four 🕊

803 119 10
                                    

"Mama, boleh tak Jiyu nak aiskrim" tanya anak kecil itu sambil menayang muka 'comel' dihadapan Jisoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mama, boleh tak Jiyu nak aiskrim" tanya anak kecil itu sambil menayang muka 'comel' dihadapan Jisoo.

"Boleh sayang. Harini Jiyu nak apa je mama belanja okay. Tapi Jiyu kena janji la satu benda dengan mama.."

Jiyu mengerutkan dahinya tanda hairan akan maksud ibunya itu.

"Janji apa mama?" soal Jiyu lagi.

"Jiyu kena janji, satu hari ni Jiyu kena jadi budak baik dan dengar kata. Kalau tak mama tak boleh tunaikan apa saja permintaan Jiyu" kata Jisoo sambil tersenyum.

"Ouhhhh... ala itu perkara senang je mama"

"Jiyu janji akan dengar cakap mama dan jadi budak baik harini" balas Jiyu dengan yakin dan bersemangat. Hampir ketawa Jisoo melihat telatah anak gadisnya itu.

"Amboi, yakinnya anak mama ni" usik Jisoo sambil mencuit lembut hidung anaknya.

"Mestilah" balas anaknya sambil senyum menayangkan gigi putih yang tersusun itu.

🕊

"Jimin" panggil Haera perlahan.

"Jimin!" sekali lagi Haera memanggil. Barulah Jimin mengalihkan pandangan ke arah gadis itu.

"Kenapa?" singkat sahaja balasan Jimin.

Dilayan acuh tak acuh oleh Jimin membuatkan hati Haera sakit. Dari zaman persekolahan layanan Jimin masih lagi sama. Sikit pun Jimin tak pandang dirinya. Walaupun kini mereka sudah agak rapat namun itu semua hanya seperti seorang majikan dan pekerja ataupun seorang kawan. Tak lebih dari itu.

"Aku dah tanya kenapa, kau diam pula?" Jimin menegur Haera yang diam sedari tadi.

"Tak.. ni aku nak tanya, kau kenapa moody semacam hari ini?" soal Haera.

"itu je?" Jimin membalas.

"Entah la, dari pagi tadi lagi hati aku ni rasa macam ada yang tak kena. Tapi aku tak tahu apa puncanya" sambung Jimin lagi.

"Tak ada apa kot. Mungkin kau terlalu banyak berfikir. Perasaan kau je tu" Haera memberi sedikit kata-kata untuk menyedapkan hati.

"Tapi takkan la .."

Kata-kata Jimin terpotong kerana telefon miliknya berdering tanda ada panggilan masuk.

Jimin melihat skrin telefon untuk memastikan siapa yang menelefon dirinya diwaktu kerja begini, namun di layar skrin tiada nama pemanggil.

"Yeoboseyo?"  ucap Jimin.

.............
...........

.......

Terbutang besar mata Jimin apabila mendengar 'satu' berita yang sangat sukar untuk dia percaya mahupun terima. Jantungnya berdegup kencang. Nafas seakan tidak teratur.

Haera yang memerhati dari tadi mula risau melihat keadaan Jimin yang tiba-tiba saja berubah. Tertanya juga dirinya berita apa yang Jimin terima sebentar tadi.

"Jimin kau okay tak ni?" tanya Haera dengan nada kerisauan.

Dapat Haera lihat mutiara jernih sudah memenuhi kelopak mata Jimin. Semakin risau dan semakin dia ingin tahu

'Apa yang terjadi'

"Hae, aku kena pergi hospital sekarang" kata Jimin sambil bergegas untuk pergi.

"Kejap. Hospital? siapa sakit?" soal Haera kehairanan.

"Anak..anak dengan isteri aku kemalangan tadi. Aku kena cepat ni" jawab Jimin tergesa-gesa.

"Aku ikut kau ye?" pinta Haera.

Selepas Jimin mengangguk tanda 'ya' mereka berdua terus memecut laju menuju ke hospital, tempat dimana isteri dan anak Jimin dirawat sekarang.

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Jimin sekiranya dia kehilangan mereka semua. Jimin berharap perkara perit dan sedih seperti ditinggalkan tidak akan berlaku lagi dalam kamus hidupnya. Tidak untuk kali yang kedua ini.

🕊
[Flashback]

"Jiyu"

"Jiyu" panggil Jisoo sambil mencari anaknya sedari tadi. Puas dia meneroka satu kedai permainan itu namun tiada.

"Ji.."

Kata-kata Jisoo terhenti apabila melihat anaknya berdiri di luar kedai. Cepat-cepat Jisoo pergi keluar untuk mendapatkan anaknya itu.

"Jiyu!" panggilan kali ini sedikit tegas.

Bukan niat Jisoo untuk memarahi cuma seorang ibu yang risaukan anaknya.

"Buat apa kat luar ni? Kan mama dah cakap kena ada selalu dengan mama dan dengar cakap mama. Kata nak jadi budak baik" omelan Jisoo yang agak kuat itu didengari oleh orang yang lalu berdekatan dengan mereka. Semua memandang Jisoo dengan pandangan pelik.

"Tapi mama tadi Jiyu cuma nak tengok.."

"Dah mama tak nak dengar alasan Jiyu lagi. Kan mama dah pesan, dengar cakap mama. Tahu tak mama ni dah la tak berapa nak larat nak ke sana ke sini. Jiyu pula buat hal macam ni. Kalau hilang tadi? Siapa yang susah? Mama kan? Papa pun akan susah juga"

"Semua orang akan susah dan risau" marah Jisoo semakin menjadi.

"Hiks..hiks.."

air mata mula menitik jatuh membasahi pipi. Jiyu hanyalah kanak-kanak kecil yang mudah untuk terasa apabila dimarahi.

"Jiyu tahu.. hikss... Jiyu menyusahkan semua orang. Jiyu susahkan mama.. hiks .. susahkan papa..susahkan semua"

Habis saja berkata begitu Jiyu terus berlari menuju ke arah jalan. Dia berlari sambil tangan mengesat air mata. Sedih. Itulah yang dia rasa sekarang ini.

Jisoo masih tergamam dengan jawapan anaknya itu lalu tersedar yang anaknya berlari ke arah mana.

"Arghhh!!!"  jerit Jiyu kuat.

Pin.... pinnn.. pinnnn .. pinnn

Kereta yang laju itu menuju ke arah Jiyu selepas pemandu kereta hilang kawalan kerana 'brek' kereta gagal berfungsi dengan cepat.

Dushhh!

Satu hentaman kuat dapat didengari. Tubuh Jisoo melayang lalu jatuh bergolek diatas jalan. Dirinya dipenuhi cairan darah merah, matanya mula kelabu dan samar-samar. Perkara yang dia dengar hanyalah tangisan Jiyu.

Ya, Jisoo sempat menarik Jiyu ke tepi sebelum dirinya yang menjadi mangsa kemalangan pada hari itu. Pemandu kereta tadi terus menghilangkan diri entah kemana selepas melihat keadaan Jisoo yang berlumuran darah.

To be continued...🕊

Happy 70.7K readers . Terima kasih banyak semua lemon tak tahu nak cakap apa dah tanpa kalian buku ni takkan dapat reads banyak macam ni. Muah 💋.

Semua okay ke tak puasa ni? Harap semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik ye🌷

Lemon tak sabar sebenarnya nak ubah watak Jimin jadi jahat sikit HAHAHAHA nantikan okey🤪

•like and comment💛
•lemonsayangkamusemua💛

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now