Setahun kemudian
Esok merupakan hari lahir puteri kesayangan kedua insan bernama Jisoo dan Jimin. Mereka sekeluarga sedang sibuk menyiapkan pelbagai persediaan. Ada yang menghias, ada yang menempah makanan yang di inginkan. Keadaan hari itu sungguh kelam kabut.
Untung mereka semua bekerjasama antara satu sama lain. Kalau tidak mahu patah pinggang di buatnya Jisoo dan Jimin menyiapkan dua orang sahaja.
Keesokan malam nya, Jimin telah menjemput semua staff di tempat kerja nya dan kawan-kawan rapat untuk datang bagi memeriahkan lagi majlis hari lahir puteri sulungnya. Sambil menyapa tetamu yang hadir, senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir nya.
Sebaik sahaja Jiyu dan Jisoo sudah turun ke bawah untuk meraikan majlis, tetamu yang hadir menyanyikan lagu 'hari lahir' kepada Jiyu. Tidak lupa juga ucapan-ucapan manis yang mereka sampaikan kepadanya. Lebar sahaja senyuman yang terukir di bibir anak kecil itu.
Maklumlah hari bahagia nya.
Apabila Jiyu sudah sibuk bermain bersama rakannya yang lain selepas memotong kek, Jisoo dan Jimin mula berbual dengan para tetamu serta rakan mereka.
"Ucapkan selamat hari lahir dekat Jiyu dari aku tau a.k.a Uncle Tae yang handsome lagikan comel ni" tutur Taehyung bersama senyuman petak miliknya. Jisoo hanya menggeleng sahaja dengan kata-kata Taehyung sebentar tadi.
"Ye nanti aku sampaikan ucapan kau tu" balas Jimin tersenyum.
"Comel la sangat awak tu. Comel-comel pun suka buat perangai pelik buat apa, dah macam alien tahu tak" sampuk Hyeki di sebelah bersama jelingan maut miliknya.
"Eh yang macam alien ni jugalah yang awak sayang kan?" soal Taehyung bersama kening di naikkan sedikit.
Jisoo dan Jimin hanya memerhati kelakuan mereka berdua dengan pandangan pelik. Dalam hati Jisoo mengatakan
'Hye dengan Taehyung ni ada apa-apa ke?'
"Mana ada. Bila masa pula saya sayang awak. Eeuuw" ucap Hyeki geli. Lantas Taehyung hanya membuat muka mengejek di hadapan Hyeki. Suka benar hatinya menyakat buah hati jantung pisang nya itu.
'Comel'
Katanya.
"Korang berdua ni ada apa-apa ke?" soal Jisoo hairan. Jimin di sebelah hanya tersenyum mendengar soalan isterinya. Tentang hubungan Taehyung dan Hyeki sudah lama sebenarnya dia tahu, cuma di rahsiakan atas permintaan merpati dua sejoli itu.
"Err..kami? Mana ada." jawab Hyeki gagap.
"Hye kau tipu aku kan.." teka Jisoo lagi ingin mencukil rahsia.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...