14 🍁

2.5K 313 114
                                    

"Jimin?" panggilku perlahan. Dengan serta merta dia memberhentikan jalannya dan menoleh ke arahku. Dengan senyuman manis dia memandangku.

"Ne?" jawabnya lembut.

"Saya lapar la" beritahu ku dengan nada perlahan sambil kutundukkan sikit kepala ku. Takut nak tatap mata dia.

"Huh? Lapar? Bukan tadi kita dah makan ke?" tanyanya bertubi-tubi. Lantas aku mendongakkan kepala memandang wajahnya.

"Bukan. Maksud saya, saya nak tu" jelasku sambil menunjukkan jari telunjukku ke arah gerai kecil yang menjual kebab daging dan ayam. Entah kenapa perut aku ni nak sangat merasa makanan itu.

"Oh cakap la awak nak tu" sambil tersenyum kecil memandang ku.

"Kejap ye saya pergi belikan" katanya.

Belum sempat dia melangkah dia menanyakan sama ada aku ingin ayam atau daging? Dan ya ayam menjadi pilihanku. Aku suka daging tapi kenapa aku pilih ayam? Pelik. Mendengar jawapan dariku dia terus mengorak langkah menuju ke gerai tersebut. Aku hanya memerhatikan setiap gerak gerinya dari jauh sambil menunggunya.

Kini Jimin datang ke arahku dengan dua kebab di tangannya. Aku tersenyum gembira tatkala dia memberikannya kepada aku. Lain macam betul selera aku terhadap makanan yang satu ini. Masa aku datang mula-mula kelmarin tak ada pula aku nak rasa atau makan tapi hari ini perut dan hatiku memanggil-manggil mengiginkannya.

🍁

Sudah hampir seminggu kami berada di sini. Aku sangat gembira menjalani hari-hari manis ku bersama Jimin. Ya aku akui hati aku sudah sepenuhnya menyintai lelaki itu entah sejak bila aku pun tidak pasti. Yang membuat kan hati aku semakin gembira apabila kami sudah tidak bertemu lagi dengan Jieun kakakku. Lega sikit hatiku.

Tapi kenapa si Jieun tiba-tiba saja menjejakkan kaki di Cappadocia ini? Dan lagi bertambah soalan aku kenapa diwaktu aku dan Jimin pergi ke sini? Soalan demi soalan menerjah masuk ke dalam kotak fikiran.

Malam menjelma dan hati aku semakin risau tatkala figura Jimin belum kelihatan. Jimin beritahu petang tadi sebelum dia keluar katanya dia ingin membelikan aku sesuatu. Tapi ini sudah lewat kenapa Jimin belum lagi balik? Hatiku mula runsing dan memikirkan banyak perkara yang mungkin-mungkin berlaku ke atas Jimin. Namun cepat-cepat firasat buruk aku buang dan cuba untuk memikirkan yang dia tidak apa-apa.

Lama aku menunggu Jimin pulang sehinggakan aku terelelap di sofa hotel.

"Tok tok tok" ketukan pintu mengejutkan lenaku. Dengan pantas aku berlari menuju ke pintu untuk melihat siapa di luar. Aku dapati Jimin berada dihadapan pintu.

Pintu aku buka. Dapat aku lihat keadaan Jimin yang agak tidak terurus di bahagian rambut membuatkan aku ingin menyuakan soalan kepadanya namun aku biarkan saja dan menyambut Jimin untuk masuk ke dalam.

Aku menyuruh nya untuk membersihkan diri terlebih dahulu dan dia hanya menurut. Tidak ada percakapan dari nya. Aku agak tersinggung dengan perbuatannya. Sudah lama aku menunggu dia balik sedari tadi dan sekarang dia hanya menganggguk dan menggeleng bila aku bersuara. Ada apa sebenarnya dengan dia?

Usai dia membersihkan diri, aku masih setia menunggunya di birai katil. Aku senyum ke arahnya. Bila mana punggungnya sudah mendarat di atas katil laju sahaja mulutku ingin bersuara.

"Jim? Awak kemana tadi?" tanyaku lembut. Wajahnya aku pandang.

"Saya keluar cari barang awaklah" jawabnya. Tapi masa dia balik tadi satu beg plastik pun aku tidak nampak di tangannya.

"Lamanya awak cari barang? Saya risau bila awak tak balik-balik dari tadi" jelasku.

Mendengar itu Jimin memandang ku dengan senyuman.

" Ala sayang ni jangan la risau. Sekarang saya dah balik dengan selamat. Hrumm? " jawabnya sambil tangan kanannya mengusap lembut pipiku. Aku membalas senyumannya dan selang beberapa minit dia mengajak ku tidur. Aku mengangguk tanda setuju kerana aku pun sudah mengantuk dan penat.

🍁

Pagi-pagi lagi aku sudah mengemas beg kami berdua untuk pulang ke Seoul pada petang ini. Jimin masih lagi lena di buai mimpi, aku sengaja membiarkannya kerana aku dapati wajahnya seperti mengingikan tidur yang lama lagi.

Sampai sahaja aku ingin melipat baju Jimin, entah mengapa aroma yang melekat di bajunya membuat kan perutku rasa mual dan dengan sekuat tenaga aku berlari menuju ke sinki untuk muntah dan mengeluarkannya. Tapi yang pelik kenapa hanya cairan jernih? Kepala ku terasa pening kupicit-picit perlahan. Aku menggeledah beg aku untuk mengambil minyak angin bagi menghilangkan rasa pening dan mual.

Kenapa dengan aku ni? Demam ke?

Jimin yang terjaga dan memandangku pelik. Aku yakin dia bangun kerana aku tadi berlari secara tiba-tiba. Dia mendekatiku.

"Sayang kenapa? Okay ke?" tanyanya kepada aku. Aku hanya memandangnya dengan pandangan lemah. Dan akhirnya aku mengangguk perlahan. Tanggan ku masih lagi ligat memicit-micit daerah yang kurasakan pening.

Bila masuk tengah hari, aku merasa sedikit lega kerana pening dan mual ku sudah berkurang. Dan sejurus dengan itu kami terus menuju ke Airport untuk pulang ke tanah air iaitu Seoul, Korea. Walaupun sekarang aku rasa tubuh aku ni macam nak pengsan dan lemah tapi aku gagahkan juga supaya Jimin tak risau tentang keadaan yang aku sendiri pun tak pasti kenapa.

Pening. Mual. Muntah cairan jernih. Lemah. Rasa nak pengsan. Apakah maksudnya?

🍁

Tbc...

🍂 Lama sungguh aku tak update ff ni. Maapla kalau chapter kalini bosan or macam tah pape.

🍂 Apa pun thanks kepada yang sudi baca cerita ni. Muahh syg korang.

🍂Vomment jangn lupa (≖ᴗ≖)✧

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now