06 🍁

3.4K 347 68
                                    

Telefon berdering di atas meja menandakan adanya panggilan masuk. Aku bangkit dan segera mencapai telefon. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan aku cepat sahaja menekan butang hijau menandakan ingin menjawab panggilan.

"Yeoboseyo?"..
"..............."
"Ne, aku okay je, dia layan aku dengan baik"
".............."

Semakin rancak aku berbual dengan Hyeki di balkoni yang terdapat di hadapan bilik. Setelah 15 minit, perkataan "bye" dikeluarkan dan aku menamatkan panggilan. Aku berjalan masuk ke dalam bilik semula untuk bersiap. Apabila kaki ku sudah menapak masuk ke dalam bilik, ada suara menegurku lembut.

"Awak call siapa tadi?" Soalnya lembut dengan posisi duduknya yang sedang memainkan telefon miliknya di sofa. Kaki disilangkan.

Aku terkejut dengan suara itu namun aku boleh tahu kalau itu ialah Jimin.

"Tadi kawan saya Hyeki call, dia tanya khabar saya" jawabku

"Ouh, patutlah rancak semacam je masa berbual tadi." Sambungnya
Aku hanya menayangkan sengihan kecil kepadanya. Dia bangun dari duduknya dan berjalan mendekati aku.

" awak pergilah bersiap, kejap lagi kita nak keluar" katanya sambil memandang ku dan tersenyum. Tidak lupa dia membelai lembut rambut ku sebelum dia keluar daripada bilik. Aku tersekima dengan sentuhan nya tadi.

Selepas tersedar, aku terus mengambil baju yang kuletakkan di atas katil tadi dan menuju ke bilik persalinan. Selesai sahaja aku terus keluar dan aku pergi ke meja solek untuk bermakeup sedikit. Tak lama kemudian Jimin masuk semula ke dalam bilik. Dia terus menuju masuk ke dalam bilik air. Pancuran air shower kedengaran. Mandi barangkali.

🍁

Di dalam kereta kami hanya mendiamkan diri tanpa sebarang perbualan. Namun aku terpaksa memulakan perbualan kerana ada sesuatu yang ingin aku tanyakan kepadanya.

"Erm Jimin?" Pelan sahaja suara yang ku keluarkan. Dia menoleh sekilas.

"Ne?"jawabnya lembut. Padangannya masih fokus ke hadapan.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Soalku kepadanya.

"Boleh. tanyalah sayang" balasnya.

"Erm ramai tak kawan yang awak nak jumpa nanti?" Aku mula menanyakan soalan.
"Ah awak jangan salah faham, saya cuma tak selesa dan malu la bila jumpa kawan awak kalau ramai2" aku mula menjelaskan perkara yang sebenar bila dia memandangku dengan kerutan di dahi.

" Dah lama awak jadi PA saya, sebelum ni elok je awak ikut saya jumpa ramai orang kenapa sekarang nak malu pula? balasnya.

"Dulu lain sebab saya PA awak tapi sekarang saya" percakapan ku terhenti disitu.

"Sekarang apa hrmm? soalnya lembut sambil tanganya mencapai tanganku lalu Jimin menggenggam erat.

"Sekarang saya isteri awak jadi mestila lain" jawabku malu2

"Ala takpe la, kawan saya semua okay je lagipun hari ni kita nak jumpa 2 kawan baik saya yang tak datang masa majlis perkahwinan kita." Jimin memberi penjelasan kepadaku.

"Oh okay la kalau macamtu" balasku dengan melepaskan nafas lega. Fuhh.

🍁

Aku dan Jimin masih lagi menunggu 2 kawan baiknya di sebuah restoran yang kelihatan agak mahal dan mewah bagi ku. Jimin sedang sibuk meniliti menu di sampingku . Aku hanya memerhatikannya dekat disebelahnya.Sebelum ini aku hanya memandangnya sekilas ataupun sekejap sebab dia selalu sibuk dengan pekerjaan hanya bila waktu dia membawaku berjumpa atau meeting bersama client di luar sahaja aku dapat memerhatikannya walaupun sekejap.
"Dia ni hensem, baik, peramah dan yang paling aku suka adalah senyuman dia. Mampu mencairkan hati aku ni" kataku seorang diri.

Jujur aku katakan setelah setahun aku bekerja sebagai PA kepada Jimin, tipulah kalau aku kata aku tak pernah ada atau wujudnya rasa suka dan minat atau lebih dikenali sebagai cinta? Tapi perasaan tu aku dah buang jauh2 sebab aku sedar yang aku ni hanya pekerja dia saja. Mana mungkin dia pandang aku. Namun siapa sangka lelaki yang berada disamping ku sekarang ini telah menjadi suami aku yang sah. Macam tak percaya. Tanpa aku sedar, aku telah termenung sambil memandangnya tetapi pandangan yang kuberikan hanyalah pandangan kosong.

"Awak?" Dia menegurku. Aku masih lagi diam tak menjawab panggilannya.

"Awak?? Hello??" Diam lagi.

"Sayang?" Tiba2 aku merasakan sesuatu yang hangat melekat dipipiku yang membuatkan aku tersedar dari lamunan. Cuppp.

"Yah! Apa awak buat ni Jimin?" Kataku sedikit terkejut dan sedikit malu.

"Saya buat apa?" Jawabnya dengan muka yang selamba seperti tiada apa yang berlaku diantara kami.

"Tengok tu. Ni kan tempat awam kalau orang nampak malu la" balasku dan terus memandang ke arah lain untuk memerhatikan sekeliling kalau2 ada yang nampak.

"Mianhaeyo. Lagipun saya panggil awak tak jawab. Termenung apa sampai pandang saya macam tu sekali. Dalam betul." Katanya.

"Aniya, mana ada saya pandang awak. Jangan perasan" bohongku.

"Jangan tipu saya tahula" tambahnya lagi.

Sedang sibuk berbalah denganya datangla 2 orang pemuda yang kacak sama seperti Jimin di meja kami.

"Anyeonghaseyo" kata mereka berdua menyapa kami. Aku hanya tersenyum dan menunduk sedikit. Jimin pula sudah bangun dari duduknya untuk menyambut 2 kawan baiknya itu.

🍁

Tbc...

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now