35 🍁

2K 267 44
                                    

Jisoo membuka matanya perlahan. Pancaran lampu yang menyinar itu menyukarkan lagi kelopak matanya untuk dibuka. Sempat juga dia menggosok perlahan matanya agar menjadi lebih segar sedikit.

Mata nya mula meliar memandang ke sekeliling. Dia melihat Jimin sedang tidur lena di samping nya. Jisoo cuba untuk mengimbas semula kejadian yang terjadi sebelum ini.

Semakin dia ingin mengingat semakin sakit kepalanya. Dia mula mengaduh kesakitan dengan suara yang perlahan. Namun masih boleh membuatkan Jimin terbangun dari tidur lenanya.

"Sayang awak dah bangun. Awak okay tak? Nak apa-apa ke?" banyak soalan yang diajukan oleh Jimin membuat kan Jisoo payah untuk menjawab satu persatu.

"Shhh" satu jari telunjuk milik Jisoo diletakkan elok di bibir Jimin. Ini sebagai tanda supaya Jimin diam dari bertanyakan soalan dan tidak usah menjadi terlalu risau. Jisoo sudah tidak apa-apa sekarang.

Cuma dia terlalu banyak berfikir yang menyebabkan dia merakan kepalanya tiba-tiba berat. Pening jika disebut dengan lebih tepat.

"Saya okay je. Awak jangan la risau sangat. Macam budak-budak saja" ucap Jisoo lalu tersenyum kecil.

"Biarlah saya cuma risau pasal anak saya je bukan ibunya" balas Jimin seraya mengejek di depan Jisoo. Jisoo sudah ketawa, tahu lah dia kalau Jimin sengaja ingin bergurau.

"Ye lah risau anak nya saja. Ibunya dibuang terus" rajuk Jisoo lalu memaling kan muka. Muncung di bibirnya sudah ditunjukkan.

"Jangan muncung macam tu sayang, tak comel la macam itik. Cium bibir tu baru tahu" usik Jimin lalu mengekeh kecil. Wajah Jisoo sudah berubah masam. Laju saja tangan ketam nya mencubit lengan Jimin.

"Ouch! Sakit lah sayang. Macam ketam la sayang ni" tutur Jimin sambil mengusap perlahan bekas cubitan Jisoo yang berbisa itu.

"Tadi itik sekarang ketam pula? Okay apa-apa je lah Jimin!" jawab Jisoo dengan nada sedikit marah.

"Okay-okay jangan la marah-marah sayang. Jimin bergurau saja. Senyum la sikit nanti baru jadi cantik macam bidadari like always" balas Jimin lalu mengucup lembut pipi Jisoo.

Jisoo hanya mampu menguntum senyum. Dia pura-pura saja marah dengan Jimin. Bukan dia tidak tahu yang suaminya itu suka benar mengusik nya dengan nama-nama binatang. Tapi setiap kali dia muncungkan bibir mesti dia akan dikaitkan dengan 'itik'.

🍁

Sebaik sahaja mata Jieun terbuka dan dia sudah terjaga dari tidur. Dirinya seakan sudah menjangka apa yang akan berlaku. Badanya hanya bersalut dengan selimut tebal berwarna putih. Habis semua pakaian miliknya yang dia pakai siang tadi bertaburan di atas lantai.

Apabila dia melihat kesan cak darah merah di cadar itu membuatkan dia menitiskan air mata. Tahu la dia 'dara' yang dia simpan selama ini telah hilang di ragut oleh lelaki bernama 'Jhope' atau lebih tepat 'Jung Hoseok'.

Kini dirinya betul-betul telah dinodai. Tiada lagi perangkap dan buat-buat. Semua ini nyata dan terjadi ke atas diri nya sendiri.

Jieun mula menangisi dirinya sendiri. Teresak-esak dia menangis di balik selimut tebal. Dia sedar kini diri nya sudah tidak lagi suci. Habis gelap dan musnah masa depannya selepas ini. Buat seketika semua rancangan jahat di benak kepala nya telah lenyap di gantikan dengan keserabutan yang tiba-tiba datang menyinggah.

Kini dia baru sedar yang Jhope sudah tiada di dalam rumah tersebut. Dia cuba mencari di setiap kawasan rumah namun hampa. Jhope sudah tiada lagi.

Jieun mula rasa menyesal kerana menolak cinta Jhope mentah-mentah siang tadi. Kalau tidak, sudah tentu dia sudah selamat sekarang. Baru kali ini dia merasakan dirinya cukup bodoh kerana terlalu mengikut perasaan hati yang tidak selalu nya betul.

Marah sungguh hatinya apabila dia diperlakukan seperti ini oleh Jhope. Selepas dia melampiaskan apa yang sepatutnya, dia meninggalkan Jieun seorang diri tanpa apa-apa pesan. Kini siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya dia mengandung selepas ini?

Dirinya mula menyalahkan dan mengutuk diri sendiri. Perkataan 'bodoh' di ulang berkali-kali ke atas dirinya. Kini dia terduduk bersandar di tepi katil sambil memeluk lututnya. Air mata yang sudah lama tidak keluar akhirnya berjaya juga mengalir deras membasahi pipi.

Perkara-perkara jahat yang dia lakukan mula terimbas di kotak fikiran nya tika ini. Dia mula mengamati semua perkara itu. Sungguh dia tak sangka dengan perbuatan nya sendiri. Kerana perasaan cemburu dia sanggup mengkhianati keluarga dan menyakiti mereka terutama nya adiknya sendiri iaitu Jisoo.

Makin laju air mata jatuh. Dia merasakan mungkin ini balasan yang dia kena tanggung atas perbuatan nya. Perkataan maaf mula terkeluar dari buah mulutnya dengan suara yang tersekat-sekat di sela bersama tangisan.

Selepas itu, Jieun berjalan menuju ke dalam bilik air lalu membuka pancuran air untuk membersihkan diri. Dia merasa dirinya sangat kotor sekarang ini. Lama juga dia mengelamun mengenang nasib. Sejurus itu terus dia mengelap badannya dan mengutip pakaian miliknya lalu menyarungkan nya semula.

Beg tangan miliknya dicapai. Langkah kaki di atur keluar dari rumah tersebut. Dia menuju ke kereta. Selepas enjin kereta dihidupkan, dia terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

🍁

"Jimin saya minta maaf sebab selama ni saya salahkan awak dan tak percayakan awak" ucap Jisoo kepada Jimin yang sedang menyuakan bubur nasi padanya. Terhenti perbuatan Jimin buat seketika.

"Dah la sayang. Semuanya dah terbongkar siapa dalang di baliknya. Kita lupakan je" jawab Jimin perlahan bersama keluhan. Niatnya bukan mahu mengelak tetapi baginya mengapa kita perlu mengenang perkara yang sudah berlalu.

"Tapi saya.."

"Dah makan ni jangan nak banyak cakap sangat. Sayang kena sihat sebelum sayang lahirkan buah hati kita. Jadi makan. Jimin tak nak dengar apa lagi. Perkara lepas biarlah lepas hrum?" jawab Jimin mencelah apabila Jisoo ingin menerukan kata-katanya.

"Okay Oppa!" balas Jisoo dengan menggunakan suara comel lalu mengeryitkan sebelah matanya kepada Jimin.

Jimin yang melihat itu menjadi geram lalu mencuit lembut hidung mancung milik Jisoo lalu mengucup dahi istrinya dengan lembut penuh perasaan kasih dan cinta.

The end...























































Tak belum lagi HAHAHA lemon tipu je 🤪








Tbc...

Kesian dekat Jieun tak? Nak dia berubah or nak dia still jadi jahat?

Lemon rehat dengan kitkat semalam sampai tertidur ha. Baru ingat nak update haih 🤦🏻‍♀️

Mari kecam lemon ramai"

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now