31 🍁

1.8K 260 42
                                    

Author Pov

Pintu utama di buka sebaik sahaja kaki Jimin dan Jisoo menapak di muka pintu. Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila appa dan eomma serta Jieun sudah berdiri di hadapan rumah.

Betul sangkaan Jisoo tadi yang suara garau itu adalah milik appa yang sangat dia sayangi. Jisoo cuba mengukir senyum di hadapan mereka namun di balas dengan pandangan kurang senang kecuali eomma yang tersenyum manis.

"Jisoo sihat sayang?" sapa eomma lalu memeluknya erat bagi melepaskan rindu. Jisoo membalas pelukan itu dengan senang.

"Bakal cucu eomma sihat?" soal nya lagi. Jisoo sudah mengerutkan dahi. Dalam hati nya berkata

'Bagaimana eomma tahu aku mengandung?'

Namun Jisoo hanya biarkan ianya berlalu pergi dan membalas pertanyaan eomma nya dengan senyuman.

"Dua-dua sihat eomma. Eomma sihat? Jisoo rindu sangat dekat eomma" ucapnya.

"Eomma sihat je" balas eomma bahagia.

"Jimin appa ada benda nak cakap dengan kamu ni" tiba-tiba suara encik Hwang kedengaran di tepi. Tajam sahaja pandangannya terhadap Jimin.

"Boleh. Marilah masuk ke dalam. Kita berbincang" jawab Jimin lalu mengalukan mereka semua masuk ke dalam rumah.

Mereka semua menuju ke ruang tetamu di bahagian tengah rumah. Masing-masing sudah melabuh kan punggung di sofa. Jimin dan Jisoo duduk bersebelahan dan sepasang mata yang sedari tadi memerhatikan mereka mula menjeling.

"Jadi apa yang appa nak bincang kan dengan Jimin?" soal Jimin terlebih dahulu. Sementara encik Hwang masih berdehem sedikit ingin membetulkan pola suara nya.

"Appa nak kamu berkahwin dengan Jieun" tutur encik Hwang dingin. Serasa ingin berhenti degupan jantung milik Jisoo bila mendengar ayahnya berkata sedemikian.

"Apa maksud appa ni" soal Jimin lagi. Muka nya menghasilkan riak yang sangat susah untuk di tafsirkan.

"Kamu jangan buat-buat lupa dan tak tahu Jimin. Appa dah tahu apa yang kamu lakukan dengan Jieun. Tak sangka kamu macam ni orangnya" balas encik Hwang yang sudah menaik kan suara milik nya dua oktaf.

"Jimin memang tak faham kenapa tiba-tiba nak suruh Jimin kahwin dengan dia ni? Jimin dah ada Jisoo" suara Jimin juga sudah tergetar-getar kerana menahan diri dari melenting marah.

"Kamu masih lagi nak berdalih? Nah tengok ni!" kali ini sudah masuk dua kali muka Jimin di lempar dengan dua keping gambar yang sama. Jisoo di sebelah masih lagi berdiam. Dia buntu saat ini.

"Ni semua bukan Jimin yang buat" jawab Jimin tegas.

"Habis siapa? Tak kan klon kamu pula?" balas encik Hwang yang sudah mula marah.

"Dah buat jadi kamu kena tanggung!" sambung nya lagi.

Jimin mengempalkan tangannya di bawah lalu tangan Jisoo di raih dan digenggam erat.

"Tak Jimin tak akan kahwin dengan Jieun sebab isteri Jimin hanya satu iaitu Park Jisoo" tegas Jimin yakin.

"Kamu mesti kahwin juga sebab sekarang ini Jieun sudah mengandung. Anak kamu!" jelas encik Hwang berang dengan Jimin. Jisoo hampir sahaja mahu menangis bila mendengar manakala Jieun sudah mengahadiahkan senyuman sinis.

'Detik hatinya mungkin rancangan menipu mengandung mampu membuat Jimin menjadi miliknya'

"Tak Jimin tetap tak akan berkahwin dengan nya" bentak Jimin pula.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi benda jatuh apabila mereka menoleh satu susuk tubuh wanita separuh baya sudah jatuh menyembah lantai. Terbeliak mata Jimin memandang susuk tubuh itu.

"Mama!" jeritnya lalu mendapatkan Puan Park yang sudah terjelepok jatuh di lantai.

"Papa. Mama kenapa ni?" soal Jimin cemas.

"Mama dan papa dah dengar semua nya. Mungkin mama terkejut itu yang pengsan tu" jawab encik Park yang sedang sibuk menolong isterinya yang pengsan itu.

"Bawa mama ke dalam bilik Jimin okay? Biar Jisoo yang jaga mama" ujar Jimin. Jisoo yang entah bila berada di kalangan mereka berdua itu hanya mengangguk setuju begitu juga dengan encik Park.

🍁

Hening sunyi di dalam bilik ketika ini. Jisoo yang masih setia menemani dan menjaga ibu mertua nya itu menangis sedikit.

"Kenapa hidup Jisoo macam ni?" terkeluar suara kecilnya.

"Maafkan mama sebab tak jadikan Jimin lelaki yang sempurna untuk Jisoo" tiba-tiba Puan Park bersuara membalas kata-kata Jisoo sebentar tadi.

Jisoo yang terkejut itu terus mendapatkan Puan Park.

"Mama dah sedar? Mama okay tak?" soal Jisoo cemas.

"Shhh mama okay je. Sekarang ni Jisoo okay tak?" soal Puan Park pula sambil tangannya mengusap lembut pipi mulus milik Jisoo.

"Jisoo tak tahu mama. Jisoo buntu sangat" jawabnya dengan suara yang terketar-ketar seakan ingin menangis.

Lantas badan Jisoo di tarik ke dalam dakapan hangat milik Puan Park. 'Dakapan seorang ibu'.
Jisoo membalas pelukan itu dengan erat. Jujur dia memang memerlukan seseorang untuk bersandar tika ini.

"Menangis la. Mama sedia menjadi tempat Jisoo melepaskan segalanya. Maafkan anak mama ye" ucap Puan park sambil menepuk lembut belakang Jisoo.

Akhirnya tumpah juga mutiara jernih dari kelopak mata Jisoo. Dia menangis semahu-mahunya di pelukan Puan park.

Tbc...

Maaf kalau part kali ni hambar okay actually idea aku untuk part gini agak kurang.

Btw

Semalam aku nak update tapi tak jadi sebab entah mood takde. Aku ade nampak satu notice dekat draft cerita ni. Tapi semalam aku biarkan je sebab aku ingat itu macam problem nak betulkan email or whatever la kan.

Last"

Aku buka pagi tadi. Then aku baca rupa- rupanya Watty Award.

Jadi Doakan lemon dapatkan Watty untuk My Boss is My Husband 💜

Thank u 💋

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now