Jari jemari mula bergerak-gerak menandakan gadis itu sudah mula sedar sementara kelopak matanya cuba dibuka perlahan-perlahan. Kepala terasa berat dan pening mula menyinggah. Anak tekak terasa perit serta pahit datang secara bersamaan. Dia cuba untuk mengimbas kembali apa yang telah berlaku namun gagal.
Apabila dirinya sudah mula sedarkan diri sepenuhnya, iris matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki dan perempuan secara bersamaan sedang berdiri dihadapannya saat ini.
"Jisoo, kamu dah sedar. Anak eomma dah sedar" kata puan Hwang sambil menahan sebak serta tangisan. Dia gembira kerana akhirnya Jisoo telah sedar daripada 'koma'.
"E..eom..mma?" hanya itu saja yang mampu diucapkan oleh Jisoo.
Tuan Hwang tidak membuang masa lagi dia terus memanggil doktor untuk memeriksa keadaan anak bongsunya itu. Risau hatinya tika ini. Sebaik sahaja doktor tiba di bilik rawatan itu mereka berdua diarahkan keluar sebentar untuk memudahkan urusan.Sementara menunggu di luar bilik, Jieun dan Jin datang bersama Jiyu dan bayi mereka.
"Appa, eomma macam mana keadaan Jisoo?" Soal Jieun cemas. Tidak tenang hatinya tika ini.
"Sabar, kita tunggu doktor keluar ye sayang" kata Jin menenangkan isterinya itu. Jieun mula menurut dengan kata-kata suaminya sebentar tadi
"Jimin mana? Dah bagitahu dia?" Soal puan Hwang kepada Jin.
"Dah eomma, Jin dah call dia. Tapi dia cakap dia tengah meeting. Lambat sikit katanya" jawab Jin.
"Isteri dah sedar pun dia lebih pentingkan meeting dia tu ap.." belum habis kata-kata puan Hwang tiba-tiba pintu bilik terbuka.Terus mereka semua menghampiri doktor Jungkook yang baru sahaja keluar daripada bilik tersebut.
"Suami puan Jisoo?" Jungkook bertanya.
"Suami Jisoo belum sampai lagi doktor" jawab tuan Hwang lembut.
"Kalau macam tu boleh Tuan dengan Puan Hwang ikut saya kejap?" Jungkook bertanya lagi.
"Boleh" jawab mereka berdua bersamaan.
"ouh ya sementara tu yang lain sudah boleh masuk kalau nak melawat puan Jisoo di dalam" kata Jungkook lagi sekali sebelum dia melangkah pergi ke ruang kerjanya.
🕊
Hari sudah larut petang, figura sang suami langsung tidak kelihatan sedari tadi.Jisoo berasa sedikit sedih namun hanya mampu dipendamkan sahaja. Kenapa pula suaminya tidak datang lagi?.
"Hei adik" tegur Jieun sambil tersenyum. Dia mendakap Jisoo masuk kedalam pelukannya.
"Akhirnya sedar pun. Tak baik tau adik tidur lama-lama macam ni. Tak kesian dekat Jiyu, eomma dan appa lagi-lagi dekat Jimin." kata Jieun sambil memandang wajah pucat adiknya itu.
"Kakak, Jisoo tidur dah berapa lama? Kenapa semua orang macam risau sangat?" soal Jisoo kehairanan. Tertanya-tanya hatinya lama sangatkah dia tidur atau lebih tepatnya 'koma' sehingga membuatkan semua orang risau.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...