Hello ! My Baby Girl .
" Speak now ?! ."
Tenang Xavier menyoal pada kedua-dua orang sepupunya iaitu Ezmeer dan Nicholas , dicapainya sarung tangan plastik yang disediakan oleh anak buahnya diatas meja peralatan senjata tersebut .
Dia harus menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin sebelum kembarnya datang , lelaki itu selalu sahaja mengganggu kerja-kerjanya .
Ada sekali tu dengan selamba je , kembarnya menembak orang tahanannya begitu sahaja tanpa penyeksaan . Prinsip Xavier : kesalahan yang dilakukan akan digantikan dengan penyeksaan mengikut kesalahannya.
" Aku ada check CCTV yang Lewis tunjukkan dekat aku tadi , and than aku nampak si toyol ni asik mengintip-intip dekat luar . Dah seminggu dah dia buat macam tu , aku sabar je . BODOH !! ."
Terang Nicholas pada Xavier , dimain-mainkan pisau belatinya disetiap inci wajah lelaki yang berkepala botak itu .
LEWIS : Orang kepercayaan Xavier yang mengawal setiap sudut Cctv dirumahnya dan menjaga pergerakkan adik kembarnya jika dia sedang melakukan penyeksaan.
Xavier hanya memandang lelaki yang diikat secara berdiri itu dengan pandangan helangnya sahaja.
Dia tahu lelaki itu mengintipnya , kerana setiap 7 meter kawasan rumahnya mesti akan diletakkan Cctv yang diimport dari negara korea .
Cctv yang tersangatlah canggih sehingga dapat melihat wajah seseorang itu dengan jelas walaupun dalam keadaan jauh .
" -- and last Lewis bagitahu aku yang toyol ni masuk sini melalui saluran paip air yang dah lama tak guna tu . Aku syak ada orang yang upah dia untuk buat semua ni untuk jatuhkan kau ."
" -- sebelum aku terlupa yang dia ni pernah menyamar sebagai anak buah kau , dia cuba nak godam maklumat tentang Grandpa dan kau ."
Potong Ezmeer , dari tadi dia diam . Kalini dia mesti bersuara kalau tidak benda ni tidak akan settle selagi Nich yang uruskan .
" -- Better kau settlekan cepat bro sebelum wujudnya makhluk yang tak diundang tu ke sini . Kang bahagian aku pun dia rembat sekali , dia tu bukan boleh dijangka macam kau juga . Licik !! ."
Perli Nich , makhluk yang dicakapkan itulah adik Xavier a.k.a TENGKU FARISH ALEXIUS XAVIER ataupun digelar sebagai FARISH .
Bila teringatkan kembali soal kembarnya cepat-cepat Xavier melangkah mendekati lelaki yang diikat oleh anak buahnya itu , baru beberapa tapak sahaja dia melangkah . Tiba-tiba satu suara menyampuk .
" Hye guys ! Hye Alongku yang hodoh , why adikmu yang handsome ni call banyak kali tak angkat ??! ."
Sampuk Farish dihadapan pintu bilik tahanan bawah tanah Xavier . Padangan maut dari Xavier dituju pada Ezmeer . Selalunya Ezmeer atau Nicholas yang akan mengunci pintu kalis bunyi tersebut , supaya adiknya tidak dapat masuk .
" Bukan aku bro , Kau tanya Nich ."
Laju Ezmeer menjawab apabila dia melihat mata helang Xavier bertembung dengan matanya . Digoyangkan kedua-dua belah tangannya tanda dia tidak bersalah dalam soal ini .
"-- Apa ! Eh baik sikit. Aku dah suruh Lewis yang kawal jantan tu , bukan salah aku . Salah Lewis ! Ah salah Lewis , not me ! ."
Bantah Nich apabila mata Xavier terarah ke arahnya . Terhinjut bahu Lewis apabila namanya dinaikkan .
" Aku dah larang tapi dia cakap ni soal hidup dan mati jadi aku bagi jelah dia jumpa kau ."
Terang Lewis , dengan muka selambanya . Mereka tahu yang Farish tidak akan menipu jika dia berkata soal ' hidup dan mati ! ' .
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...