Bila mana matahari sudah terbit indah kelihatan di luar tingkap, aku bangun dari tidur.
Masih di hospital?
Ya masih lagi
Aku menggosok perlahan mataku sambil menggeliat kecil
Jimin pagi-pagi lagi sudah keluar mencari makanan. Katanya dia ingin mengotakan janji yang sudah ia perbuat. Aku tak sangka yang dia betul-betul akan mengotakan janji nya sehingga sanggup keluar pada awal pagi lagi.
Itu membuatkan hati kecil aku terharu akan perbuatan dan tindakannya. Jimin how sweet you are?
Aku menggerakkan badan ingin turun daripada katil yang sudah lama aku duduki tiba-tiba bunyi kuakan pintu di bilik kedengaran dan membuatkan aku menoleh memandang.
Jieun?
Apa yang dia buat disini?
Apa yang dia mahu?
Macam mana dia tahu aku di sini?Pelbagai soalan menerjah masuk tatkala dia jalan menghampiri aku disertakan senyuman yang entahlah aku pun sendiri tidak mampu untuk mentafsirkannya.
Aku berharap tidak akan ada masalah yang berlaku.
"Hai adik" sapa nya lembut bersama senyuman kecil terukir di bibir.
Aku hanya memberikan senyuman paksa namun masih ada manisnya.
"Hai" jawab aku pendek.
"Adik dah sihat ke? Risau kakak bila tahu adik masuk hospital semalam" ujarnya seraya menghampiri aku di tepi katil.
Kejap macam mana dia tahu aku masuk hospital?
Ada sesiapa bagitahu dia ke?
Takkan la Jimin yang bagitahu.
"Adik dah okay jadi kakak tak payah la buat-buat risau seolah-olah ambil berat tentang adik" balas aku tidak suka dengan kepalsuan dirinya sekarang ini.
Aku tak suka
"Apa adik ini? Kakak betul-betul risau la mana ada buat-buat" jawab nya menidakkan.
Tch.. I know you very well sister
"Ouh apa pun ni kakak ada bawa sedikit buah tangan untuk adik. Bukalah tengok" ujar Jieun dengan menghulurkan satu paper bag yang belum tahu apa isi di dalamnya.
Mahu tidak mahu aku mengambil nya perlahan. Lambat-lambat aku buka untuk melihat apa isi di dalamnya. Ku jauhkan sedikit muka aku dari paper bag tersebut.
Bukan apa takut dia bagi aku bom ke, cuka ke dan seangkatan dengannya. Maklum lah dia kan benci aku.
Bila hati dah benci semua benda sanggup dilakukan.
Aku tidak terkejut bila satu skarf kelabu aku dapati di dalamnya. Aku ambil dan lihat sebentar. Bila aku buka saja lipatan skarf tersebut, aku merasakan ada benda jatuh menimpa peha aku.
Aku yang terkejut lantas mengambil benda tersebut. Mata aku membulat besar seakan tidak percaya dengan apa yang aku sedang lihat sekarang ini.
Tidak mungkin! Tak ini semua tipu!
Hati aku meronta menidakkan sebelum menuduh dan mempercayai nya.
Jieun di sebelah aku yang terkejut itu memberi reaksi.Dia mendekati aku lagi dan bertanya.
"Adik okay? Kenapa ni?" soalnya cemas.
Bila mana dua keping gambar itu terlepas dari pegangan aku dia terus mencapainya. Dia lihat lagi gambar tersebut.
"Adik kakak sumpah yang ini semua salah faham. Adik jangan percaya semua ini" katanya menyuruh aku mempercayai nya.
Aku tidak memberi balasan. Kenapa? Kenapa kakak yang aku sayang sanggup buat aku macam ni? Kenapa?
Apa salah aku padanya.
Tergamak dia dan Jimin membuat perkara terkutuk itu di belakang aku. Kalau Jimin cinta dan sayangkan Jieun, mengapa dia harus berkahwin dengan aku?
Semua sudah terbukti yang Jimin memang tidak jujur dengan aku malahan dia sudah membuat perkara yang tidak sepatutnya tanpa sepengetahuan aku.
Satu-satu titisan mutiara jernih jatuh membasah pipi. Sungguh hati aku terluka, sakit dan kecewa. Kenapa Jimin?
"Adik kena dengar yang kakak tidak tahu langsung tentang gambar-gambar ini semua. Percayalah" ucapnya lagi.
Panas sahaja hati aku apabila dia berpura-pura sebegini. Apa tujuan dia sebenarnya? Patutlah hati aku merasakan ada yang yang tak kena bila dia datang tadi.
"Kakak dah la. Jangan berpura-pura lagi. Adik dah penat dengan sandiwara yang kakak buat ni. Mengaku saja kalau kakak tahu semua ini"
Hiks hiks..
Akhirnya tangisan aku terburai jua. Sudah tidak mampu aku menahan sebak yang melanda.
"Apa maksud adik ni? Kakak memang tak tahu" jawabnya menidakkan kata-kata aku.
"Sudah la kakak. Sebenarnya adik pun tertanya juga apa yang kakak nak sebenarnya dekat adik? Cuba kakak bagitahu adik" soal aku bersama esakan tangisan yang di tahan-tahan.
Tiba-tiba senyuman sinis di hadiahkan kepada aku. Terus berubah muka Jieun bila aku menyuarakan soalan itu. Muka yang pada mulanya tadi seakan tidak bersalah kini berubah.
Aku sudah agak
"Kau nak tahu? Nak tahu apa yang aku nak? " soalnya sinis kepadaku aku.
Aku hanya memandang wajahnya dengan pandangan sayu bersama air mata yang berlinang.
"Kau dah ambil apa yang sepatutnya jadi hak aku. Dan kau dah rosakkan segala nya" kini nada suara nya berubah. Kalau tadi mula nya lembut kini tidak lagi.
"Maksud kakak?" soal aku pula.
"Kau rampas Jimin dari aku! Kau kahwin dengan dia. Kau tahu tak aku suka dia?dulu aku kerja dengan dia selama 3 tahun tapi sikit pun dia tak pandang aku. Bila kau mula masuk kerja. Tiba-tiba saja dinaikkan pangkat jadi PA"
"Dan dia layan kau baik sangat berbanding dengan aku yang sudah lama kenal dia. Kau tu baru tau baru! Aku ingat bila aku perangkap kau, kau akan dibuang keluarga je. Tapi sangkaan aku meleset bila appa suruh kau kahwin dengan dia"
"Nampak tak appa sayang kau? Walaupun kau dah calarkan nama keluarga dia masih suruh kau kahwin dengan Jimin sebab dia tak nak tengok kau tu merempat di mana-mana. Dan dia suruh Jimin jaga kau. Dalam keadaan macam tu pun dia masih nak sayang kau? Memang dari kecil lagi kau selalu dimanja dan di puja sedangkan aku? Aku hanya di beri pelajaran yang cukup tanpa ada kasih sayang, belaian manja dari appa!" bentaknya kuat ke arah aku.
Aku yang masih mendengar kata-katanya itu hanya mampu menangis semahu-mahunya.
"Untuk pengetahuan kau gambar yang baru kau tengok dengan mata kepala kau semua tu adalah benar. Tak ada yang palsu. Jadi aku harap lepasni kau boleh la suruh Jimin bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada aku" sambungnya lagi.
Sebelum dia beredar, dia sempat memberi senyuman sinis kepada aku dan berlalu pergi begitu saja.
Kenapa nasib aku malang sangat? Lagi-lagi air mata aku tumpah membasahi pipi.
Tbc...
🍂 Aku update lagi!! Ha agak agak apa akan jadi lepas ni?
Macam mana Jimin dan Jisoo?
🍂 Btw doakan aku supaya aku dapat habiskan ff ni secepat mungkin.
Bukan apa aku akan hiatus lama nanti selepas raya memandangkan tarikh SPM semakin menghampiri.🍂 Vomment please 💗
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...