Jisoo Pov
Ting tong !
Aku menapak keluar daripada bilik saat gegendang telinga aku mendengar bell pintu dari luar rumah. Sejurus aku melangkah menuruni anak tangga Mak cik Jennie datang menghampiri aku.
"Siapa Mak cik Jennie?" soal aku lembut.
"Katanya dia kawan Puan" jawab Mak cik Jennie.
"Okay saya pergi tengok dulu. Mak cik Jennie tolong buat kan air ya untuk kami" balas aku.
Mak cik Jennie mengangguk faham lalu beredar ke dapur untuk membuat minuman seperti yang aku pinta tadi. Tanpa berlengah aku menuju ke ruang tamu bagi menemui 'kawan' seperti yang Mak cik Jennie beritahu tadi.
Dari arah belakang aku melihat satu susuk tubuh perempuan sedang duduk di atas sofa. Susuk tubuh itu seperti seseorang yang aku kenal.
Hyeki ke?
Susuk tubuh itu menoleh ke belakang membuat kan aku terkejut sedikit. Dia menghadiahkan senyuman lebar ke arah aku.
Perempuan itu Hyeki. Betul tekaan aku tadi.
"Ji!! Aku rindu sangat dekat kau. Lama kita tak jumpa lepas shopping sakan hari tu" ucapnya riang. Aku memberikan senyuman kepadanya lalu mengambil tempat untuk duduk.
Punggung aku labuhkan di sebelah Hyeki bagi memudahkan kami berdua berbual.
"Ji kau sihat kan?" soal nya.
"Macam yang kau nampak sekarang aku sihat je" jawab aku lembut.
"Kejap. Hye macam mana kau tahu alamat rumah ni? Setahu aku, aku tak pernah beritahu kau" soal aku pelik kepadanya. Dia sudah mengerutkan dahi.
"Erm Ji kalau aku cakap siapa beritahu kau jangan marah tau" ujarnya takut-takut.
"Jimin kan?" teka aku dengan kening kiri aku jongketkan sedikit.
"Err..ye. Tapi kau jangan marah dia sebab niat dia baik tau suruh aku datang rumah ni" balas Hyeki sambil tangannya meraih tangan aku untuk di pegang.
"Aku dah agak dah" balas aku.
"Dia suruh aku datang sini teman kan kau. Dia cakap kau perlukan teman untuk berkongsi masalah. Jadi aku datanglah teman kan kau." jelas nya sambil menatap aku.
"Lagi?" soal aku.
"Maksud kau lagi?" balasnya pelik.
"Mesti dia suruh kau pujuk aku supaya berbaik semula dengan dia kan?" ujar aku.
"Ji cerita la dekat aku apa masalah kau. Mana tahu aku boleh tolong kau. Kita kan best friend?" ucap Hyeki mengalihkan topik yang aku tanya tadi.
"Entah la Hye aku pun tak tahu nak cerita macam man dekat kau" jawab aku perlahan bersama keluhan.
"Tak apa aku setia mendengar. Sebabtu la aku datang sini. Dah cepat cerita" balasnya.
Aku menguntum senyum. Sebaik sahaja Mak cik Jennie meletakkan air minuman di atas meja aku terus menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di antara aku dan Jimin sebelum ini.
Hampir 15 minit aku bercerita bersama tangisan yang kadang-kadang terkeluar. Hyeki masih setia mendengar di sebelah sambil tangannya tidak henti-henti mengusap belakang aku.
"Aku tak tahu nak percaya siapa sekarang Hye" ucap aku sayu.
"Ji aku yakin mesti Jimin tak salah dalam hal ini. Kau kena percayakan dia. Sebab dia kan sayangkan kau takkan la dia sanggup buat kau macam tu" jawab Hyeki lembut sambil menenangkan aku.
"Tapi Hye.. Aku tak"
"Shhh..kau kena bagi peluang dekat dia Ji. Biar dia jelaskan semuanya. Kita tak boleh dengar satu pihak saja. Lagipun kita mana boleh percaya sangat dengan kakak kau tu. Dia tu kan sanggup buat apa je untuk dapatkan apa yang dia nak" potong Hyeki membuatkan aku memandang nya.
"Aku tengok Jimin tu memang betul-betul sayangkan kau tau. Lagipun dua tiga hari ni dia asyik termenung saja. Kerja-kerja pun kadang di pejabat dia tak sentuh sangat. Mungkin dia runsing tengah fikirkan kau tu" ujar Hyeki.
🍁
Daun pintu di kuak menandakan Jimin sudah balik dari kerjanya. Aku yang setia menanti kepulangan nya menegur.
"A-awak dah balik?" soal aku gugup. Entah kenapa tiba-tiba saja susah aku ingin mengeluarkan suara.
Malam ini aku harus berbincang dengan Jimin dan mendengar semua penjelasan nya. Ini semua kerana aku mendengar pelbagai nasihat yang Hyeki curahkan kepada aku.
Memang aku ni ego sangat sampai tak terfikir untuk memberi peluang kepada Jimin menjelaskan semuanya.
Dia menoleh ke arah aku dengan pandangan terkejut.
"Sayang. Saya ingatkan siapa tadi. Tak tidur lagi ke?" balasnya.
Aku bangkit dari duduk aku lalu menghampiri Jimin. Wajahnya aku tatap buat sekian kali nya. Senyuman tipis aku hadiahkan.
"Awak dah makan malam? Kalau belum saya dah masak untuk awak. Kalau awak nak makan la. Tapi kalau awak penat awak pergilah berehat" ucap aku lembut.
Sebelum aku melangkah pergi ke dapur tangan aku di tahan olehnya. Terhenti pergerakan aku. Iris mata aku beralih memandangnya.
"Saya belum makan lagi. Teman saya makan boleh?" katanya lembut bersama senyuman terukir.
"B-bolehh" jawab aku perlahan.
Jimin dan aku menuju ke meja makan utama. Dia melabuhkan duduknya di kerusi. Aku menyendukkan nasi dan lauk pauk untuknya. Lalu aku mengambil tempat di sebelahnya.
Selepas makan. Aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Jimin saya ada perkara yang nak dibincangkan" ujar aku lembut. Dia mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Okay tapi sebelum tu biar saya pergi bersihkan diri dulu. Lepastu baru kita bincang hrum?" jawab nya. Aku hanya mengangguk bila mendengar jawapannya.
Tbc...
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
ФанфикS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...