BAB 1 .

11.1K 291 5
                                    

Hello ! My Baby Girl .

Kelihatan seorang gadis biasa yang masih berusia 12 tahun sedang berdiri tegak di sisi ayahnya sambil mengenggam erat tangan si ayah dengan kuat . Melihatkan keadaan ibunya yang sedang makan ubat diatas katil , membuatkan pelbagai tanda tanya dalam mindanya . Tanpa berfikir panjang dia pun membuka mulut untuk bertanya pada si ayah .

"Kenapa tangan emah bengkak ? kenapa emah kene makan ubat ? kenapa emah kene berubat ? . "

Tanya Nor Khatijah gadis paling kecil dalam keluarganya , digoyang-goyangkan tangan si ayah serta menunding jari telunjuknya kearah tangan dan tubuh ibunya yang sedang leka memakan ubat . Walaupun baru berusia 12 tahun , dia telah menghadapi pelbagai cabaran hidup . Gadis seusianya yang baru sahaja hendak hidup dan mengenali erti dunia , tapi hampir kehilang kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu .

"Emah sakitlah dik , sebab tulah emah kene makan ubat . Adik nak emah sihatkan ? apa kata adik doakan supaya emah cepat baik ."

Jawab En.Roslan satu persatu pada  persoalan anak bongsunya , sambil tersenyum pahit dan mengusap lembut kepala puteri kecilnya menggunakan telapak tangan tuanya . Melihat sahaja keadaan isteri tercintanya Pn.Saedah , serba sedikit air mata jantanya hampir tumpah . Tapi digagahkan jua hatinya agar tidak menanggis dihadapan keluarga kecilnya . Dia juga harus nampak dirinya kuat dihadapan anak-anaknya dan juga isterinya yang sedang menhidap kanser payudara stage 4 .

Dia tidak mahu menunjukkan dirinya begitu lemah tika ini dihadapan anak-anak dan isterinya , tanpa kekuatannya kemungkinan isterinya tidak lagi mahu meneruskan hidupnya . Isterinya sangat lemah tapi disebabkan doronggan dan kata -kata semangat darinya .  Isterinya bangkit balik demi anak- anaknya .

* S.K.I.P *
[ HOSPITAL SULTANAH AMINAH JB ].

"Emah mana ? kenapa kita ada dekat sini Along ? ."

Soal Ijah pada kakak sulungnya sambil menunjuk -nunjukkan dirinya yang sedang berdiri dihadapan pintu wad hospital ibunya . Dia juga leka bermain-main dengan hujung tudungnya , tudung yang tersarung cantik diwajahnya  .

"Kita nak tengok mah , adik rindu emah kan ? Kalau rindu , kita kene tunggu doktor yang rawat emah tu keluar eh . Doktor tu belum keluar , dia ada dekat dalam dengan emah " .

Dibalas satu persatu soalan adiknya sambil membetulkan sedikit tudung adiknya .Banyak persoalan yang bermain dimindanya tika ini . Mampukah dia sekeluarga menerima kehilangan ibundanya dengan adik perempuannya yang setahun jagung dan tidak mengerti apa-apa soal kehidupan . Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan untuk kesihatan ibunya .

Sedih yang teramat mereka sekeluarga rasa , bila mendapat khabar bahawa ibunya sedang kritikal dan hanya menunggu masa sahaja . Walaupun begitu doanya pada setiap hari tak pernah berhenti buat si ibu agar cepat baik seperti dahulu kala .

                      ●♡●●♡●●♡●●♡●●♡●
» 3 JAM KEMUDIAN «

Si kakak leka mengelus halus rambut si adik yang sedang baring berbantalkan pehanya , lega hatinya apabila si adik mula menjejaki alam mimpinya . Jika tidak semua benda pasti hendak ditanyakannya .

Itulah , inilah ! Tapi tetap dia akan menjawab juga soalan adiknya , kecuali adiknya bertanya perihal ibunya . Jantungnya pasti bagaikan hendak terkeluar sahaja apabila adiknya menanyakan soalan itu .

DUP ! DAP ! DUP ! DAP ! .

Itulah yang dirasai olehnya ,ketika adik bongsunya mula mencari kelibat si ibu . Dia tiada jawapan untuk soalan itu melainkan hanya berdiam diri atau menipu adiknya !hanya itu sahaja jalan yang dia ada agar adiknya diam . Bukan niatnya untuk menipu gadis sekecil adiknya , tapi dia terpaksa .

Segalanya tidak lama hanya seketika sahaja . Selepas itu adiknya akan kembali menanyakan tentang keberadaan si ibu . Walau bagaimanapun hanya allah sahaja yang tahu isi hatinya .

Sedang leka dia mengelamun . Tiba-tiba pintu wad milik ibunya terbuka dari dalam dan terlihatlah seorang doktor perempuan yang merawat ibunya . Mereka sekeluarga bingkas bangun dari duduk dan menuju kearah doktor perempuan itu . Tanpa sebarang pertanyaan doktor itu terlebih dahulu yang menjawab .

" Saya mintak maaf ... Patient tidak boleh membuat chemoteraphy dengan keadaannya sekarang ini " .

Kata doktor yang memakai tag nama Irwani sambil menunduk menekur lantai . Mendengarkan kata -kata yang terkeluar dari mulut doktor itu membuatkan mereka semua tertanya-tanya , apakah maksud doktor perempuan ini .

" Apa maksud doktor ? ".

Tanya En.Roslan pada doktor perempuan tersebut . Tanpa ragu-ragu dalam fikirannya tika ini hanyalah keadaan isterinya . Dia nekad bahawa dia akan merima walau apa pun kata doktor ini . Dia dah berjanji babawa dia akan menghadamnya dengan sebaik-baik mungkin .

" Pihak kami dah cuba sedaya upaya yang mungkin , tapi kondisi isteri Encik tidak mengizinkannya untuk pulih kerana sel kanser payudaranya berada pada stage 4 . Lebih baik Encik membawa kesemua family pesakit untuk datang melawatnya sebelum terlambat " .

Mendengar sahaja kata -kata yang keluar dari mulut doktor itu membuatkan mereka sekeluarga tergamam , terkedu , segala ter ter lah . Jika betul apa yang dikatakan oleh doktor itu betul , mereka sekeluarga hanya mampu meredhai . Ini adalah kadaq dan kadar allah , tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya .

Tanpa dia sedari setitik demi setitik air mata jantanya mengalir keluar membasahi pipi . Dikesat kasar air matanya menggunakan hujung jarinya . Dia tidak boleh menanggis dihadapan anak-anaknya . Dia tidak boleh melihatkan dirinya lemah ! Dia harus kuat !  Demi untuk keluarga kecilnya .

" Baiklah , terima kasih doktor " .

ucap En.Roslan pada doktor tersebut . Hanya itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutnya . Sebelum menjejakkan kakinya kedalam wad isterinya , sebelum itu sempat dia berpesan sesuatu pada anak-anaknya .

" Kalau misalnya emah tanya kenapa ? jawab je takde pape . Dah kesat air mata tu , jangan nampak sedih depan emah nanti dia susah hati " .

Pesan En.Roslan pada putera dan puterinya , terus sahaja ditariknya tangan puteri bongsunya untuk mengikuti langkahnya , memasuki wad yang menempatkan isterinya . Kesian pada gadis seusia ini , tidak mengerti apa -apa dan masih kecil lagi untuk tahu perkara sebenar . Anak bongsunya baru berusia 12 tahun . Masih awal lagi dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu .

                                                                                                                ~ BERSAMBUNG ~

~> Maaf kalau ada yang tertypo .
~> 900 Patah perkataan

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now