BAB 32 .

3.8K 145 21
                                        

Hello ! My Baby Girl.

Seperti apa yang pembaca berita itu cakapkan bahawa mayat Ijah akan dibawa ke Hospital besar Johor , jadi setibanya En.Edward , En.Fattah , Pn.Erissa dan Pn.Isabella di hospital besar Johor . Mereka terus diberitahu bahawa keluarga Ijah menunggu ke datangan mereka di kampung halaman ibu Ijah iaitu di pontian .

Terus mereka bergerak ke sana dengan menyewa sebuah Van untuk membawa mayat Ijah dan beberapa buah biji kereta untuk mereka dan bodyguard-bodyguard mereka ke sana . Setibanya mereka di kampung Ijah yang diberi alamat oleh ayah Ijah , mereka disambut mesra oleh seisi keluarga Ijah .

Semuanya sedia menunggu kedatangan mereka dengan mayat Ijah , senyuman langsung tak mati dari mulut En.Roslan . Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak , dia tahu bahawa jodoh , ajal dan maut semuanya dekat tangan allah .

"Meriah keluarga adik eh bang , best je tengok . "

Komen Pn.Erissa sewaktu kereta yang dibawa oleh suaminya itu mula memarking di hadapan rumah nenek Ijah .

"Assalamualaikum , kenalkan saya Mikhael . Ni isteri saya Nathalia dan kawan saya Alex dan isterinya puteri . Saya ialah keluarga angkat anak encik di Italy ."

Ramah En.Edward pada En.Roslan sengaja mereka tidak menggunakan nama sebenar mereka . Bagi mereka identiti tu harus dijaga .

"Waalaikumsalam , kenalkan saya Roslan dan ni anak-anak saya "

Dikenalkan satu persatu adik-beradik Ijah pada En.Edward .

"--ok lah kalau takde apa-apa bolehlah kita kebumikan mayat adik ."

Ajak En.Roslan . Ditahan sedaya upaya air matanya agar tidak mengalir , dia tidak boleh lemah tika ini . Kesian pada arwah anaknya , tergantung antara dua alam .

"Tiralo fuori "
( Take it out )

Arah En.Edward pada anak buahnya yang lain , bergegas mereka mengeluarkan mayat Ijah dari dalam Van . Terbutang mata Makcik dan Pakcik Ijah apabila melihat keranda yang digunakan Ijah ialah keranda emas dan tulisannya juga emas.  Dalam diam En.Edward dah tersenyum sinis , dia tahu bahawa family Ijah di pontian ini tamakkan duit . Itupun menurut apa yang diceritakan oleh Ijah lah.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hello ! My Baby Girl .Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang