Sinaran mentari pada waktu pagi menerjah masuk melalui tingkap mengakibatkan aku terjaga dek kerana mukaku disapa lembut oleh si cahaya. Namun bila aku membuka mata secara perlahan aku merasakan ada sesuatu yang melingkar di pinggangku membuatkan aku susah untuk bangun. Apabila aku bergerak sedikit, tubuhku ditarik olehnya. Posisi ku dan dia saat ini sedang berhadapan antara satu sama lain di atas katil. Jarak muka ku dengannya agak rapat membuatkan pipiku sedikit membahang merah."Morning, sweetheart " katanya sambil tersenyum dengan mata yang terpejam. Aku masih dalam keadaan kaku tak bergerak.
"Morning" balasku singkat.
Dia terus mengeratkan lagi pelukannya membuatkan aku semakin dekat denganya. Cepat2 aku bangun dari baringan. Lalu ketawa nya terus meletus. Pipiku sudah naik merah. Nasib la kau ni suami aku."Awak pergilah mandi lepastu kita turun breakfast" dia terus bangun dari baringannya.
"Awak tak mandi?" tanya ku.
"Saya mandi lepas awak. Atau awak nak mandi sama2 dengan saya? " soalnya sambil menaikkan satu keningnya dengan senyuman menggoda. Wait? Whatt? Mandi sama dengan dia?? Puffttttt hell no."Arr, takpe2 saya pergi mandi sendiri sekarang" cepat2 aku mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Dapat aku dengar gelak ketawanya dibalik pintu.
Tanpa berlengah lagi aku terus membersihkan diri. Aku mengambil masa selama 15 minit selepas itu aku terus mengelap badan yang basah. Bathdrobe kusarungkan. Lantas aku mengorak langkah keluar dan membuka pintu. Terus aku masuk kedalam bilik persalinan lalu menguncinya. Takut2 nanti Jimin membuka pintu tanpa sebarang amaran saja. Tapi dimana Jimin? Semasa aku keluar tadi banyangannya langsung tidak kelihatan.
Sebaik sahaja badan ku pusingkan untuk mencari baju. Aku menjerit kecil apabila Jimin berada di dalam bilik persalinan. Dia sedang memilih baju di almari miliknya.
"Ap..apa yang awak buat dekat sini? " puffttt soalan apa aku tanya ni, jelas lagi nyata dia tengah pilih baju.
"Saya tengah pilih baju yang saya nak pakai hari ni" jawabnya selamba.
"Ouh. Awak boleh keluar kejap? Saya nak pakai baju ni" soal ku dengan berhati-hati dan perlahan.
"Awak pakai je la. Jangan risau saya takkan tengok." jawabnya. Ye ye je kau tak tengok.
"Tapi awak saya..saya " balasku gelabah.
Tiba2 aku terdengar dia ketawa kecil dan berjalan ke arah ku. Pipiku disentuh dan diusap lembut.
"Saya gurau je awak. Jangan serious sangat. Hehe." katanya. Aku hanya mematungkan diri manakala Jimin sudah pun melangkah keluar daripada bilik tersebut. Aku terus mengunci pintu. Dapat aku rasakan jantungku berdegup kencang. Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa dia bersikap macam ni dengan aku? Namun soalan itu terus aku biarkan dan aku terus bergegas menuju ke almari bajuku untuk memakai baju.
Aku keluar daripada bilik persalinan dan aku terus mengambil telefon yang sudah lama tidak aku sentuh sejak malam semalam.
"Uish banyaknya si Hyeki ni message aku"Belum sempat aku mahu membalas message yang diberikan oleh Hyeki kawan baikku, Jimin keluar daripada bilik air dan dia terus masuk ke dalam bilik persalinan. Tiba2 niatku untuk membalas message Hyeki terus kumatikan dan aku meng"off" kan telefon. Aku terus turun ke bawah untuk membantu makcik Jennie menyediakan sarapan. Sebaik sahaja sampai di meja makan, makanan semua telah pun terhidang. Aish! Lambatnya aku bangun.
Sedang melayan perasan sendiri di depan meja makan sambil berdiri. Aku merasakan ada tangan yang merangkul pinggang ku dari arah belakang. Aku sedikit terkejut.
"Termenungkan saya ke?" katanya sambil tersenyum memadang ku.
"Err jom sarapan " aku mengalihkan pembicaraan.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...