" Mama "Jisoo menoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi. Senyuman terus terukir manis.
" Ye Jiyu sayang " jawab Jisoo dengan lemah lembut.
" Boleh tak hujung bulan ni kita keluar jalan-jalan? " tanya Jiyu perlahan sambil menunduk.
" Hujung bulan? hrum nanti mama tengok dulu ye kalau ada masa terluang kita pergi okay? " Balas Jisoo.
Senyum lebar Jiyu apabila mendengar jawapan mamanya itu. Walaupun belum pasti lagi pergi atau tidak tapi dia tetap gembira. Biasalah budak, mereka mana faham lagi dengan perasaan mereka tu.
🕊
Derapan langkah semakin laju. Nampak tergesa-gesa saja perempuan itu sambil membetul-betulkan beg kerja yang disandangnya sedari tadi.Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Rambutnya kelihatan sedikit kusut.
Tanpa sengaja dirinya belanggar dengan seseorang. Rasa ingin saja dia marah dengan seseorang yang sesuka hati saja melanggar dirinya. Namun, terkejut dirinya melihat orang yang berada di depannya saat ini. Orang yang sangat dia kenal suatu tika dulu. Tak lain tak bukan "zaman persekolahan"
" Cik saya minta maaf sebab terlanggar tadi. Saya tak sengaja " ujar Jimin masih yang lagi sibuk membetulkan baju.
" Jimin? "
Jimin mula memandang perempuan yang dilanggarnya tadi.
" Ye saya Jimin. Kita kenal ke? " Balas Jimin kehairanan. Bagaimana pula perempuan ini tahu namanya. Terkenal sangat ke dia?
" Apa pula tak kenal. Ni aku la Haera. Kawan kau dulu masa sekolah " jawab Haera gembira. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan kawan zaman sekolahnya dahulu.
" Sin Haera? kau ke ni lain betul kau sekarang. Dulu tak silap aku kan pipi kau chubby sikit. Sekarang dah tak ada isi dah pipi tu mana la aku kenal " kata Jimin selamba. Sempat lagi dia mengingatkan kembali gelaran "chubby" terhadap Haera sesama zaman sekolah dulu.
" ish kau ini, tu dulu Haera yang chubby sekarang dah tak dah " balas Haera sambil ketawa bersahaja.
" Kau buat apa kat sini Haera? Ye lah nampak kelam-kabut sangat dari tadi " soal Jimin ingin tahu.
" Aku nak pergi jumpa boss syarikat ni la " jawab Haera.
" Well, lucky you sebab kau dah pun jumpa boss tu depan mata kau sekarang ni " kata Jimin sambil tersenyum bangga.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...