Hello ! My Baby Girl .
Tergeleng-geleng kepala En.Roslan apabila membaca mesej yang dihantar oleh Ijah , ni lah salah satu perangai Ijah yang dia tak berapa nak gemar . Suka buat keputusan sendiri tanpa beritahu orang lain , aihhlah anak.
"Kenapa Abah tergeleng-geleng daripada tadi ? "
Soal Abang Ijah Zulkifli a.k.a Zul . Daripada tadi dia melihat ayahnya menggeleng-gelengkan kepalanya , apa yang ayahnya fikirkan sebenarnya ? Kalau pasal adiknya , tak mungkin sebab kalau diikutkan adiknya tiba semalam . Mungkin adiknya terus balik ke johor kot , sangkanya sendiri.
"Adik tak balik ! Dia pergi Italy dengan kawan dia pula . Dia mesej abah tadi , tapi abah call tak angkat-angkat . Bukan tak angkat bunyi pun tak , operator je yang bercakap dengan abah. "
"Takkan lah sebab tiket balik adik semalam , abah biar betul ? Italy tu jauh !! "
"Ada masa pula abah nok main-main sekarang ni ? "
"Gila lah budak tu , nak kata OKU normal . Tapi otak macam orang OKU , nama je student university ."
Kritik abang Ijah Zul , risau ? Memang tak lah sebab dia dengan Ijah ibarat anjing dengan kucing . Bila bertembung je mesti bergaduh , siap bertumbuk lagi .
"Harap-harap dia oklah tu dekat sana , doa yang baik-baik je dah "
Putus En.Roslan , nak larang pun tak guna benda dah jadi . So doa jelah yang termampu , seandainya dia tahu dari awal benda ni akan jadi . Mungkin dari awal lagi dia takkan mengizinkan Ijah untuk ke Paris tu , tapi apakan daya nasi dah jadi bubur .
🎈🎈🎈🎈🎈🎈
"Nora ! Abah Ijah call Yuyun tadi , dia cakap Ijah pergi Italy dengan kawan dia. Ijah ada kawan ke dekat Italy atau Paris ? "
Soal Yuyun seolah-olah sedang berbisik , hanya mereka berdua je yang tahu tentang keberadaan Ijah tika ini . Yang lain langsung tak tahu termasuklah Carol .
"Eh serious lah , gila lah minah tu. Tak betul ke apa otak dia , italy tukan jauh . "
Terkejut Nora apabila dia dikhabarkan oleh Yuyun bahawa Ijah berada di Italy sekarang .
"Tu lah pasal , takpelah kita doakan yang baik-baik je lah . Doa sekali biar otak dia tu berfungsi sikit , tak betul otak dia tu ."
Terhambur terus tawa dari mereka berdua , mereka langsung tak risau akan keselamatan Ijah termasuklah ayah Ijah . Kerana dari kecil Ijah dah diajar seni pertahankan diri oleh abagnya dan dari usianya 13 tahun Ijah dah hidup dunia luar , lepas kematian ibunya cara hidup Ijah berubah 100 peratus .
Dan sewaktu usianya menjelang 15 tahun dia pernah bekerja di kelab malam , jadi dia tahu segalanya . Walaupun begitu dia tidaklah seteruk mana , niatnya hanya ingin mengetahui cara dunia luar .
"Yuyun call dia dapat tak ? Sebab Nora call dia banyak kali tak berangkat. "
"Samalah Yuyun pun , bukan kita je . Ayah Ijah pun sama ."
"Habis dia balik Malaysia bila . "
"Haaaaa ! Yang tu .... Yuyun pun tak tahu , ayah dia tak cakap apa-apa pun ."
Nora hanya membuat mulut berbentuk 'O' 😯😯 .
👒👒👒👒👒👒
Menjelang sahaja pagi Xavier bangun dan bersiap-siap untuk membawa Ijah mengelilingi banda Italy , walaupun lepas solat subuh tadi dia dan Ijah ada pergaduhan sedikit selepas tu barulah mereka tertidur semula sampailah sekarang .

ANDA SEDANG MEMBACA
Hello ! My Baby Girl .
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...