22 🍁

2.4K 293 182
                                    

Jisoo Pov

Lena aku terganggu apabila aku merasakan badan aku seperti di angkat oleh seseorang. Tanpa membuang masa aku membuka mata perlahan-lahan untuk melihat apa yang berlaku.

Bila mata selamat saja terbuka aku dapat lihat Jimin sedang mengangkat aku gaya bridal style  untuk menuju masuk ke dalam rumah kami. Dia perasan akan aku yang sudah membuka mata. Bibirnya mengukir senyuman begitu juga aku.

Lalu kedua tangan aku merangkul lehernya dan membenamkan wajah aku ke dada bidang miliknya. Mata aku pejam kan semula. Entah mengapa keadaan seperti itu memberi keselesaan kepada aku.

Sampai sahaja di dalam bilik dia terus membaringkan aku di atas katil milik kami. Aku sengaja memejam kan mata untuk berpura-pura tidur bila dia mula menatap muka aku lama.

"Buka la mata tu sayang. Oppa tahu sayang dah bangun" kata-katanya membuatkan aku tersenyum dan membuka mata dengan serta-merta.

Mata kami bertembung antara satu sama lain. Keadaan seperti ini membuat jantung aku berdegup kencang. Belum sempat dia ingin memulakan kata cepat-cepat aku tolak sikit badanya ke belakang.

Lantas aku bangun dari pembaringan. Bila aku ingin mengorak langkah untuk berjalan tiba-tiba lengan aku ditahan olehnya.

"Sayang nak pergi mana?" tanya nya.

"Saya nak pergi bersihkan diri la. Dah satu hari suntuk saya berpeluh panas pula rasanya" jawab aku lembut.

"Oh kalau macam tu oppa ikut sekali la boleh? Yela oppa pun nak bersihkan diri juga" balasnya dia senyuman senget dia berikan.

Eh suami aku ni nak menggatal pula. Dah nak jadi ayah pun still menggatal lagi.

"Mana boleh, nanti elok-elok saya nak cepat jadi lambat" jawab aku.

"Mana awak tahu lambat?" soalnya sambil sebelah keningnya dijongketkan sedikit.

Ha sudah apa aku nak jawab ni. Fikir Jisoo fikir.

"Err..dah dah jangan banyak tanya" aku terus berlalu pergi ke bilik air tanpa menghiraukan dia yang masih setia menanti jawapan aku. Sebelum masuk ke dalam bilik air aku tersenyum kecil apabila melihat reaksi muka suami aku sebab tak puas hati.

🍁

Pagi itu aku menolong mak cik Jennie menyediakan sarapan pagi.

Ya ya aku tahu yang Jimin tak bagi aku turun untuk buat kerja. Tapi korang semua kena faham yang aku bosan duduk berkurung di bilik lagipun sampai bila suami aku asyik nak makan masakan mak cik Jennie saja? Sekali sekala rasalah masakan aku pula.

Sedang sibuk mengelap meja dapur yang kotor tiba-tiba pinggang aku dirangkul kemas dari belakang. Aku terkejut menyebabkan bahu aku terhinjut sedikit.

"Sayang tak ingat ke pesan oppa?" tanya nya berbisik di telinga aku.

"Ingat cuma saya bosan sebab asyik berkurung je dalam bilik. Saya tak nak la bermalas-malasan masa tengah pregnant ni" jawab aku.

"Nanti kalau sayang penat macam mana?" soalnya sambil muka nya dijengukkan ke depan untuk melihat muka aku.

Badan aku pusingkan menghadap dirinya. Senyuman aku berikan. Pipinya aku pegang seketika.

"Kalau saya penat saya rehat hurm?" jawab aku lembut sambil iris mata aku tepat memandang iris mata miliknya.

"Okay-okay" balasnya tanda mengalah

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now