Masa yang lama ditunggu oleh Jimin dan Jisoo untuk memantikan kelahiran anak sulung mereka. Kini sudah tiba la hari yang di tunggu-tunggu.
Jisoo sudah siap untuk pergi ke ruang melahirkan. Sebelum dia masuk ke dalam sempat juga dia meminta maaf kepada semua ahli keluarga dan kawannya.
Semasa berada di dalam, Jimin setia menemani Jisoo di sisi. Buat seketika mata mereka bertembung.
"Sayang jangan risau, oppa akan selalu ada di sisi sayang sampai anak kita keluar" ucap Jimin lembut sebelum bibirnya di daratkan di dahi Jisoo.
🍁
Ahli keluarga Jisoo dan Jimin menanti di ruang menunggu. Debar kedua hati ibu semakin tidak sabar menantikan kelahiran cucu mereka. Encik Park dan encik Hwang masih lagi setia menenangkan isteri mereka yang sedari tadi gelisah.
Selepas 1 jam Jisoo berada di bilik melahirkan, akhirnya pintu bilik terbuka. Jimin melangkah keluar daripada bilik tersebut dengan wajah yang gembira.
Cepat-cepat mereka mendapatkan Jimin untuk bertanyakan keadaan Jisoo.
"Macam mana dengan anak eomma? Cucu eomma selamat di lahirkan ke?" soal Puan Hwang risau tentang anak dan cucunya.
"Ha Jimin macam mana?" soal Puan Park pula.
Jimin mengambil nafas dalam sebelum dia menjawab soalan yang di ajukan kepada dirinya. Senyum diukir.
"Bertenang. Jisoo selamat melahirkan dekat dalam sana" jawab Jimin tenang.
"Girl or boy?" soal encik Park pula.
"Itu rahsia. Nanti bila Jisoo dah di pindahkan baru Jimin akan beritahu sama ada baby girl ataupun baby boy" balas Jimin.
Mereka tidak ingin bertanyakan terlalu banyak soalan selain menanti.
Di balik dinding hospital terdapat sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka. Sayu sahaja kelihatan mata itu. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.
🍁
Jieun mendengar segala perbualan keluarga yang berada di depan pintu itu. Di balik dinding dia senyap-senyap memasang telinga. Entah mengapa bila dia mendapat tahu yang adiknya kini sudah melahirkan anak hatinya mula merasa sebak.
Kata-kata doktor yang baru sahaja di jumpai nya sebentar tadi mula menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya.
Flashback
"Doktor saya tak sihat ke? Dah seminggu saya asyik muntah sahaja. Nak kata sakit, demam saya dah sembuh" soal Jieun hairan kepada doktor yang berada di hadapannya kini.
"Awak tak sakit apa pun. Cuma biasalah untuk fasa permulaan bagi wanita mengandung memang akan rasa mual, loya, tak bermaya dan pening-pening sikit" jawab doktor tersebut dengan senyuman manis.
Berubah raut wajah Jieun apabila mendengar jawapan doktor itu. Fikiran nya sudah memikirkan perkara yang bukan-bukan.
"M-maksud doktor?" soal Jieun perlahan.
Senyuman di ukir lalu menjawab soalan Jieun.
"Tahniah Puan. Awak mengandung dan usia kandungan puan baru 2 minggu" ucap doktor.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...