41 🍁

2.2K 236 113
                                    

( Lemon sarankan readers dengar instrumental di atas masa tengah baca untuk tambah feel)

Jisoo Pov

Tangan aku mencalit gingu bewarna merah jambu di bibir. Hanya dengan satu calitan sahaja gincu itu sudah menampilkan hasil yang memuaskan dan menampakkan bibir aku kelihatan lebih anggun tika ini.

Habis di bahagian bibir aku beralih pula ke bahagian mata dan seterusnya pipi.

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa aku berhias hari ini?

Hari ini merupakan hari penyatuan bagi dua insan iaitu Hyeki sahabat baik aku dengan pasangan hidupnya Kim Taehyung. Akhirnya mereka berdua telah memilih tarikh pada hari ini untuk mereka di satukan. Aku gembira kerana untuk sekian kali nya Hyeki akhirnya menjumpai pasangan hidup nya dan berbahagia.

Selesai sahaja bersiap, aku merapikan sedikit gaun pendek bewarna krim yang aku kenakan pada hari ini. Bila sudah 2 kali berpusing di hadapan cermin barulah aku berpuas hati.

Terus aku mencapai beg tangan yang elok terletak di atas meja dan bergegas menuju ke pintu. Aku mengorak langkah laju menuruni anak tangga.

Aku lewat ni.

Bukan lewat ke majlis, tetapi lewat dengan masa yang Jimin berikan kepada aku. Mana tidaknya dia hanya memberikan masa sebanyak 20 minit untuk bersiap.

Dia lelaki boleh la cakap senang nak bersiap, yang perempuan ni banyak nak kena siap. Nanti keluar macam tu je cakap tak reti nak berhias.

Apabila kaki aku sudah menapak ke anak tangga yang terakhir, tiba-tiba badan aku hilang imbangan dan ingin jatuh menyembab ke atas lantai. Aku tidak sempat berpaut dan akhirnya aku hanya memejamkan mata.

Sangkaan aku benar-benar meleset apabila aku sudah merasakan yang aku akan jatuh. Pinggang aku terasa di paut oleh seseorang. Bila mana aku membuka mata perlahan, dengan serta merta mata kami bertaut antara satu sama lain.

Lama dia menatap aku tanpa berkedip sedikit pun.

Akibatnya pipi aku merona merah, sudah la tadi aku menepek kan pemerah pipi dan sekarang di tambah pula dengan merah akibat malu bila dia tatap aku macam ni.

Walaupun sudah hampir setahun lebih hidup bersuami isteri namun perasaan malu tetap dan masih bersarang di dalam diri.

"Erm O-oppa.." kata aku tergagap dihadapannya. Dia mula tersedar dengan panggilan aku. Tangan nya meleraikan pautan.

"Lain kali hati-hati la sayang. Kalau oppa tak lalu tadi, rasa nya sayang dah cium lantai dah pagi ni. Cepat-cepat nak pergi mana?" katanya kepada aku.

Eh rasanya aku tak payah jawab kut sebab kenapa aku tergesa-gesa tadi.

"Oppa kan bagi saya 20 minit je nak bersiap, memang padanlah saya cepat-cepat sebab dah lewat 5 minit" jawab aku malas bersama jelingan.

Kelihatan dia sudah mengukir senyum lalu mengekeh ketawa.

"La itu je? Oppa main-main je la. Sayang yang rasa benda tu serius" jawab nya selamba.

Haih wahai hati aku harap kau tabah dengan gurauan yang suami kau buat ni.

"Aish dah la tak mahu muncung macam itik macam tu, awak tu dah jadi ibu dah sayang buat perangai dewasa sikit" perli nya kepada aku bila mana aku sudah membuat mulut.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now