MBIMH II

1.2K 145 41
                                    

Sinopsis 🕊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sinopsis 🕊

"Aku inginkan dirimu yang
dahulu kembali kepadaku"

Kesedihan? Jisoo menganggap yang kini sudah tiada lagi kesedihan dan keperitan dalam kamus hidupnya. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata mereka yang pertama iaitu Park Jiyu anak perempuan kesayangan Jimin dan Jisoo. Namun siapa sangka kebahagiaan yang terselah itu tiba-tiba saja direntap oleh masa.

Semasa Jisoo mengandungkan anak keduanya, dia telah mengalami kemalangan langgar lari oleh sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu yang tidak bertauliah. Pemandu itu mabuk. Di waktu itu usia kandungannya sudah pun mencecah 7 bulan. Anak nya tidak dapat diselematkan kerana Jisoo telah pun keguguran di tempat kejadian.

Jujur selepas peristiwa itu Jisoo mula kembali merasai kesedihan yang baru saja hilang tetapi malangnya rasa itu datang kembali tanpa diundang. Bukan itu saja yang membuatkan hati seorang ibu dan isteri itu sedih, sakit dan kecewa. Disebabkan peristiwa itu juga Jisoo telah disahkan dirinya sudah tidak mampu lagi mengandung kerana rahimnya terpaksa dibuang semasa pembedahan. Luluh dan remuk hatinya apabila dia harus menerima perkara itu.

Bukan itu sahaja, ada lagi perkara yang membuatkan hati nya semakin hancur apabila Jimin, suami yang dia anggap adalah seorang penenang, pelindung dan penyelamat dirinya kini mula berubah. Jimin mula berubah dari segi sikap, layanan serta kelakuannya terhadap Jisoo. Tiada lagi Jimin yang lemah lembut, tiada lagi Jimin yang penyayang dan tiada lagi Jimin yang romantik.

Jimin yang kini lebih suka marah, kasar serta menyakitkan hati. Bukan Lelaki itu sengaja berubah. Cuma, Jimin kecewa kerana isterinya kini sudah tidak mampu memberinya anak. Dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Entah mengapa rasa sayang dan cintanya makin lama makin pudar terhadap Jisoo.

"Oppa, saya minta maaf sebab tak jaga diri saya dan jaga anak kita betul-betul. Saya minta maaf hiks hiks" esak dan rayu Jisoo kepada Jimin di tepi katil.

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau!" tengking Jimin.

Sejak pergaduhan malam itu, Jiyu anak perempuan mereka mula kehilangan kasih sayang. Jiyu semakin lama semakin memendam rasa. Mujur ada pakcik dan makcik nya yang masih mahu menghulurkan kasih sayang kepadanya. Dapatlah dia mengubat rasa di hatinya sedikit.

Kini Jisoo mempunyai misi. Misi untuk mengembalikan semula Jimin yang dahulu. Dia amat merindukan perwatakan Jimin yang dahulu. Pelbagai cara telah Jisoo lakukan. Namun bagaimanakah hasilnya?

Adakah Jisoo berjaya mendapatkan Jimin yang dahulu ? Atau sebaliknya?

🕊

Hai semua!
Lemon dah kembali dengan siri kedua.

Sebelum tu macam mana dengan sinopsis? Okay tak?
kalini lemon akan tukar Jimin tu jadi badboy sikit sebab asyik baik je kan ha lemon rasa nak tukar la hihi

Nantikan chapter pertama untuk
siri kedua ni

Harap korang suka ❤️

Sayang semua cuties 💜

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now