diorang bukannya faham bahasa kita pun , yang diorang faham hanyalah bahasa english. "
"Dah-dah tak payah nak merepak "
"Eleh jealous lah tu sebab takde orang minat Yuyun ."
Balas Nora , dijuirkan lidahnya dihadapan Yuyun . Yuyun hanya menjeling tajam sahaja ke arah Nora.
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Misterio / SuspensoCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...