13 🍁

2.6K 334 99
                                    


Sibuk bergelak ketawa bersama Jimin tiba2 seseorang melanggar bahu ku kuat. Aku mengaduh kecil.

"Auch" aku mendongakkan kepala untuk melihat si pelaku. Jimin turut melihat siapa yang suka suki dia saja melanggar aku tanpa amaran.

"Ouh mianhamnida" kata si gerangan.

"Kakak?" tanyaku pelik.

"Jieun?" Jimin turut bertanya dengan pandang pelik. Begitupun aku.

"Jisoo? Jimin?  Wahh tak sangka korang dekat sini? " balasnya terkejut sambil membuka cermin mata hitamnya. Aku hanya memberi senyuman tawar kepadanya.

" korang buat apa dekat sini? " tanya Jieun.

"Goreng ikan. Tak nampak ke? " balasku namun tiba2 tangan ku dicuit sedikit oleh Jimin,  lantas aku memandangnya dengan pandangan tak suka. Mata ku memainkan peranan seolah-olah bertanya kepadanya

"Apa??"

"HAHA adik ni pandai la buat lawak. Akak tanya betul2 ni bukan main2" Jieun menyelit apabila aku dan Jimin bertatapan satu sama lain.

"Ah tak2 Jisoo main2 je tadi. Kitaorang datang sini honeymoon" jawab Jimin dengan senyuman.

"Oh i see" balas Jieun dengan senyuman. Aku yang duduk diantara mereka hanya memerhati je dua ekor kerang ni yang sengih2 macam kerang busuk.

Dengan tiba2 aku menguap tanda mengantuk maklumlah hari dah malam. Jimin perasan akan diriku yang menguap.

"Sayang dah mengantuk ke? " tanya nya lembut. Alahai suami aku ni.  Aku sekadar mengangguk iya kepadanya sambil menayangkan muka comel kepada Jimin. Jimin hanya tersenyum melihat gelagat ku.

"Eh dah mengantuk ke?  Ala akak baru je nak ajak korang makan" Jieun mencelah. Raut wajahku sudah berubah,  malas,  menyampah pun ada dengan dia ni. Dah la acah2 baik.

"Emm takpelah akak,  Jisoo rasa kitaorang balik hotel kot lagipun dah malam kan" jawabku cepat.

"Ala tapi.. "

"Takpelah Jieun lain kali je la ye bukan apa kesian Jisoo dia dah penat dah satu hari berjalan. Nanti kalau ada masa kita keluar makan sama2 ye" celah Jimin. Fuhhh nasib baik la si Jimin ni memahami aku.

"Ouh okay la " balas Jieun dengan keluhan. Tiba2 dia menyentuh lengan Jimin dan memberi senyuman nakal kepada Jimin.

"Lain kali kita keluar makan ye" katanya dengan senyuman nakal. Jimin cuba mengelak dan ingin melepaskan sentuhan Jieun. Dengan senyuman terpaksa Jimin membalas.

"Ne, arrasseo" jawab Jimin.

Aku ditepi dah memandang Jimin tajam. Dalam hati cakap "sabar Jisoo sabar".

"Ok la Jisoo balik dulu. Annyeong" kataku sambil melambaikan tangan malas ke arah Jieun. Jieun membalas malas2. Aku meninggalkan Jimin dibelakang. Dapat aku dengari dia cuba mengejar, namun aku biarkan.

🍁

Barang yang dibeli ku letakkan di atas meja. Aku mencapai tuala dan ingin membersihkan diri sekaligus menyejukkan hati yang panas. Baru je aku nak melangkah masuk laluan ku di halang oleh Jimin. Dia memandang ku dengan muka beribu soalan.

"Sayang kenapa ni hrmm? " tanyanya lembut sambil membelai pipiku lembut.

"Tak ada apa" jawabku dengan nada yang datar.

"Tipu. Kenapa tadi saya panggil awak tak endahkan saya lepastu muka awak dari tadi masam je?" tanya nya lagi. Aduuh dia perasan ke muka aku dari tadi tak senyum?

"Tak ada apa saya letih tu je. Dah la tepi la awak saya nak mandi ni" jawabku sambil mendorong sedikit badannya agar ketepi. Namun dia lelaki dan aku perempuan, walaupun aku dah tolak dia ketepi badan dia tetap tak beranjak dari depan pintu.

"Nope selagi awak tak jujur dengan saya. Awak jadi macam ni lepas kita terserempak dengan Jieun tadi" katanya. Ha memang pun haih takkan tu pun nak kena bagitahu juga. Memang lelaki ni tak peka eh?

" Perasaan awak je tu. Saya okay je. Dah2 tepi" jawabku dan cuba mengalihkan pembicaraan.

" Park Jisoo! " tegas suara Jimin kedengaran di gegendang telingaku. Fuhh dia marah ke? Aku dah menunduk. Bukan apa aku tak mampu tatap dia sekarang ni.

"Cuba cakap kenapa dengan awak? Mana tahu kita boleh selesaikan elok2. Bukan macam ni awak nak bermasam muka dengan saya" jelas Jimin. Ok kenapa aku rasa nak menangis sekarang ni. Aku masih lagi menunduk.

" Saya tak suka bila ada perempuan lain pegang atau sentuh awak. Mungkin dari situ awak akan tergoda dan jatuh cinta.Sebab saya tak nak orang yang saya dah sayang tiba2 pergi tinggalkan saya hanya sebab orang lain " balasku dengan nada perlahan sambil menahan daripada menangis. Dan tiba2 air mata aku mengalir tanpa aku sedar.

Namun cepat2 aku kesat air mata ku dan menolak sedikit badan Jimin lalu masuk ke dalam bilik air. Pintu aku kunci. Aku dapat lihat muka Jimin yang seperti terkejut dengan jawapan aku sebentar tadi.

🍁

" Siap sedia la Jisoo adikku sayang. Lepasni hidup kau akan jadi lebih huru hara. HAHAHAHA" Ketawa Jieun sendirian.

Trutt.. Truttt.. Trutt..

Getaran telefon bimbit menandakan ada panggilan masuk dan cepat2 Jieun melihat siapa yang menelefonnya. Butang hijau di tekan.

"Yeoboseyo, appa"

"......"

"Ne, Jieun dah sampai. Mungkin Jieun akan lama sikit dekat sini sampai la kerja Jieun siap"

"........"

"Emm arra, appa dan eomma jaga diri ye"

"........"

"Anyeong"

Tutt. Panggilan di tamatkan. Jieun mengambil gambar yang di letakkan di tepi meja dan dia menatap gambar tersebut dengan senyuman sinis di bibir.

🍁

Pintu bilik air ku buka dan aku dapati figura Jimin tiada di dalam bilik. Keluar ke? Hmm biarlah dia. Sebaik sahaja aku melangkah keluar aku dapat rasakan seseorang memelukku dari belakang. Aku terkedu.

" Percayalah saya takkan sesekali tinggalkan awak hanya sebab orang lain. Hanya awak je yang saya sayang Park Jisoo" bisiknya di telinga ku. Dapat ku rasakn deruan nafasnya di leherku dan itu membuatkan bulu roma aku semua naik. Pufttt meremang.

Satu kecupan di berikan oleh Jimin di pipiku. Pipiku dah membahang merah kerana perbuatan Jimin. Pelukan dileraikan.

"Saya minta maaf " Katanya sambil menunduk kesal. Aku yang memandangnya tersenyum kecil.

" lupakannya okay? " kataku sambil mengusap pipi nya. Dia mengangguk iya bila mendengar jawapan aku. Dapat aku lihat senyuman lebar di bibirnya.

"Aku harap lepasni tak ada la masalah dan kalau boleh aku tak nak terserempak dengan Jieun lagi " kataku dalam hati.

🍁

Tbc...

🍂 okay ke tak? Aku harap citer ni tak bosan la kan. Tapi kenapa vote lagi banyak dari readers ni? Silent vote? Ermm ok never mind.

🍂 Vomment jangan lupa❣️

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now