Selesai sahaja menolong mak cik Jennie mengemas pinggan dan lauk pauk hidangan makan malam tadi aku terus naik ke bilik untuk berehat. Daun pintu aku buka, aku lihat Jimin tiada di dalam bilik.
"Aik? Mana pulak dia pergi? Tadi kata lepas makan dia naik bilik" tanya ku seorang diri.
Tapi soalan itu aku biarkan berlalu. Tanpa berfikir panjang aku naik ke atas katil untuk merehatkan badan ku.
"Hrumm. Leganya dapat baring" kataku perlahan.Bunyi kuakan pintu membuatkan aku terkejut dan terbangun dengan serta merta. La Jimin rupanya.
"Awak kenapa? " tanya Jimin pelik apabila melihatku terkejut sebegitu rupa.
"Er..r tak ada apa. Saya cuma terkejut je" jawabku.
Dia hanya mengangguk faham lalu masuk ke dalam bilik air. Aku hanya memerhatikan gerak gerinya.
Selepas 3 minit dia berada di dalam sana, aku mula melelapkan mata dan dengan hanya kiraan detik aku sudah memasuki alam mimpi.Jimin Pov
Aku melangkah keluar setelah 15 minit aku berada di dalam bilik air. Lama? Tentulah sebab aku mandi tadi. Ehek. Aku pergi ke bilik persalinan dan memakai baju tidur chimmy. Kemudian aku menuju ke katil untuk berbual dengan Jisoo tapi aku dapati Jisoo sudah pun terlena dibuai mimpi. Aku mengeluh kecil. Aku baring beriringan di sebelahnya dan memandang wajahnya ketika tidur.
"Dia ni tak pernah berhenti buat aku jatuh cinta. Bila dia sedih aku pun ikut sedih bila dia gembira aku 2 kali lagi gembira" kataku dalam hati sambil tersenyum sedikit.
Baru saja aku ingin membelai dan merapikan rambut di wajahnya tiba2 telefon milikku berdering. Aku segera mengambil dan melihat nama yang tertera di skrin. Lantas aku menuju keluar ke arah balkoni untuk menjawab panggilan.
"Yeoboseyo. Kau dah dapat bukti ke? "
"......."
"Bagus. Lagi satu, lepasni aku nak kau awasi gerak geri dia. Ikut kemana je dia pergi dan setiap yang dia buat kau kena update dekat aku"
"........."
"Ok bagus. Aku tahu kau handal buat benda2 macam ni. Terima kasih sebab sudi tolong aku"
"........."
"Ne. Jumpa nanti"
Aku menamatkan panggilan dengan rasa lega dihati. Selepas itu aku masuk semula ke dalam bilik. Lampu tidur ku pasang dan lampu utama ku matikan. Tidak lupa kutarik kan selimut untuk menutupi badan Jisoo. Sesudah itu aku pun telah masuk ke alam mimpi.
Zzz.....
🍁
Jisoo Pov
Cuti telah pun berakhir bagi kami berdua. Kini kami harus masuk ke pejabat semula tetapi kali ini sebagai suami isteri buat pertama kalinya. Ofc la pertama kali kan takkan kedua pulak.
Pagi ini, aku bersiap awal terlebih dahulu berbanding Jimin. Sesudah itu aku membangunkan Jimin untuk bersiap. Ketika dia sedang mandi, aku dengan cepat menyiapkan baju yang akan dia pakai hari ini. Tidak lupa beg kerjanya aku letakkan di birai katil beserta stokin miliknya. Haih kenapa aku terlebih rajin ni? Hahaha takpe first time ni.
Jimin sudah bersiap memakai kemeja biru gelap miliknya. Aku hanya memandang nya dengan pandangan yang sangat kagum. "Hensemnya" desis ku. Namun tiba2 dia mendekati aku dengan senyuman.
"Awak boleh tolong saya tak? " soalnya lembut dengan senyuman menawan.
"Eo. Boleh. Tolong apa? " jawabku siap ingin memberikan pertolongan.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...