Hello ! My Baby Girl .
Seminggu Ell ditempatkan di ward VIP dan selama seminggu juga , tak sekali pun Xavier meninggalkannya . Dia betul-betul nak tebus balik apa yang dilakukan atas kesalahannya , jika ada misi ke apa ke. Dia akan menyerahkan segalanya di bawah jagaan atau kawalan kembarnya .
Kumpulan mafia Xavier dan Ell pun telah bersatu , mereka bekerjasama untuk sesuatu menyelesaikan sesuatu misi . Syukur alhamdulillah kerana Xavier telah dapat menerima takdir bahawa Ell ialah Queen Of Mafia dan dia King Of Mafia.
Daripada awal perkahwinan dia dan Ell lagi , dia berniat untuk mengajar Ell cara mempertahankan diri . Bila ada apa-apa berlaku sewaktu dia tiada disamping Ell , Ell boleh mempertahankan dirinya.
Tapi niatnya terbatal , bila dia dapat tahu isterinya sendiri telah mewariskan darah Mafia dalam tubuhnya . Daripada seorang gadis biasa , menjadi seorang model dan sekarang menjadi seorang ketua mafia .
Padahal wajahnya bila dilihat , tersangatlah polos dan seperti seorang gadis yang tiada dosa . Tapi bila dilihat dengan mata kasar , dia memang agak kasar , lasak . Tapi dia seorang yang manja dan lemah lembut.
Harini ialah merepukan hari terakhir Ell berada di hospital. Ini bermakna dia dah boleh balik , tapi dia tidak tahu nak balik ke rumah mana. Dia keliru dengan semua ni , tak kan nak balik rumah Xavier ? Sedangkan Xavier telah mengharamkan kakinya untuk menjejaki rumah itu lagi.
"Dah siap sayang ? Kamu balik rumah suami kamu ye. "
Tegur Pn.Erissa , rusing dia bila memikirkan soal anaknya ni . Dari tadi lagi termenung , Xavier yang melihat isterinya menggelengkan kepalanya terus dia bangkit dari duduknya.
"Balik rumah kita eaa , Ibu ada untuk kawal pemakanan Miyy sepanjang Miyy berpantang . Mama kan ada kerja dekat hospital ni. "
Pujuknya , Ell tetap sama menggelengkan kepalanya. Dia masih terasa lagi dengan kata-kata Xavier sebelum dia melangkah keluar dari rumah Xavier.
Satu keluhan dilepaskan oleh Xavier , walaupun dia dan Ell dah berbaik tapi Ell kadangkala tidak melayannya.
"Takpelah Miyy fikir dulu , Biyy nak ke toilet kejap. "
Digosok belakang kepala isterinya dan ditarik sedikit kepala isterinya untuk dicium . Sebelum dia berlalu ke tandas , tu je cara yang dia ada agar melembutkan hati Ell semula .
"Kenapa tak nak balik rumah Xavier ? "
Soal Pn.Erissa dan Pn.Isabella serentak , semua seisi keluarga Xavier ada sekali . Ell hanya duduk dibirai katil sambil kakinya digoyang-goyangkan .
"Dia haramkan kaki Ell untuk jejak ke sana lagi ! Tak kan Ell nak jejak lagi ? Ell ada maruah maaa .. bonda , Ell ada maruah !! Sekali orang dah cakap macam tu . Ell akan ikut ! Takpelah kalau mama tak nak Ell duduk dengan mama lagi , Ell balik rumah keluarga Ell je . Tempat asal Ell bukan sini , but Malaysia ."
Setiap butir bicara Ell dapat didengari jelas oleh mereka semua termasuklah Xavier yang berada didalam bilik air , Farish dan yang lain berpandangan antara satu sama lain . Sebelum memesej Xavier untuk mereka berjumpa di luar ward Ell.
Dengan cara ni je dia dapat membantu Xavier , mereka dah agak benda ni akan berlaku . Sebab tulah mereka dah siapkan awal-awal lagi segalanya. Baru sahaja Xavier ingin melangkah keluar dari bilik air , dia menerima satu mesej . Dia ke bilik air bukan untuk buang air , tapi untuk bagi ruang pada Ell meluahkan apa yang dia rasa.
TINGGG !! ..
Angah buruk. 💔
Angah tunggu Along dekat luar ward akak sekarang juga , ada benda angah nak cakapkan .
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Mister / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...