Hari ini Jisoo memberanikan diri nya untuk keluar daripada bilik. Niatnya dia harus menyediakan keperluan Jimin sebelum pergi ke pejabat.
Hanya kerana dia teringat kan akan kata-kata eomma nya ketika dulu
"Jisoo kena ingat ni, walau semarah atau sakit hati macam mana sekalipun pada suami. Jisoo tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sebab suami harus di utamakan"
Masih kedengaran lagi di gegendang telinga Jisoo bila eomma nya menasihati nya dulu semasa dia masih belum berkahwin. Jadi lantas dengan itu dia harus mengutamakan keperluan Jimin. Walaupun dia sedang marah, kecewa mahupun sakit hati.
Langkahnya di orak menuju ke bilik Jimin. Perlahan-lahan tangan mengetuk daun pintu. Hampir tiga minit Jisoo menunggu Jimin untuk membuka pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, Jisoo terpaku di hadapan pintu dengan penampilan Jimin sekarang.
Tuala yang menutupi separuh badan bersama titisan air yang jatuh menuruni kerana rambut nya masih basah. Tahulah Jisoo kalau Jimin baru sahaja selesai mandi. Patutlah lama untuk buka pintu.
Debar di hati Jisoo mula terasa. Dia merasakan yang Jimin sekarang ini memang nampak sangat kacak. Bukan tapi bertambah kacak. Meronta-ronta hatinya bila dia melihat Jimin sebegitu.
Jimin yang hairan dengan kehadiran isterinya itu menegur kerana Jisoo di hadapannya kini tidak bersuara langsung malahan tidak bergerak.
"Sayang?" tegurnya lembut dengan kening yang bertaut.
Mendengar suara Jimin terus menyedarkan Jisoo ke dunia nyata. Beberapa kali Jisoo menggelengkan kepala nya supaya sedar. Lalu dia memandang ke arah Jimin semula.
"Oh saya nak siapakan baju untuk awak pergi kerja hari ni. Jadi bagilah saya masuk. Lepas sahaja saya selesai saya akan keluar" ucap Jisoo dingin. Tiada langsung senyuman yang terukir di bibir nya.
Jimin yang mendengar agak terkejut namun dia masih boleh menyembunyikan raut wajah terkejut nya di hadapan Jisoo. Tanpa banyak soal Jimin hanya mengangguk kecil bagi membenarkan Jisoo masuk ke dalam.
"Masuklah" balas Jimin lembut dan tidak lupa dengan senyuman yang sentiasa terukir manis.
Jisoo mengatur langkah masuk ke dalam bilik lalu menuju ke almari baju Jimin dan mengambil kemeja bewarna kelabu. Dia terus melaksanakan kerja nya dengan menggosok kemeja dan seluar slack hitam milik Jimin. Selesai sahaja, dia meletakkan nya bersama tie yang ingin di pakai itu di birai katil.
Dia ingin cepat-cepat keluar dari bilik itu kerana selama dia melakukan kerja menggosok tadi, mata Jimin ralit memandang dirinya. Walaupun Jimin sedang bermain dengan telefon nya namun kerap sekali matanya melirik ke arah Jisoo.
Belum sempat Jisoo ingin melangkah keluar, tangan nya di capai oleh Jimin. Jisoo menoleh ke arah Jimin untuk melepaskan tangan nya.
"Tunggu saya sekejap" ujar Jimin lembut.
Mata mereka bertembung antara satu sama lain.
"Jimin kan saya kata, lepas kerja siap saya akan keluar. Lagipun saya nak siapkan sarapan pagi untuk awak" balas Jisoo lalu melarikan pandangan ke arah lain.
"Mak cik Jennie kan ada" jawab Jimin.
"Saya kena jalan kan tanggungjawab Jimin jadi lepaskan la saya. Awak tu bersiap cepat nanti lambat pula" balas Jisoo sambil melepaskan perlahan tangannya daripada Jimin lalu mengatur langkah keluar dari bilik Jimin.
Jimin yang mendengar itu hanya berdegus perlahan. Dia tidak tahu dengan cara bagaimana lagi untuk memujuk hati Jisoo tika ini. Kemeja kelabu dan seluar slack hitam yang sudah siap di gosok kemas oleh Jisoo tadi di capai nya untuk bersiap.
Siap sahaja Jimin mencapai beg kerja serta telefon nya lalu turun ke bawah untuk bersarapan. Hati nya kini sedikit ceria kerana Jisoo yang menyiapkan sarapan untuknya. Kalau sebelum ini disiapkan oleh Mak cik Jennie ketika Jisoo masih tidak mahu keluar dari biliknya.
Jisoo yang masih menyediakan roti bersama jem itu terjerit kecil apabila satu tangan melingkar di pinggangnya. Dia berhenti bergerak seketika kerana bauan maskulin khas milik Jimin menusuk ke dalam hidungnya. Jisoo terbuai seketika akan bauan itu. Ya jujur sememangnya dia rindu. Selama dua hari dia tidak bersua muka mahupun keluar dari bilik.
Bila dia tersedar cepat-cepat dia membuka lingkaran tangan itu perlahan lalu menjarakkan diri nya sedikit daripada Jimin.
"Sarapan dah siap. Awak sarapan ye saya nak naik dulu" kata Jisoo lalu mengatur langkah untuk pergi. Tetapi tangan nya di tahan oleh Jimin sekali lagi.
"Temankan saya" balas Jimin perlahan.
"Tapi.." belum sempat Jisoo menjawab Jimin sudah memotong laju.
"Sekali ni saja. Tolonglah" potong Jimin dengan nada merayu.
Jisoo sudah mengeluh dan akhirnya dia bersetuju untu menemankan Jimin bersarapan pada pagi ini. Mahu tidak mahu dia tidak boleh membantah dengan kemahuan Jimin.
Mak cik Jennie yang melihat mereka dari arah dapur itu hanya mendiamkan diri. Baru dia tahu yang hubungan Jimin dan Jisoo kini dalam keadaan tidak baik. Lama menjadi pemerhati, terus dia melanjutkan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
🍁
"Appa tolong Jieun appa.. Hiks. Hiks" esak Jieun di kaki En.Hwang tika ini.
"Kau pun sama sahaja dengan adik kau tu. Memalukan keluarga! " bentak En. Hwang.
"Tak apa appa tahu lah apa yang appa nak buat dengan dia nanti. Kau tak payah risau" sambung En.Hwang lagi.
Itu membuat kan senyuman sinis milik Jieun terukir di balik tangisan palsu yang di buatnya.
"Tunggu la nasib kau Jisoo" desis hati jahatnya.
Dia sudah bertekad untuk merebut Jimin dari adiknya itu. Tidak kira apa cara nya jua Jimin harus menjadi miliknya.
Tbc...
Apa lagi masalah lepas ni?
🍁
Thanks to beautiful readers sebab dah jadikan ff ini mencapai 8k+
I can't believe this 😢
I purple u 💜
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...