Mata yang sukar dilelapkan membuatkan Jisoo kegelisahan. Hairan juga dirinya mengapa payah sekali matanya untuk dipejam. Dia mengambil keputusan untuk mengubah posisi tidurnya menghadap Jimin, perasaan sayu mula menyinggah tatkala suaminya pula mengubah posisi tidur membelakangi dirinya.Ingin saja tangannya menyentuh rambut lelaki itu namun dia segera membatalkan niatnya. Lama Jisoo memikirkan apa yang harus dia lakukan selepas ini supaya hubungannya dengan Jimin dapat kembali semula seperti dulu. Sempat juga dia berfikir perkara yang mustahil untuk dia lakukan.
"Takkan aku nak goda dia kut?" katanya dalam hati.
"Tapi tak salah pun kan kalau aku cuba, dia suami aku. Aku nak goda dia ke apa ke bukan ada orang nak marah pun" sambungnya lagi.
"Kalau dia tak layan, macam mana pula? buat malu diri sendiri je la. Mana aku nak letak muka aku nanti" sekali lagi Jisoo merungut sendirian dalam hati.
"Belum cuba, belum tahu kan?"
"Yes! kau boleh buat Jisoo"
"Kau boleh!" kata Jisoo bersemangat.
"Boleh apa kau ni?" tiba-tiba saja Jimin bersuara disebelah sambil mengubah posisi tidurnya menghadap Jisoo semula.
Tanpa Jisoo sedar suaranya dapat didengari oleh suaminya itu. Cepat-cepat dia menekup mulutnya dan memusingkan badannya membelakangi Jimin kerana malu. Sempat dia berfikir adakah semua kata-katanya sebentar tadi sudah didengari oleh Jimin.
Apabila Jisoo mahu menekupkan wajahnya ke bantal yang lembut, pinggang rampingnya terasa ditarik dari belakang mendekati badan lelaki itu. Dia agak terkejut apabila diperlakukan sebegitu, tangan kekar milik Jimin memeluk erat dirinya.
"Tidur la, aku tahu kau tak boleh tidur kan" Jimin mula bersuara.
"M..macam mana awak tahu" tanya Jisoo agak gagap kerana masih terkejut. Badannya tiba-tiba mengeras seperti ais.
"Aku ni suami kau, jadi jangan tanya macam mana aku boleh tahu" balas Jimin. Suara Jimin yang kedengaran sangat hampir dengan cuping telinganya membuatkan seluruh bulu roma di badan mencacak naik kerana gugup.
"Jangan la keraskan badan kau sayang, tak sedap aku nak peluk"
Seakan ingin melompat apabila dipanggil sayang oleh suaminya sendiri. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu keluar daripada mulut Jimin. Namun Jisoo segera menyedarkan dirinya bahawa semua ini tidak akan kekal lama kerana mungkin esok pagi Jimin akan bersikap dingin semula terhadap dirinya.
Bila Jisoo tidak memberikan sebarang reaksi, Jimin mula membelai rambut isterinya itu dengan lembut. Hati Jisoo mula berdebar hebat. Dia memilih untuk terus mendiamkan diri.
"Aku tahu kau belum tidur lagi" bisik Jimin perlahan.
"Baik kau tidur sekarang, sementara aku tengah baik hati nak pinjamkan tangan aku ni untuk dodoikan kau" kata Jimin lagi.
"Tidur okay?" tutur Jimin lembut sambil mengeratkan lagi pelukan.
"erm.." hanya itu jawapan Jisoo apabila matanya sudah terasa berat seakan-akan mengantuk. Dengan sekejap dirinya sudah terlena dibuai mimpi.
Lama mereka berposisi begitu, Jimin menyedari Jisoo yang sudah terlena itu dengan perlahan-lahan cuba meregangkan pelukan. Dia memperbetulkan semula selimut isterinya.
🕊
"Mama, bangun" Jiyu cuba mengejutkan Jisoo.
"Mama.." panggil Jiyu lagi.
Tidur lena Jisoo terganggu apabila mendengar panggilan Jiyu. Perlahan-lahan dia membuka mata. Jiyu yang melihat Jisoo yang sudah bangun itu terus mempamerkan wajah gembira bersama senyuman lebar.
"Morning mama" ucap Jiyu.
"Morning" balas Jisoo bersama senyuman. Satu kucupan dihadiahkan di dahi anaknya.
"Mama, jomlah turun bawah kita makan. Jiyu nak ajak papa, tapi bangun-bangun saja papa dah tak ada dalam bilik"
"Papa pergi mana?" tanya Jisoo hairan.Anaknya itu hanya menaikkan bahu tanda dia tidak tahu kemana Jimin pergi.
"Kalau macamtu tak apa, mama mandi dulu lepastu kita pergi makan"
" yeay! okay Jiyu tunggu mama" jawab Jiyu keriangan.
Usai sahaja membersihkan diri dan bersiap, mereka berdua menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan oleh Jisoo. Apabila pintu sudah terbuka mereka berdua masuk lalu menekan butang ground floor.
Mereka berdua menuju ke kafe hotel, suasana yang sama seperti semalam dan tidak lupa layanan yang diberikan juga tetap sama. Mata Jisoo masih lagi meliar mencari seseorang. Dia cuba mencari kelibat Jimin yang berkemungkinan suaminya itu berada di kawasan tersebut.
Sedang enak menjamu selera, semua pekerja di kafe hotel itu tiba-tiba sahaja menunduk hormat kepada seseorang. Jisoo hanya memerhatikan lelaki itu daripada jauh. Dalam hatinya berkata mungkin lelaki itu orang penting disini. Dengan tidak sengaja, mata mereka berdua mula bertembung buat seketika.
Jisoo yang menyedari hal itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Jiyu turut memandang lelaki tersebut, lelaki itu tersenyum manis dan melambaikan tangannya ke arah Jiyu. Tanpa berfikir panjang Jiyu hanya membalas lambaian tersebut bersama senyuman.
"Mama, abang tu nampak baik la. Dia lambai kat Jiyu tadi" kata Jiyu seronok.
"Jiyu, lain kali jangan suka-suka hati lambai tangan dekat orang atau tegur orang yang Jiyu tak kenal. Bahaya."
"Faham?"
"Ye mama, Jiyu faham" jawab anaknya akur.
Seperti biasa Jiyu akan menurut sahaja apa yang diakatakan oleh ibu bapanya, sama ada arahan itu daripada Jimin ataupun Jisoo.
To Be Continued...🕊
안녕 여러분 !
Seperti yang dijanjikan, lemon update lagi malam ini. Harap semua suka✨ Jangan lupa hadiakan lemon dengan tekan butang vote kat bawah tu🥺.
sebenarnya tadi, lemon tengah edit chapter ni tau lepastu entah macam mana jari ni boleh tertekan publish🌚 ha kelam kabut lemon dibuatnya nak unpublish 😂.
Apa pun next update rabu depan ye😄
• votes and comments💛
•lemonsayangkamusemua 💛
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...