01 🍁

5.1K 500 117
                                    

Bagaikan terkena panahan petir jantung ku apabila kakak kandung ku sendiri menuduh diriku mempunyai hubungan sulit bersama Tuan Jimin selaku boss di tempat kerja ku. Cukup sakit hati aku bila dia mula bercakap yang bukan2 tentang diriku didepan appa. Sedangkan aku tak buat pun semua tu. Hanya salah faham.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Dengan serta merta appa memarahi ku seraya mendaratkan satu lempangan yang agak kuat di pipi mulus ku.

Panggg!!!!! Bunyi lempangan dipipi bergema di dalam rumah. Sakit? . Sangat. Betapa terlukanya hati aku saat ini.Eomma yang melihat aku diperlakukan seperti ini hanya mampu mengalirkan air mata dan memohon kepada appa agar jangan menyakiti ku lagi. Tapi appa cepat2 menepis tangan eomma yang baru saja ingin menggapai.

Tapi aku bukan jenis yang mudah mengalah. Cepat2 aku melutut merayu di kaki appa untuk menyakinkan appa yang aku tak buat perkara yang boleh mencalarkan nama baik keluarga serta maruah ku sendiri.

"Appa. Jisoo tak buat semua ni appa. Sumpah ni semua hanya salah faham."- kataku yang mula terisak dengan tangisan.

"Aku ada banyak bukti yang kau memang ada hubungan sulit dengan boss kesayangan kau tu. Jadi kau tak payah nak melutut merayu cakap semua ni palsu! Kau ingat appa nak percaya cakap kau? 😏" -tiba2 kakak ku Jieun bersuara dengan lantang kepadaku,bola matanya diputar malas.

"Kenapa? Kenapa kakak aku sendiri sanggup tuduh dan fitnah aku sampai macam ni? Apa salah aku" sempat aku bertanya di dalam hati.

Aku terus memandang appa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri namun dapat ku lihat api kemarahan yang terpancar di wajahnya kini. Tiba2 appa bersuara dengan nada yang tinggi namun sangat sedih kudengari.

"Appa tak sangka kau macam ni dibelakang appa! Sekarang ni appa nak kau kahwin dengan lelaki tu! Lepastu, kau dah boleh angkat kaki dari rumah ni ikut suami kau. Dan jangan pernah jejakkan kaki atau balik lagi dekat rumah ni sebab aku dah tak anggap kau anak aku lagi!"

Bagai ingin gugur jantungku saat ini bila appa berkata seperti itu kepadaku. Mana appa aku yang penyayang dan penyabar. Mana?!

"Appa apa yang appa cakap ni. Hiks hiks. Jisoo ni kan anak appa.Tu semua tipu appa. Tolonglah percayakan anak appa ni, Jisoo takkan buat benda macam tu appa. Hiks hiks."

Air mataku mulai jatuh membasahi pipi setitik demi setitik. Namun tiada pelukan atau belas kasihan daripada lelaki yang berada dihadapan ku ini. Sementara eomma hanya mampu menangis melihatku.

Jieun? Setelah dia mendengar apa yang diperkatakan oleh appa wajahnya mula berubah. Pelik juga aku, kenapa tiba2 muka dia berubah sedangkan dia dah tuduh dan fitnah aku. Apa lagi yang dia nak? Tak puas lagi?

🍁

Malam itu, selepas sahaja selesai kekecohan yang berlaku kerana ulah si Jieun appa terus masuk ke dalam bilik tanpa bercakap sepatah mahupun memandang wajah ku.

Aku duduk di bangku yang berada di hadapan rumah sambil melihat pemandangan langit di waktu malam, tiba2 teringat perkara yang baru saja terjadi membuat kan aku ingin menangis semahunya. Andai aku boleh meminjam bahu seseorang saat ini, sudah tentu aku menangis dan menceritakan segala masalah yang aku hadapi hari ini.

Tiba2 telefon ku berdering menandakan ada panggilan masuk. Lama aku melihat nama yang terpampang di skrin telefon ku itu kemudian baru aku angkat sebaik sahaja aku mengesat air mata dan membuang hingus dihidung kerana selesema akibat menangis.

"Yeoboseyo"- jawabku.
"Kenapa tuan Jimin telefon saya malam2 ni?" tanya ku hairan.
"Erm saya nak tanya keadaan awak. Awak okay?"- balasnya
"Erm okay"- bohongku dengan suara yang agak lain maklumlah baru lepas menangis.
"Awak nangis herm?"- tekanya
"Ni mesti tak okay ni. Cerita lah"- sambungnya lagi.

"Tuan, boleh tak esok je kita cakap sebab saya dah penat ni. Bye saya tutup dulu."

Tutt tutt tuttt....

Kedengaran dia ingin mengatakan sesuatu tetapi cepat2 aku matikan.Aku hanya ingin bersendirian saat ni dan memikirkan apa yang akan terjadi serta nasibku selepas ini. Kepala kembali ku donggakkan dan melihat langit dengan ditemani cuaca malam bersama angin yang bertiup. Sejuk.

🍁

Tbc...

🍂 ni baru ep1 guys. Cerita dah bermula so siapa yang dah tersangkut dengan cerita ni ha mohonlah baca.😂🙃

🍂vote and comment jangan lupa😉.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now