27 🍁

1.9K 285 139
                                    

Daun pintu di buka oleh Mak cik Jennie apabila figura Jimin dan Jisoo berdiri di depan pintu. Langkah kaki mereka orak masuk ke dalam rumah. Senyuman manis di tayangkan oleh Mak cik Jennie sebaik Jisoo masuk. Lega hatinya yang kini Jisoo sudah sihat dan pulang ke rumah.

Sebaik sahaja Jimin menghulurkan beg yang berisikan barangan milik Jisoo, satu suara kedengaran. Membuatkan Jimin dan Mak cik Jennie menoleh ke arah suara itu.

"Mak cik Jennie boleh tak tolong letakkan barang Jisoo di bilik hujung? Mulai sekarang Jisoo akan duduk di dalam bilik itu" ujar Jisoo biasa.

"Tapi bukan kah Puan.." Mak cik Jennie cuba untuk bertanya apa yang terjadi. Kerana semua nya tiba-tiba sahaja. Lantas percakapan nya di potong oleh Jisoo.

"Kan saya dah cakap yang saya akan duduk bilik itu. Nanti tolong saya kemaskan barang-barang dan pakaian saya untuk dipindahkan" potong Jisoo dengan nada masih perlahan.

"Boleh kan Mak cik Jennie?" soal Jisoo ragu-ragu.

Mak cik Jennie yang tidak mahu menanyakan lebih banyak lagi menangguk perlahan tanda 'boleh' . Sejurus dengan itu satu senyuman di hadiahkan untuk nya.

"Terima kasih" ucap Jisoo lembut.

Jisoo sedar yang anak mata Jimin tidak lepas dari memandang nya tika ini di hadapan pintu. Namun dia biarkan sahaja seperti tiada siapa di situ. Dia tahu yang Jimin mesti terasa hati dengannya tapi tidak sesakit rasanya kalau mahu di bandingkan dengan perbuatan Jimin.

Apa yang dia fikirkan sekarang ini ialah dia harus menenangkan fikiran dan tidak boleh banyak berfikir. Kerana kandungan nya di khabarkan lemah jadi dia harus menjaga si kecil di dalam dengan sebaik mungkin.

Tanpa berfikir panjang Jisoo terus melangkahkan kaki menaiki anak tangga dan menuju ke dalam bilik hujung seperti yang dia mahukan tadi. Jimin masih lagi berdiri di tempat yang sama sambil memikirkan apa yang Jisoo katakan sebentar tadi.

'Marah betul dia dengan aku. Percayalah sayang itu semua adalah penipuan. Kebenaran akan muncul tidak lama lagi. Tolong bertahan sedikit sahaja lagi. Maafkan saya'

Jimin berkata seorang diri di dalam lubuk hatinya yang paling dalam.

Malam itu sudah tibanya waktu makan malam. Jimin sudah turun ke meja makan utama dan dia dapati Jisoo tiada. Melihat kelibat mak cik Jennie yang sedang berjalan sambil membawa semangkuk sup kaki di tangan lalu meletakkannya di atas meja membuatkan dia laju sahaja bertanya.

"Jisoo di mana?" tanya nya ingin tahu.

"Ouh tadi saya sudah panggil Puan turun untuk makan tapi katanya Puan tidak berselera" balas Mak cik Jennie perlahan.

"Tak apa saya pergi ajak dia makan" ucap Jimin lalu berjalan naik ke atas. Niatnya dia ingin memanggil Jisoo untuk makan kerana dari siang tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan bagi mengisi perutnya.

Kalau dia tidak mahu makan sekurang-kurang nya jamah la makanan sedikit. Kasihan si kecil yang berada di dalam itu mesti dia lapar.

Sampai sahaja di hadapan muka pintu bilik Jisoo. Jimin menarik nafas panjang sebelum mengetuk perlahan daun pintu untuk mengajak Jisoo. Dia tahu isteri nya tika ini tidak mahu bercakap mahupun besemuka dengannya namun Jisoo harus juga makan demi kesihatannya.

Tuk.. Tukk.. Tukk

Bunyi ketukan di daun pintu menyedarkan Jisoo dari tidurnya. Dia membuka mata lalu mengusap perlahan matanya. Jisoo bangun dari baringan dan duduk di birai katil untuk seketika apabila dia mendengar suara lembut milik Jimin memanggilnya.

"Sayang..? Keluarlah. Jom kita makan malam? Dari siang tadi sayang tak makan kan. Nanti sayang sakit" perlahan kedengaran suara Jimin dari luar pintu memanggil Jisoo.

Jisoo masih mendiamkan diri di dalam bilik tanpa menyahut sebarang panggilan Jimin. Dia masih lagi marah dan sakit hati. Kalau ikutkan mata nya kini sudah bengkak akibat menangis sedari tadi. Dia tidak mahu Jimin melihat keadaan nya seperti ini.

"Sayang..tolong lah keluar sekejap. Kalau sayang tak nak makan tapi sayang fikir la baby dalam perut tu. Kasihan dia mesti dia lapar" sambung Jimin lagi.

Masih lagi mendiamkan diri. Jisoo hampir terlupa yang dia tidak menjamah satu makanan pun bagi mengisi perut kosongnya. Dia juga baru teringat akan insan kecil yang berada di dalam perutnya tika ini. Perlahan dia usap perutnya.

"Maafkan mummy sayang. Mummy terlalu ikutkan perasaan sampai mummy terlupa. Mesti anak mummy ni lapar kan? Kita makan hrumm?" sayup kedengaran suara yang di keluarkan oleh Jisoo bersama suara serak dan perlahan.

Jisoo bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati pintu. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu sekarang ini. Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu lantas dia mematikan niatnya. Dia mendekatkan muka di pintu.

"Saya tak nak turun. Beritahu mak cik Jennie yang saya ingin makan di dalam bilik" ujar Jisoo.

Jimin yang berada di balik pintu itu tersenyum kecil apabila dia mendengar balasan daripada Jisoo. Walaupun Jisoo masih tidak membuka pintu dan bersemuka dengannya namun dia sedikit lega bila mendengar suara milik Jisoo. Tahula dia yang Jisoo baik-baik sahaja di dalam sana.

"Okay nanti saya suruh Mak cik Jennie hantar makanan naik ke atas ye. Saya turun dulu" balas Jimin perlahan.

"Saya nak cakap sikit ni sayang. Tolong sampaikan dekat baby kita yang papa dia nak pergi makan dulu lepastu nanti makan elok-elok ye dengan mummy dia" ucap Jimin.

Jisoo yang berada di dalam bilik sudah bersandar lemah di pintu bersama tangisan kecil. Mulutnya di tekup agar tangisan nya tidak dapat di dengar oleh Jimin. Hatinya kesian terhadap Jimin kerana harus makan seorang diri. Bukan tidak mahu turun cuma dia tidak tahu mengapa hatinya berat untuk bersemuka dengan Jimin.

Selepas itu Jimin mengatur langkah bersama keluhan apabila dia tidak berjaya memujuk Jisoo untuk turun makan bersama. Tapi dia berasa lega bila Jisoo ingin makan juga akhirnya walaupun tidak bersama dirinya.

Sekurang-kurangnya dia mahu makan

Di meja makan utama, semua makanan sudah terhidang di atas meja. Kerusi ditarik perlahan oleh Jimin lalu punggung di labuhkan di atasnya. Mak cik Jennie yang setia menanti kedatangan majikan nya itu terus mencapai piring lalu menyendukkan nasi untuk Jimin.

"Mak cik Jennie nanti hantar makanan ke atas ye untuk Jisoo" beritahu Jimin sebelum menyuakan makanan ke dalam mulut.

"Puan tak turun makan?" tanya Mak cik Jennie pelik. Jimin menguntum senyuman paksa lalu menggeleng kecil.

"Baiklah. Nanti saya hantarkan makanan untuk Puan" Mak cik Jennie mengangguk faham.

Tbc...

🍁

Bello readers? Semua sihat ke?

Macam mana setakat ni? Ok ke tak? Korang komen la sikit. Aku kadang rasa sedih tau bila mana orang yang baca tu tak nak komen. Yang untuk bahagian vote tu thank u sesangat. Aku hargainya.
At least komen la sikit. Bagi pandangan tentang cerita ni. Best ke tak, hambar ke tak. Bagitahu je. Mana tahu aku boleh perbaiki lagi tulisan or jalan cerita. Bukan apa kadang aku takut aku syok sendiri. Yela rasa cerita okay padahal sebenarnya hambar. Maaf la kalau korang rasa aku batak komen or what tapi aku nak tahu sejauh mana aku punya idea ni. Tu je.

Thanks again 💗

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now