09 🍁

3K 360 63
                                    

Jimin mengajak ku duduk di bahagian sofa yang terdapat di dalam ruang kerja nya. Aku hanya menurut dan duduk menghadapnya dengan sopan.

"Jadi apa yang Tuan Jimin nak cakap dekat saya? " soalku. Manakala dia sudah mengerutkan dahi nya. Mungkin sebab aku panggil dia "Tuan Jimin" kot.

"Tuan?" soalnya dengan menatap ku serious.

"Erm. Saya panggil awak Tuan dekat pejabat je bila dekat rumah saya panggil la macam biasa." jawabku perlahan. Dia mula menganggukkan kepala nya sedikit bila mendengar jawapan ku. Satu keluhan dia keluarkan.

"Ok kalau macam tu awak tak payah la kerja jadi PA saya lagi lepasni"

"Hah? Kenapa pula??? " kalau tak jadi PA Tuan saya nak dipindahkan kemana? Jadi pembancuh air? " balasku dengan nada yang agak terkejut.

"Nope! Dipindahkan dalam hati saya la" selamba Jimin menjawab dengan kenyitan matanya. Pufttt sempat pula kau ni nak kenyit2 mata.

"Jangan la main2 Tuan. Saya serious ni" balasku dengan nada malas dan agak marah. Yela orang tengah serious janganla nak main2.

"Ok2. Ala awak ni nak gurau2 sikit pon tak boleh. Nasibla dapat isteri macam awak ni" jawabnya sambil dia berpindah tempat duduk di sebelah ku. Aku menatap nya dengan pandangan malas nak layan.

" Jadi kenapa kahwin dengan saya?" jawabku cepat. Terasa juga la bila dia cakap "nasib" tu dekat aku.

"Sebab saya sayang awak la" balasnya. Aku tergamam dengan jawapannya. Tak2 dia gurau je tu tak pun aku salah dengar. Kan kan?

Melihat aku diam tak berkutik dia terus memengang pipiku dan mengusap dengan lembut.

"Saya bukan nak tukar jawatan awak jadi pembancuh air ke apa. Saya cuma nak sayang saya ni duduk rumah je. Sebab saya tak nak dengar perkataan Tuan daripada mulut awak. Dan disebabkan tu saya nak awak duduk rumah je, kalau awak dekat rumah awak takkan panggil saya Tuan dan awak bolehlah tumpukan perhatian awak sepenuhnya dekat saya je" panjang lebar dia terangkan dan aku cuba menangkap apa yang dia sampaikan.

"Tapi dekat pejabat pun saya tumpukan dekat awak je. Saya kan PA awak? "

"Iya ke tumpu kat saya je? Habis staff2 lelaki tu apa? " balas Jimin dengan kening nya dinaikkan sedikit.

"Diaorang dah tahu kan saya ni isteri awak" aku cuba lagi untuk meyakinkan Jimin.

"Lelaki mana boleh percaya walaupun dia dah tahu perempuan tu dah berpunya dia tetap nak rapat2 juga." balas Jimin sambil memutarkan bola matanya. Ehek dia ni jenis kuat cemburu ke?

"Kalau macam tu awak pun sama la kan? Yela awak pun lelaki ? " haa jawab la Jimin jawab.

"Er..eh tak2 saya lain sikit. Saya jenis yang setia. Takda2 mulai esok awak kena duduk rumah je. Ye sayang? "

Dan2 je kau ni lain. Haih. Nak tak nak aku kena dengar cakap suami. Nasib aku sayang kau tau. Eh eh terlepas cakap sayang la. Ala takpe dia tak dengar pun. Haha.

"Erm yela" jawabku bersetuju dengannya.
Selepas aku mengiyakan, Jimin tersenyum lebar kearahku. Tangannya kini mengusap lembut kepala ku.

"Thanks love" baru saja dia ingin mendekati kepalanya kearah pipiku tiba2 bunyi pintu diketuk dari luar. Kami berdua terkejut.

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku cepat2 bangun dan tunduk menandakan hormat kepada orang yang berada dihadapan ku sekarang ini. Siapa? Tuan Park la aka bapa mertua aku. Hohoho.
Dia tersenyum ke arah ku.

"Maafkan papa sebab kacau kamu berdua. Papa cuma nak tengok kamu berdua je selepas seminggu bercuti dan sekarang dah masuk kerja balik. Kamu sihat Jisoo?"

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now