"Yo bro" Jimin menyambut kedua tangan sahabatnya itu. Mereka berpelukan sesama sendiri sedangkan aku yang sedari tadi duduk hanya mampu tersenyum sambil memerhatikan ragam mereka.
Setelah itu mereka berdua duduk berhadapan aku dan Jimin. Maklumlah meja untuk 4 orangkan. Aku hanya menunduk dan memberikan senyuman tipis apabila lelaki yang kelihatan agak tua dari Jimin itu memandangku sambil tersenyum tapi walaupun macamtu wajah dia tak kalah kacak dengan suami aku. Ceh suami eh.
"Ha kenalkan ini wife aku. Park Jisoo" Jimin memperkenalkan aku kepada mereka. Aku rasa gugup tetiba ni kenapa? Malu? Ala jangan la nak gedik sangat heih.
"Annyeonghaseyo. Jeoneun Park Jisoo imnida" aku memperkenalkan diri kepada mereka sambil menundukkan badan sedikit. Bersama senyuman yang tak pernah lupa untuk ku berikan. Ehek.
"Ne. Annyeong! Kim Taehyung imnida. Boleh panggil Taehyung ataupun nak lagi sweet Tae" balas lelaki berambut mint itu seraya tersenyum manis kearahku.
"Kim Seokjin imnida. Boleh panggil Jin hehe"balas seorang lagi.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Wow dua2 dari keluarga Kim. Mungkinkah mereka ni adik beradik? Nahhh siapa kesah kan? Hahahaha.
"Okay now let's order, aku dah lapar ni" Jimin tiba2 mencelah sambil menyelak senarai menu yang terletak di atas meja. Hek eleh dia ni, nasib suami je. Mereka berdua hanya menurut begitu juga aku.
"Sayang, awak nak makan apa? " Jimin bertanya kepada aku dengan suara yang agak manja. Eihh dia ni kenapa. Meremang la. Taehyung dan Jin yang mendengar hanya memandang kami berdua dengan pandangan pelik. Hasudah kenapa pulak dengan dua orang ni.
"Erm, saya rasa nak makan stew Kimchi daging la" jawabku sambil memuncungkan sikit mulutku kedepan. Tak kau ingat kau buat macam tu comel ke? Puftt.
" okay tu je?" balas Jimin.
"Yup" jawabku singkat dengan senyuman.
Setelah 5 minit kami memesan makanan masing2, kami berbual-bual sedikit sambil menunggu hidangan.
"Jadi kenapa korang tak datang time wedding aku tempoh hari? " Jimin menyoal.
"Aku bukan tak nak datang la. Cumanya syarikat kitaorang ade masalah dengan projek yang kami tengah jalankan di L.A sana. Aku dengan Taehyung kena turun padang dan settlekan sendiri. Sebabtu la, kami tak dapat datang" Jin bersuara memberikan penjelasan manakala Taehyung hanya mengangguk tanda mengiyakan penjelasan Jin tadi.
"Ouh" balas Jimin.
"Ala bro jangan la marah. Benda jadi bukan kitaorang yang rancang. Sorry" kini Taehyung pula yang bersuara sambil mengucapkan kata maaf.
"Haih takpe kalini aku terima alasan korang tu, nasib baik alasan kena dek akal. Kalau tak kita putus kawan" Balas Jimin dengan suara yang agak tegas tapi kedengaran agak manja+ gedik ditelingaku. La suami aku ni ada tabiat suka cakap putus kawan juga rupanya. Hek eleh.
"Kau ni sikit2 putus kawan. Aku lempang karang merah pipi kau tu. Sia2 je" jawab Jin dengan nada agak menyampah. Aku yang dari tadi memerhati hanya tergelak kecil.
"Okay2 korang dah eh. Ala takpe tak dapat datang kalau ada sebab yang tak boleh nak dielakkan. Kami faham. Kan Jimin? " kataku sambil membesarkan sedikit mata agar Jimin menyokong percakapan ku. Jimin yang perasaan terus mengiyakan.
Selepas 10 minit berbual-bual, makanan yang dipesan telah terhidang di atas meja. Kami terus menjamu selera bagi makan tengah hari.
🍁
Hampir 3 jam kami duduk dikedai itu, dan akhirnya masa yang dinanti-nantikan... ialah bersurai. Hahaha. Naik sakit juga la punggung aku ni duduk lama2. Yang Jimin ni pun satu kalau dah berbual macam tak ada hari esok je. Dasar pakcik bawang betul. Rasa menyesal sebab ikut dia tiba2 melintas di dalam hati namun cepat2 aku hilangkan. "Isteri kena patuh dan dengar cakap suami". Itu yang selalu eomma pesan kepadaku sebelum aku menjadi isteri orang dahulu. Haih. Rindunya aku dekat eomma dan appa sekarang ni. Namun rasa itu hanya aku pendam di dalam hati.
Selepas kata "bye" diucapkan kami menuju haluan masing2. Aku dan Jimin berjalan beriringan disebelahnya. Namun, Jimin perasaan raut muka ku yang agak sunggul kerana sesuatu. Lantas dia menarik pinggang ku erat mendekatinya. Badanku dengannya sekarang hanya berapa cm sahaja. Sangat dekat.
"Jimin, apa awak buat ni? Ni public la." kataku sambil tanganku ingin melepaskan pelukan dipinggang.
"Jadi? Kenapa dengan public? " tanyanya. Halamak, nak kata bodoh tapi dia ni CEO haduhh.
"Malula orang tengok" jawabku lalu menundukkan kepala.
"Oh, kalau macamtu saya nak awak cerita kenapa muka awak macam tengah fikir sesuatu? Itupun kalau awak nak saya lepaskan pelukan ni" katanya.
"Aish. Saya tak fikir apa pun. Okay?sekarang lepaskan saya" jawabku.
"Nope. Awak tipu"
"Betul la" bohongku
"Tell me the truth or you want me to kiss you first?" ugutnya. Eee dia ni kan haih nasib suami je kalau orang lain lama mati dah dia ni aku buat.
"Okay2. Saya tengah fikirkan eomma dan appa. Saya rindukan diaorang" jawabku dengan nada yang agak sayu. Riak wajah Jimin berubah. Pelukan dileraikan. Dia mengangkat daguku dengan tanganya untuk melihat wajahnya.
"Hei2, jangan la macam ni. Saya kan ada? Saya dah janji yang saya akan jaga awak mulai sekarang? Still remember that? " kata Jimin sambil menenangkan aku.
"Hmm saya ingat" jawabku dengan perasaan yang sedih. Dia tersenyum selepas mendengar jawapan ku. Tiba2 diriku ditarik masuk kedalam pelukan hangat miliknya.
"Awak jangan fikir lagi okay? Mulai sekarang kita mula dengan buku dan chapter yang baru" kata Jimin sambil tangannya membelai lembut rambutku. Aku sekadar mengangguk kecil didakapannya. Satu senyuman tipis terukir dibibirku.
"Terima kasih Jimin" hanya itu yang mampu aku lafazkan kepadanya saat ini.
🍁
"Kenapa la kau ni bodoh sangat pergi pilih dia dari aku?? Apa aku ni tak cukup bagus and cantik ke? Aku rasa aku lebih lagi kot" kata seseorang sambil menatap sebuah gambar namja di tangannya.
"Hahahahaha! Tak apa. Aku akan bagi korang rasa bahagia tu sekejap je. Lepas ni aku akan buat hubungan korang tu musnah. Dan masa tu kau akan jadi milik aku" sambungnya lagi sambil membelai wajah namja di dalam gambar.
Tbc...
🍂 yang ni pon akan slow update and kemungkinan hiatus sekejap.😌
🍂 setakat ni macam mana? Okay? Btw orang yang pegang gambar tu korang mesti dah boleh agak kan siapa? 😏
🍂 Vomment jangan lupa ❣️
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...