BAB 29 .

3.7K 128 6
                                    

Hello ! My Baby Girl .

"Lambat lagi ke siap ? Bosanlah ."

Rengek Ijah , dilentokkan kepalanya diatas meja tetamu bilik Xavier . Jacketnya entah kemana dah , tinggal baju t-shirt polo je . Begitu juga Xavier , dicampakkan diatas sofa Ijah duduk.

"Mainlah fone . Game or reading ?"

"Bateri takde . Power bank tak chas . Nak baca apa dekat sini semua tak faham , nak kata bahasa arab pun bukan ."

"Laptop mana ? Main laptop. "

Sedikit pun dia tidak melihat wajah Ijah , matanya masih fokus pada kertas kerjanya . Kalau ikutkan hati dia tak mahu bawak Ijah , tapi oleh kerana dia rasa bahawa dia akan balik lambat jadi better dia angkut je sekali.

"Dekat..... kereta ? "

"Tablet ? "

"Sama dekat kereta ."

Xavier hanya mengeleng-gelengkan kepalanya , semua dalam kereta habis macam mana ? Lantak lah . Tanpa dia sedari Ijah dah duduk betul-betul dihadapannya.

"Apa ni ? "

Ditarik begitu sahaja kertas kewangan milik Syarikat Xavier , dibuat kiraanya sendiri . Sebelum mengomen sesuatu , selama ni Xavier akan suruh Thalitha yang Check jadi dia tinggal sain je . Terlanjur ada Ijah biarlah gadis tu yang kira.

"Eeee , siapa yang buat ni ? Mesti ada orang yang jaga account syarikat ni kan . Dia tak sekolah ke ah , kira pun salah ."

Ditunjuknya kiraan yang terdapat disitu , berbeza antara jumlah barang dan pengeluaran duit .

"What ! Kau tahu ke nak kira ? "

Ijah hanya membuat mimik muka macam ni😑😑 . Sebelum dia membantah apa yang dicakapkan oleh Xavier .

"Tahulah saya masih belajar lagi. "

"University ? "

"Yes , University Galaxy Higschool. "

Mendengar sahaja nama universiti yang disebut oleh Ijah , terus Xavier memandangnya .

"Tu bukan ke universiti milik Xian ? Better aku tanya Xian nanti. "

Monolognya dalam hati sambil tangannya menarik kertas yang dicakapkan oleh Ijah. Dilihat satu persatu sebelum dikeluarkan telefonenya . Nombor seseorang didail , dalam beberapa saat panggilannya diangkat oleh si pemanggil talian . Belum sempat si pemanggil bercakap , Xavier terus bercakap .

"Voglio che controlli il filmato della CCTV presso la banca che ha emesso i soldi della mia compagnia e chi sia. e voglio ogni ricevuta per il trasferimento di denaro della mia azienda !! "
( I want you to check the CCTV footage at the bank that issued my Company money and who it is. and I want every receipt for my company's money transfer !! )

Lepas memberi arahan terus telefonenya di berikan kepada Ijah , yang berada dihadapannya .

"Nah ! Aku tahu kau tengah bosan . Download lah game sebab dalam tu takde game . Dah pergi sana aku banyak kerja ni ."

Tanpa banyak bunyi Ijah terus mengambil handphone Xavier sambil membuat mimik muka comel , dia langsung tak berganjak dari tempat duduknya .

"Tepi lah duduk sana ."

"Tak nak , takut ! nak duduk situ boleh . "

Ditunjuknya tempat yang bersebelahan dengan Xavier , Xavier hanya melihat sekilas tempat yang ditunjuk Ijah sebelum menggelengkan kepalanya .

"Alah tak kisahlah ."

Dengan selamba ditariknya salah satu kerusi disebelahnya dan diletakkan disebelah Xavier , Xavier hanya berdiam diri . Lantaklah janji tak kacau kerjanya sudah .

Hello ! My Baby Girl .Where stories live. Discover now