"Jimin tetap tak akan berkahwin dengan Jieun! Keputusan Jimin muktamad" sekali lagi Jimin menegaskan keputusan nya di hadapan semua orang. Manakala raut wajah encik Hwang sudah merah padam menahan amarah di dalam diri.Di dalam benak hatinya kini timbul satu soalan mengapa si Jimin tidak mahu berkahwin dengan Jieun kalau dia sendiri sudah 'berseronok' sebelum ini sehingga anak pertamanya itu mengandung.
"Habis anak dalam kandungan Jieun macam mana? Tak kan kamu tak fikir" soal encik Hwang geram. Jimin sudah berdecit malas seraya menghadiahkan senyuman sinis di depan mereka.
"Appa yakin ke Jimin yang mengandungkan Jieun? Dan betul ke dia mengandung?" soalan di jawapan soalan paling mengancam bagi Jieun apabila Jimin mula bersuara sinis sahaja.
"Apa kamu cakap? Masih tak percaya dia mengandung?" tanya encik Hwang tidak puas hati dengan soalan yang Jimin ajukan tadi.
"Jieun? Kau betul-betul mengandung ke?" soalan di tanya kepada Jieun yang sedari tadi cuba mengawal emosi nya.
"Huh?" jawab Jieun singkat.
"Betul la" sambungnya lagi. Jieun masih lagi dengan pendirian nya iaitu meneruskan juga penipuan yang dia bina selama ni. Tujuan dia hanya untuk memiliki Jimin.
"Okay kalau macam tu kejap lagi kita buktikan ye yang kau betul mengandung ataupun tidak. Bukan apa, kalau betul tu anak aku, maknanya lepas ni aku akan ada dua orang anak. Tak sabar betul" kata-kata Jimin yang begitu lembut tetapi sinis sahaja bunyinya membuatkan Jieun sudah berasa resah.
"Apa kamu cakap ni Jimin!" celah encik Hwang dengan suara sedikit tinggi.
"Chanyeol aku rasa kau dah boleh masuk" tiba-tiba Jimin bersuara kuat memanggil seseorang datang ke situ.
Nampak seorang lelaki berbadan tinggi lampai bersama senyuman manis di tambah lesung pipi dalam miliknya membuatkan semua memandangnya. Dia memakai t-shirt bewarna hitam berbelang putih hari ini. Langkah nya laju saja datang menghampiri mereka semua. Tidak lupa di tangannya terdapat sebuah beg hitam besar. Sampai sahaja dia di sebelah Jimin dia terus memperkanlkan diri.
"Saya Park Chanyeol. Dua pupu kepada Jimin" katanya sambil menunduk sedikit. Tidak lupa juga dia menegur dan bersalaman dengan encik Park selaku pak cik nya.
"Baiklah Chan, aku rasa kau dah boleh mulakan. Ikut macam mana yang kita dah rancang" kata Jimin sambil memandang ke arah Chanyeol.
"Jadi hari ini saya dipanggil oleh Jimin atas sebab saya ingin membongkarkan semua perkara-perkara yang Hwang Jieun telah lakukan ke atas Jisoo dan juga ke atas Jimin" tutur Chanyeol lancar.
Hampir membulat mata encik Hwang dan puan Hwang apabila mendengar. Jieun pula memang muka nya terus berubah menjadi resah, takut dan pucat. Diri nya takut ketika ini. Dia takut kalau perbuatannya akan di ketahui oleh appa dan eommanya.
"Pada malam Jisoo dan Jimin dikatakan mempunyai hubungan sulit di pejabat itu sebenarnya bukan la perkara sebenar yang berlaku. Mereka hanya difitnah oleh seseorang. Dan orang itu adalah Hwang Jieun" ucap Chanyeol dengan suara yang di tekan sedikit apabila menyebut nama Jieun. Perempuan itu sudah menelan saliva nya yang kini terasa pahit.
"Jieun sengaja meletakkan perangkap di bilik tersebut dengan memasang tali yang sudah terikat kemas di bawah pintu. Kemudian dia beri ubat tidur kepada Jisoo pada malam itu kerana masa itu Jisoo demam. Kesempatan itu dia cuba untuk memperangkap Jisoo dengan menipu katanya ubat itu ialah ubat demam"
"Bila Jisoo sudah masuk dalam perangkap, Jisoo terasa pening di kepala. Bila dia ingin berjalan keluar dari pejabat kaki nya tersandung kayu yang di pasang oleh Jieun. Begitu juga dengan Jimin, turut di perangkap menggunakan ubat tidur melalui air bancuhan koko. Bila semua rancangan nya sudah berjaya dia mengambil gambar sebanyak mungkin dan dia memberikan beberapa keping gambar pada encik Hwang selepas beberapa hari kejadian berlaku"
Terbeliak besar mata encik Hwang apabila mendengar penjelasan Chanyeol sebentar tadi. Turun naik nafas nya menahan amarah.
"Jieun betul ke apa yang dia cakap tadi" soal encik Hwang.
"Er..tak appa. Tu semua tipu!" jawab Jieun masih lagi mahu menidakkan perbuatan nya.
Chanyeol dan Jimin sudah mengecilkan matanya memandang Jieun yang masih enggan untuk mengaku kebenaran.
"Mengaku sahaja la Jieun. Atau kau nak aku suruh Chanyeol ni cakap lagi pasal apa yang kau dah buat lepastu" bentak Jimin.
"Cepat Jieun cakap dengan appa. Kamu ke yang buat semua ni?" soal encik Hwang sekali lagi.
Dengan perasaan takut raut wajah Jieun sudah pucat lesi sekarang ini. Dengan lambat-lambat dia mengangguk kan kepala. Tanda memang dia yang melakukannya.
Tiba tiba..
Pangg!!!
Bunyi tamparan yang kuat bergema kedengaran di ruang tersebut. Semua orang sudah terkejut dengan tindakan encik Hwang menampar pipi Jieun kuat sehingga perempuan itu terjatuh ke atas lantai dari duduk nya.
Sesorang yang sedari tadi menangis di sisi tangga itu juga turut terkejut besar dengan bunyi tamparan itu. Berdebar jantung nya. Puas dia menangis di situ sejak Chanyeol mula membongkar perbuatan Jieun.
Di masih tidak menyangka, kenapa kakak nya sanggup buat perkara macam tu kepada adiknya sendiri. Besar sangatkah salah dirinya sampai kakak nya sanggup memerangkap nya. Pening yang mula terasa di kepala mula di urut perlahan menggunakan jari jemari miliknya.
Tbc...
Suka tak Jieun kena penampor guys? Hahaha sejujurnya lemon sangat suka 😈
Apa pun nak tak lemon update lagi satu chapter?
Kalau nak angkat kaki anda semua 🤪
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...