38 🍁

1.9K 248 85
                                    

"Jieun jom balik? Biar saya hantarkan awak" pelawa Jin ketika melihat susuk tubuh Jieun sedang berdiri di hadapan bangunan pejabatnya.

"Tak apa la Tuan, saya boleh balik sendiri. Saya tengah tunggu teksi datang ni" tolak Jieun lembut atas tawaran yang di ajukan.

"Teksi ada lagi ke sekarang ni? Lagipun dah malam ni. Biar saya hantarkan"

"Lagi satu kita bukan waktu kerja sekarang jadi panggil saya Jin je tak payah Tuan. Muka awak tu pun nampak pucat semacam jadi apa salahnya kalau saya nak tolong" jelas Jin lembut. Risau juga hatinya bila melihat gadis yang sudah lama dia cintai nampak seperti sedang sakit.

"Hrum bukan macam tu Jin, saya cuma.."

Belum sempat Jieun mahu menghabiskan kata-kata badan nya hampir saja rebah menyembah lantai. Untung ada Jin yang baik menyambut pantas badan Jieun.

Tangan Jin menampar- nampar lembut pipi Jieun yang sudah tidak sedarkan diri akibat pengsan. Tanpa membuang masa lagi, Jieun terus di larikan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas doktor Jungkook memeriksa keadaan Jieun terus dia mengeluh perlahan. Jin yang setia menunggu di meja miliknya dia tegur.

"Baiklah Hyung saya dah periksa keadaan Jieun"

"Ha macam mana dengan dia? Dia sakit apa?" soal Jin cemas.

"Kook rasa dia tak sakit yang serious sangat cuma.." teragak-agak Jungkook untuk memberitahu Jin tentang kandungan Jieun sekarang ini.

"Cuma apa kook cepatlah. Jangan buat hyung risau" marah Jin.

"Jieun mengandung hyung. Usia kandungan dia masih muda lagi" jawab Jungkook perlahan.

"Kau pasti ke Jungkook?" soal Jin seakan tidak percaya.

"Jungkook pasti la hyung. Kook kan doktor takkan la nak tipu pula" balas Jungkook bersama muka yang menyakinkan.

"Hrum okay la. Maknanya hyung boleh bawa dia balik la kan?" tanya Jin inginkan kepastian.

Jungkook hanya mengangguk perlahan. Setelah itu Jin mengucapkan terima kasih kepada Jungkook lalu beredar dari situ.

Matahari pagi yang menyinar mengganggu lena Jieun di atas katil. Lama- kelamaan dia bangun kerana sudah tidak selesa. Mata nya yang sedikit kabur akibat baru bangun dengan perlahan dia usap.

Bila dia amati suasana di dalam bilik ini membuatkan dia tertanya-tanya. Ini bukan bilik nya. Setelah memori semalam menerjah masuk cepat-cepat dia memeriksa semula dirinya.

'Fuh masih selamat'

Keluhan kelegaan keluar dari mulutnya apabila dia masih mengenakan pakaian yang semalam.

Tiba-tiba daun pintu di buka membuatkan Jieun memandang ke arah pintu itu. Dapat dia lihat susuk tubuh Jin memasuki bilik itu dengan membawa sedulang makanan.

"Kau dah bangun, baguslah" ucap Jin dingin. Jieun yang pelik dengan gaya panggilan dan nada suara Jin mula mengerutkan kening.

"Jin kenapa bawa saya ke rumah awak ni?" soal Jieun pelik.

"Habis dah kau tak sedarkan diri mana aku nak hantar kau? Bukan hari tu kau cakap ayah kau dah tak terima kau dalam keluarga? Takkan aku nak letak tepi jalan pula" jawab Jin dengan nada yang masih dingin.

Makin bertambah hairan Jieun dengan gaya percakapan Jin yang agak kurang enak dia dengar sekarang ini. Bagaikan bukan sisi Jin yang sebenar. Setahu nya Jin seorang yang baik hati dan lemah lembut.

"Nah makan bubur ni, aku tahu kau belum makan lagi kan. Jadi makan lah, takut yang dekat dalam tu pun lapar juga. Kalau kau tak makan nanti jadi apa-apa jangan salahkan aku pula" tutur Jin lagi.

Barulah Jieun faham mengapa Jin berkelakuan dingin terhadapnya.

'Dia sudah tahu rupanya'

Desis hati Jieun sendiri lalu menguntum senyuman kecil. Dia tahu mesti Jin rasa jijik kerana mempunyai seorang PA yang mengandung secara tiba-tiba.

"Hrum saya rasa saya patut balik sekarang. Terima kasih sebab masih ada rasa simpati lepas awak tahu segalanya" balas Jieun lalu bangun dari duduknya di atas katil.

Baru sahaja dia mahu mengatur langkah pergi tangan nya di tahan oleh Jin. Itu membuatkan Jieun mematikan langkah nya.

"Kenapa Jieun? Siapa lelaki yang berjaya memiliki kau? Aku cuba beberapa kali untuk memenangi hati kau tapi tak sangka lelaki tu lebih handal dari aku" ucap Jin membuatkan Jieun terkedu.

"Jin sebenarnya semua ni bukan seperti awak sangka kan" balas Jieun perlahan.

"Kalau bukan macam tu? Mengapa anak tu ada dalam perut kau sekarang? Mesti kau dan dia kemaruk sangat sampai sanggup buat perkara melampaui batas" sinis sahaja sindiran Jin tika ini membuatkan hati Jieun tiba-tiba rasa terguris dan sakit.

Pangg!

Tamparan tidak terlalu kuat menyinggah di pipi Jin.

" Ya saya tahu saya jahat Jin tapi saya tak bodoh lagi sampai nak serahkan tubuh saya kepada orang lain melainkan suami"

"Sehina itu kah saya di mata awak Jin? Awak fikir selepas saya di rogol lalu di tinggalkan, saya rela? Macam tu ke yang awak maksudkan dengan kemaruk?"

"Saya tak sangka Jin. Saya ingat awak lelaki lain dari yang lain rupanya saya silap. Saya tahu saya jahat selama ni, cuba untuk merebut kebahagian adik saya sendiri but now saya sedar dan saya dapat rasa apa yang adik saya rasa dulu"

"Maafkan saya sebab tampar awak tadi. Tapi saya cuma nak cakap saya tak minta pun awak tolong saya. Kalau ye pun awak nak tinggalkan saya di tepi jalan, saya tak kisah sebab apa? Sebab saya rasa kehidupan saya pun dah tak ada guna sekarang "

Turun naik nafas Jieun menahan amarah nya. Sakit di hatinya semakin terasa sekarang ini selepas di pandang hina oleh Jin.

'Tidak mengapa lah mungkin ini sudah takdir hidupnya'

Kini benar-benar Jieun merasakan penyesalan. Diri nya yang terlalu bodoh dahulu sehinggakan sanggup merampas kebahagiaan adiknya sendiri.

Jin yang masih lagi mendiamkan diri mengahadam semua kata-kata Jieun sebentar tadi. Hatinya kini mula rasa bersalah kerana bersikap tidak sepatutnya kepada Jieun.

"Lepaskan saya Jin. Saya nak balik. Lagipun sanggup ke awak pegang tangan perempuan hina macam saya ni" tutur Jieun lemah seraya ingin melepaskan pegangan Jin terhadapnya.

Baru sahaja Jieun ingin mengorak langkah tiba-tiba dia terasa pinggang nya di rangkul dari belakang.

"Izinkan saya jaga awak Jieun. Maafkan saya, saya cuma rasa kecewa sebab saya betul-betul cinta dan sayangkan awak selama ni. Saya tahu saya bodoh tak mahu dengar cerita sebenar" bisik Jin perlahan di telinga Jieun.

Jieun terkedu dengan pengakuan Jin tika ini. Hatinya mula rasa berdebar kencang apabila dirinya di dalam dakapan seorang lelaki.

"Saya cintakan awak Hwang Jieun" ucap Jin sekali lagi.

Tbc...

Taraa!! Chap kali ni kita bagi Jin dengan Jieun ye semua. Lepas ni baru kita bagi Jimin dengan Jisoo pula masuk.

Apa pun korang nak Jieun dengan Jin or Hoseok a.k.a Jhope?

Komen sini

Jin X Jieun

Hoseok X Jieun

Deyy komen la haih jangan risau lemon akan balas semua nya.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now