11 🍁

3K 345 97
                                    


Pagi ini kami bergerak ke Incheon Airport untuk pergi ke Cappadocia. Mama dan papa Jimin turut berada di sana. Nak ucapkan selamat tinggal katanya. Sesampainya di airport kami pergi ke sebuah cafe untuk breakfast.

Selepas 20 minit menunggu dan berbual sambil bersarapan bersama akhirnya Jimin mengatakan yang kami sudah harus masuk ke dalam ruangan menunggu.

" Sayang? Jom. Kita dah kena masuk ni" kata Jimin. Aku yang sedang rancak berbual dengan mama disebelah memandangnya.

"Eh yeke. Dah kena masuk eh? " tanya ku

"Iya sayangku" jawabnya dengan muka yang agak menyindir. Eh dia ni. Aku tanya je kot. Tapi yela dia dah cakap kan tadi kenapa aku tanya lagi. Hahaha kenapa bila depan dia aku terasa bodoh sangat ni.

"Haih dah2 sekarang kamu berdua pergila masuk. Selamat ber "honeymoon" ye" mama tiba2 bersuara dan kata2 mama membuatkan aku tersenyum terpaksa. Kenapa aku rasa diaorang ni yang beria-ria tentang honeymoon kami.

Jimin dan aku segera bangun dari kerusi yang kami duduki dan kami bersalaman serta berpelukan dengan mama dan papa. Sebelum pergi mereka berdua sempat mengucapkan "safe flight and happy honeymoon".

Di dalam perjalanan menuju ke pintu perlepasan tiba2 Jimin merangkul pinggang ku apabila kami berada di escalator yang lambat bersama senyuman di bibir. Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Dia memandang ku.

" sayang? " panggilnya

"Hrmm?" jawabku pelan

"Thank you for the last night" bisiknya di telinga ku. Puffttttt terus membahang muka ku apabila mengingat semula kejadian malam tadi. Tapi sudah menjadi kewajipan aku sebagai seorang isteri untuk melaksanakannya. Ergh apa aku merepek ni.

Aku cepat2 mencubit kuat di bahagian perut Jimin. Dia mengaduh kesakitan. Yela sesedap rasa dia je cakap benda macam tu dekat tempat awam macam ni. Kalau orang lain dengar macam mana? Walaupun dia bisik tapi aku rasa orang dekat belakang kami masih boleh dengar.

"Sakitla sayang kenapa cubit2 ni? Nak jadi ketam ke? " katanya sambil mengusap perutnya.

"Yela saya nak jadi ketam sebab nak kepit mulut awak. Kalau nak cakap tu tengokla kiri kanan depan belakang dulu ni tak main lepas je" jawabku kesal.

"Tapi saya bisik kan? " dia menyoal

"Apa2 je la" jawabku dan mengalihkan pandangan.

"Ke awak malu? Huh? " tekanya

"Mana ada"

Bohongku tapi muka sudah membuktikan yang pipi ku merah membahang. Lalu ketawa kecil aku dengar.

"Kalau malu tu cakap je" kata Jimin.

Aku tak pasti kenapa, aku rasa perangai Jimin ni semakin lama semakin menjadi jadi eh. Aku rasa aku bagi dia makanan yang betul. Entah dimana silapnya.

🍁

Jimin Pov

Cantik pemandangan yang aku pandang melalui tingkap walaupun hanya awan dan matahari tapi sudah cukup cantik di mataku.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now