Hello ! My Baby Girl.
3 hari kemudian .....
Dah 3 hari Xavier tidur di hospital , makan minumnya pun tak terurus lagi . Hari-hari mesti dia berharap Ell akan sedar dan mungkin ini harinya . Siapa pun tak tahukan .
Sedang asik Xavier membersihkan tubuh isterinya , dia ternampak tangan kanan Ell bergerak-gerak. Mesin yang mengawal nadi Ell pun semakin laju , cepat-cepat dia memanggil Pn.Erissa untuk masuk. Dia tidak tahu hendak buat apa , tindak balas Ell sangat mengejutkannya.
"Emaahhhhhhhhh !!!! "
Jerit Ell sewaktu matanya terbuka , terus tubuhnya terduduk di atas katil . Matanya menilau segenap kawasan bilik wardnya , sedang asik dia memerhatikan matanya bertentangan dengan mata Xavier .
"Ya allah Miyy , "
Terus Xavier memeluk erat tubuh isterinya , Ell hanya membiarkan seolah-olah dia tidak tahu apa yang sedang berlaku . Matanya pun besar memerhati keadaan sekeliling .
"Adik dah sedar ? Bagi mama check dulu ye sayang. "
Tegur Pn.Erissa , ditolak sedikit badan Ell untuk baring. Sebelum meminta Xavier untuk keluar seketika . Ell hanya menuruti , badannya pun seperti mengigil ketakutan .
"Alhamdulillah , terima kasih ya allah . Kau dah sedarkan bini aku semula dari komanya. "
Ucap syukur dari Xavier , terus handphonenya dikeluarkan dari poket seluarnya . Dia harus mengkhabarkan berita gembira ini pada keluarganya dan sepupunya .
🎈🎈🎈🎈🎈
"
Adik dekat mana maa ? "
Soal Ell polos , bibirnya pucat lesu persis seperti mayat hidup. Tergamam Pn.Erissa dia tidak tahu hendak menjawab apa.
"Siapa diri adik sekarang maa ? Tolong maa.. bagitahu adik ?"
Rayunya , akhirnya Pn.Erissa mengeluh perlahan . Diusap kepala Ell beberapa kali sebelum dia memulakan bicaranya .
"Pertama sekali , mama nak mintak maaf pada adik . Sebab mama dah tukar identiti adik , adik ingat tak masa adik tolong seorang perempuan ? "
"Yaa ingat , mana dia maa ? "
"Dia dah meninggal , disebabkan adik disahkan menghidap amnesia mama dan papa dah tukar identiti adik. Sebagai anak kami , dan kami dah buat pembedahan pada kamu ."
"Habis Xavier ? Kenapa dia ada dekat sini ? Dan kenapa dia panggil adik Miyy ? "
"Kamu isteri dia sayang , dan ..... dan ......"
"Dan ? "
"Dan.....dan. .."
"Ok i know , adik keguguran kan ? Dan adik baru sedar dari koma ? "
"Macam mana adik tahu ?"
"Sepanjang adik koma adik cuba untuk bangun tapi tak dapat , sepanjang tu lah adik dapat tahu siapa diri adik . Dan orang panggil adik Ell bukan Ijah lagi kan ? It's sokay , adik tak marah sesiapa . Just now adik nak cari keluarga adik , boleh kan maa ? "
"Boleh tu boleh sayang , but kamu kene mintak izin pada suami kamu sendiri . Bukan pada mama dah ."
"Hmm ..mama panggil dia masuk ok . Dan jangan bagi sesiapa masuk kecuali adik bagi izin , please maa , we need to privacy. "
"Tapi kamu kene rehat sayang , luka dekat kepala kamu pun tak baik lagi. Rehat dulu yee sayang ."
"Noo !! Selagi adik tak jumpa dia , adik tak kan rehat . Adik perlu bincang sesuatu dengan dia ."
YOU ARE READING
Hello ! My Baby Girl .
Gizem / GerilimCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terjerumus dalam dunia mafia oleh ibu bapa angkatnya iaitu CARL EDWARD MIKHAEL dan NUR ERISSA NATHALIA ROSE . Kehidupannya berubah 360° darjah selepas dia memasukki dunia 'GELAP' . Memiliki si...