a big thanks for 91K readers, 11k votes 💛
🕊
" Ji..Jimin"
Tanpa membuang masa dia terus mengejar dua orang tersebut untuk memastikan adakah benar sangkaannya tadi bahwa itu adalah Jimin atau bukan. Puas dia mencari kelibat lelaki itu diluar kedai namun hampa, susuk tubuh lelaki itu sudah tidak kelihatan lagi dimana-mana.
Pelbagai persoalan mula datang menyinggah dalam kotak fikirannya. Hatinya mula jadi tidak keruan, selagi tidak tahu adakah lelaki tadi benar-benar Jimin suaminya ataupun dirinya yang tersalah pandang.
Selepas membayar barang yang di belinya tadi, Jisoo terus bergegas balik ke rumah.
"Mungkin aku salah tengok kot dan mungkin lelaki tadi itu bukan Jimin" Jisoo masih lagi ingin bersangka baik dan cuba untuk untuk menenangkan hatinya saat ini.
Selepas berfikir panjang, Jisoo membuka beg tangan miliknya dan mengambil telefon. Dia menekan nombor seseorang.
Yeobo 💗
Hatinya tiba-tiba saja ingin menghubungi lelaki itu. Jisoo sendiri pun tidak tahu mengapa tahap keberanian dalam dirinya kini tiba-tiba saja keluar namun dia berharap dirinya tidak akan dimarahi oleh suaminya.
"Hello" kedengaran suara Jimin dicorong telefon.
" er.. hello. Awak, harini boleh balik awal tak?" gugup dirinya apabila mendengar suara Jimin tetapi dia bertambah gugup untuk mendengar jawapan daripada Jimin tika ini.
"Boleh. Nanti kita sambung cakap dirumah sekarang saya banyak kerja ini, saya pergi dulu" kata Jimin dengan tutur kata sedikit lembut membuatkan Jisoo terdiam seketika. Terkejut mungkin.
" Ha? oh okay jumpa dirumah nanti. Maaf menganggu awak Jimin" balas Jisoo lalu menamatkan panggilan.
"Fuhh.. lega. tapi kenapa Jimin macam lain? adakah dia sudah tidak marah lagi? kalau betul baguslah" kata Jisoo sendirian. Hati Jisoo kini mula berbunga-bunga. Satu senyuman manis terukir dibibirnya.
🕊
"Hae, aku kena balik awal harini, lain kali saja kita pergi tempat yang kau nak itu" - tutur Jimin.
Haera yang sedap enak menjamu selera makanan miliknya terus membuat muka selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Jimin. Menyampah. Itulah yang dia ingin katakan saat ini namun dia masih mengawal perasaannya.
"Tapi sayang kan dah janji haritu nak teman. Mana boleh batalkan macam itu saja, malu lah saya dengan kawan-kawan yang lain" balas Haera cuba memujuk hati lelaki itu.
Panggilan mereka sejak kebelakangan ini sudah mula berubah, walaupun hanya Haera saja yang memanggil Jimin dengan panggilan sayang tetapi Jimin tidak pernah sekali pun menukar panggilannya terhadap Haera.
"Tak boleh. Aku kena balik, kalau kau nak pergi juga, pergilah ajak kawan kau yang lain dulu" jawab Jimin. Dia masih tetap dengan kata-katanya bahawa dia akan pulang awal seperti mana yang dia janjikan.
"Okay, Okay. Fine." balas Haera bersama muka kesal. Geram hatinya apabila Jimin tidak mengikut kemahuannya.
🕊
"Agak-agak, perlu ke aku tanya dia? bukan apa pun aku nak kepastian je, betul ke dia tadi atau aku je yang salah pandang" kata Jisoo sendirian di birai katil.
"Kepastian apa?" balas seseorang.
"Hah"
Terkejut Jisoo apabila lelaki yang sedang berada dalam buah fikirannya tiba-tiba saja sudah ada depan mata.
"T.. tak ada apa. Bila awak balik?"
"Baru je" balas jimin singkat sambil membuka kot kerjanya.
Jisoo hanya memerhati saja gerak-geri suaminya. Bukan dia tidak mahu menolong, tapi takut dimarahi dengan Jimin seperti peristiwa sebulan yang lalu.
- Flashback -
Jimin membuka kot hitam kerja miliknya lalu meletakkannya di atas katil. Baru saja dia ingin melonggarkan ikatan tali leher di kolar baju kemejanya, tangan Jisoo sudah mencapai tali leher suaminya dengan niat untuk membantu seperti sebelum-sebelum ini. Pandangan mereka terpaut antara satu sama lain. Tidak berkelip.
Jisoo rindu tatapan itu. Ya, dia sangat rindukan kemesraan Jimin terhadapnya.
"Dah puas tatap muka aku? Kalau dah tepi, aku boleh buat sendiri. Tak payah tolong" Jimin bersuara datar sahaja seraya menepis tangan isterinya. Jisoo agak terkejut dengan tindakan Jimin, namun dia terpaksa memendam dan menelan sahaja apa yang dia rasakan saat ini.
"Lagi satu kau tak payah nak prihatin sangat dengan aku ni, jaga Jiyu tu baik-baik, tinggal dia saja sekarang ni harapan aku. Aku tak nak hilang dia macam mana kau hilangkan bakal anak aku dulu, faham" tambah Jimin lagi.
Usai sahaja Jimin berbicara, air mata jernih jatuh membasahi pipi mulusnya. Tiada kata-kata lagi yang mampu dia ucapkan. Hatinya remuk kerana kata-kata Jimin sebentar tadi.
"Begitu marahkah dia pada aku, sehingga tak mampu memaafkan kesalahan yang aku buat"
kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Jimin tidak mengendahkan tangisan Jisoo lalu dia pergi menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Di bawah air pancur dia berdiri dan cuba mengamati semula apa yang sudah dia katakan terhadap Jisoo tadi benar-benar melampau. Kesal dia terhadap diri sendiri. Satu tumbukan perlahan ditujukan ke dinding.
- End Flashback -
To Be Continued... 🕊
안녕 여러분 !
ramai tanya about ending ( happy or sad ) 😆 tbh lemon punya awal plot dulu memang nak buat sad ending. Tapi lepas ada idea lain erm itu kena dirahsiakan ending dia😬 so korang nak ending yang macam mana?
Happy ?
Or
Sad ?
apa pun terima kasih kepada pembaca setia lemon. Tapi lemon agak sedih sebab ramai silent reader dan tak ramai nak tekan button vote tu☹️
lemon kecewa sikit bab tu tapi tak apa lah itu hak masing-masing 😉Enjoy okay, lemon akan usaha
untuk selalu update lagi💛• votes and comments
•lemonsayangkamusemua 💛
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...