ten 🕊

523 78 41
                                    

"Tuan Jimin tak datang pejabat lagi ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tuan Jimin tak datang pejabat lagi ke?"

"Ouh, tuan Jimin beritahu saya semalam dia ambil cuti untuk sementara waktu. Katanya ingin bercuti" jawab setiausaha Jimin apabila Haera menyoal.

Raut wajah yang pada awalnya ceria kini mula berubah. Mati senyumannya. Namun cepat-cepat Haera beriak biasa, seakan-akan terkejut mendengar apa yang disampaikan oleh lelaki dihapadannya itu.

"Ada tak tuan Jimin baritahu awak bila dia akan masuk semula?"

"Saya tak pasti bila, tuan Jimin hanya beritahu saya itu sahaja"

Setelah mendengar jawapan itu, Haera sekadar mengangguk tanda faham lalu masuk semula ke dalam bilik kerjanya. Telefon yang terletak di atas meja terus dicapai. Dia cuba menghubungi Jimin namun sudah 3 kali Haera mencuba, masih tidak diangkat .

"Hish! berani eh kau tak angkat" marah Haera. Hati yang kesal disaluti geram semakin bertambah. Bahang dimuka mula terasa.

"HAHAHA"

Tiba-tiba saja Haera ketawa bersama senyuman sinis. Jari jemarinya mula menekan sesuatu di skrin telefon miliknya.

"Dapat! kau ingat aku tak boleh cari kau ke ha? Walau apa cara sekalipun aku akan cuba dapatkan kau jimin sebab kali ini aku tak akan biarkan kau pergi dekat orang lain macam apa kau buat masa zaman sekolah dulu "

Anak matanya kini tertumpu senuhnya pada penjenjak yang sudah dia pasang pada telefon Jimin tempoh hari tanpa lelaki itu sedari. Rancangan jahat mula muncul. Satu senyuman sinis sekali lagi terukir di bibirnya. Keinginannya untuk menjadikan Jimin miliknya semakin menjadi, ditambah pula dengan kisah silam yang agak pahit dapat meninggalkan kesan sakit yang mendalam.

🕊

Sinar mentari mula menerangi bilik. Perlahan-lahan mata dibuka apabila tidur lenanya diganggu oleh jeritan anak kecil yang seakan memanggil dirinya.

"Mama!"

"Mama!"

Sepasang kaki mula menuruni katil. Badan yang masih terasa lesu mula diregangkan sedikit. Tangan kananya mula menggosok perlahan matanya sambil berjalan menuju ke arah langsir.


Jisoo menyelak kain langsir, dapat dia lihat pemandangan pagi itu sangat cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Jisoo menyelak kain langsir, dapat dia lihat pemandangan pagi itu sangat cantik. Tingkap dibuka sedikit untuk dia merasakan angin pagi. Laut biru yang dilihat hanya melalui biliknya cukup membuatkan Jisoo mengagumi keindahan alam itu. Gegendang telinga tiba-tiba saja mendengar lagi jeritan anak kecil memanggil dirinya. Lantas anak mata mula meliar mencari dari mana suara tersebut. Dia sangat terkejut apabila Jiyu tersenyum sambil melambai-lambaikan tangan kearahnya. Tidak lupa juga Jimin yang berada disisi anaknya turut memandang kearah Jisoo ketika ini.

"Mama, jomlah turun cepat. Papa nak ajak jiyu jalan-jalan tepi pantai ni"

"Mama nak ikut tak?" jerit Jiyu seronok.

"Okay tunggu kejap mama turun sekarang" balas Jisoo.

Tanpa membuang masa dia terus bersiap dan keluar daripada bilik lalu bergegas turun kebawah bersama senyuman lebar. Jisoo berlari-lari anak menuju kearah mereka berdua dan telatahnya itu hanya diperhatikan oleh Jimin. Tanpa jimin sedar satu senyuman kecil mula terukir.

"Comel betul" detik hati Jimin.

"Okay jom" kata Jisoo apabila sudah sampai dihadapan mereka berdua.

"Mama ni tak perlu lah lari-lari, kitaorang boleh tunggu tau" kata Jiyu

Sambil mengatur nafas, Jisoo kembali tersenyum manis lalu menyelit rambutnya ke telinga. Tangan kiri mula mengusap lembut rambut anaknya itu.

"Ala tak apa la sayang, mama seronok sangat sebab nak jalan-jalan tepi pantai dengan Jiyu" balas Jisoo bersahaja.

"Yeke? bukan sebab ada papa?" Jiyu cuba untuk menyakat.

Dengan serta merta pipi mulus itu mula merona merah. Sehabis baik Jisoo cuba menyangkal kata-kata anaknya itu.

"Mana ada, sebab ada Jiyu la" balas Jisoo dengan nada menggelabah. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Yekee?" sakat Jiyu sekali lagi bersama senyuman nakalnya.

Jisoo sudah tidak tentu arah dibuatnya. Jimin disebelah hanya memerhati anak dan isterinya. Entah mengapa dia rindukan suasana seperti ini namun rasa yang tiba-tiba saja datang menyinggah itu cepat-cepat dia tepis. Tanpa membuang masa dia mula bersuara.

"Kalau sebab ada papa pun kenapa? Jiyu cemburu ke?" celah Jimin.

"Eh mana ada cemburu, Jiyu lagi suka tau" jawab Jiyu bersama senyuman lebar menampakkan sebaris gigi rapinya.

"Dah la jom, cepat la mama, papa, kita jalan sama- sama sekarang" kata Jiyu lagi sambil menarik tangan Jimin dan Jisoo secara bersamaan. Walaupun kedua-duanya tampak terkejut pada awalnya namun kaki mereka tetap melangkah mengikut tarikan anaknya itu. Mereka bertiga mula berjalan bersama sambil berpegangan tangan di tepi pantai seperti sebuah keluarga bahagia.

To Be Continued...🕊

안녕 여러분 !
Happy New Year

Minta maaf lagi sebab baru update hari ni😅 ada masalah sikit. Apa pun harap korang suka ☺️. Jangan lupa support lemon dengan tekan butang vote kat bawah tu ye lepas baca 🥺

nak tak lemon update lagi satu chapter malam ni?

• votes and comments 💛
•lemonsayangkamusemua 💛

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now